Ahad, 28 Oktober 2012

Filem "My Name Is Khan" Pro Liberalisme Agama


Siapakah yang sedar?

Filem hindi bertajuk My Name Is Khan arahan Karan Johar adalah filem yang sangat menguntungkan produksinya apabila berjaya membuat kutipan box office sebanyak USD27.8M berbanding kos pembikinnya hanya USD7.18M. Ia kerap ditayangkan di televisyen Malaysia sekarang ini.

Sedar atau tidak sebenarnya filem ini mengajak umat Islam menuju ke arah Islam liberal. Ini jelas kerana beberapa babak di dalam filem itu menunjukkan krew produksi filem itu sendiri sebenarnya amat dangkal dengan ajaran Islam malah mungkin mereka merasakan agama Islam itu sama saja tarafnya dengan agama lain.

Walaupun plot cerita itu mengambarkan Islam bukan agama penganas, namun fikrah Islamiyah yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan tidak menepati kehendak Islam itu sendiri sekaligus adegan lakonannya mengelirukan orang Islam yang jahil.

Antara contoh babak lakonan yang paling ketara bertentangan dengan ajaran Islam iaitu perkahwinan campur yang membolehkan pasangan wanita (lakonan Kajol) kekal beragama Hindu walaupun sudah berkahwin dengan pasangan Islam (Shah Rukh Khan). Walhal, Islam melarang perkara itu dan perkahwinan seperti itu adalah tidak sah. Jika golongan muda dan jahil tidak disedarkan segera, budaya seperti ini akan menjadi ikutan. Di Malaysia, apa yang dilakonkan itu amat bertepatan dengan tuntutan IFC yang di dokong Ambiga, Majlis Peguam dan Anwar Ibrahim.

Siapakah lagi yang sedar? Bagaimana filem ini boleh mudah masuk ke negara ini dan diluluskan penayangannya. Adakah pihak kerajaan sudah terlalu jahil menilai semua ini?

Persoalannya, adakah agenda tersirat di dalam pembikinan filem ini yang berstongkol dengan mana-mana musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam itu sendiri? 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif