Khamis, 16 Februari 2012

Cukup "Legasi Hassan Ali" Sahaja Musnahkan Pakatan Rakyat


Fenomena baru menjelma. Apabila Dr. Hassan Ali bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Exco Agama Kerajaan Selangor, dipecat dari PAS, secara tiba-tiba namanya sering disebut diseantero Malaysia. Dia sendiri bagaikan terpanggil mendedahkan pekung yang selama ini tersimpan di dalam Pakatan rakyat dan tambahan di dalamnya penuh dengan watak-watak tipudaya.

Anda semua bayangkan, setiap kali dia mengadakan ceramah umum di serata negara tanpa tajaan sesiapa, kehadiran orang ramai mencecah hampir 15 ribu orang. Apakah maksud dari petanda ini? Adakah fenomena ini sama seperti yang pernah dilakukan Anwar di dalam gerakan reformisnya selepas dipecat dari UMNO dan semua jawatan di dalam kerajaan? Mungkin ia sama tetapi kesuciaan perjuangan itu jauh berbeda.

Siapa yang lega pastinya dari kem UMNO. Tamingsari melihat usaha UMNO bagai berbaloi apabila mereka akan mendapat pertolongan secara tidak langsung dari Hassan Ali. Apa tidaknya, PAS dan PKR apatah lagi DAP pasti bergetar lutut apabila Hassan bakal menjaja dan membuka segala penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PR selama ini demi membuka minda rakyat bahawa, apa yang dijanjikan PR hanya pembohongan dan apa yang dicerca PR kepada BN selama ini adalah fitnah. Pasti kata-kata yang keluar dari mulut Hassan Ali adalah benar kerana dia pernah belayar sekapal di dalam PAS dan Pakatan. Apatah lagi dia seorang ulama.

Biarpun Hassan Ali belum membuka hatinya untuk bersama parti Kerajaan, seperti yang dilakukan Datuk Nakhaie, sekarang pengerusi YADIM yang merupakan bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali dikhabarkan mampu membina kuasa ke-3 dan meranapkan terus PAS Sekular kini di muka bumi Malaysia ini. Ini kerana di belakang Hassan, ada ramai lagi ulama PAS yang kecewa dengan keadaan PAS sekarang yang bila-bila masa halal digempur.

Tamingsari yakin, ahli PAS bersama PAS kerana nama PAS itu kononnya sebuah parti Islam. Jadi, mana mungkin mereka mahu bersama PAS lagi yang kini diterajui ramai pemimpin yang tiada kelulusan pendidikan agama secara formal. Team Erdogen di dalam PAS hanya mampu mencorak parti itu ala PKR yang tidak ada wadah perjuangan tepat. Jika Hassan Ali mahu memukul canang, pasti berbondong-bondong ahli PAS akan mengikut jejaknya.

Namun, Tamingsari mohon mencadang, apagunanya kita terus mencipta perpecahan. Marilah bersama-sama kita di dalam Barisan Nasional, membentuk satu kekuatan sebuah wadah perjuangan orang Islam bagi mengukuhkan kuasa kita di negara ini yang makin dicalar oleh puak-puak kafir harbi. Kita tidak mahu bercakap soal politik lagi tetapi kita hanya mahu, nasib agama dan bangsa kita terus terbela dari kerakusan lintah-lintah darat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif