Sabtu, 27 Oktober 2012

Stadium Hijau Baru PAS Kelantan Untuk The Red Warrior Sudah Siap?


Khabar angin mengatakan stadium baru untuk rakyat Kelantan yang dibina di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh Kelantan tinggal kerja-kerja mengecat warna hijau sahaja lagi.

Cit....!!! Hakk!!! Tui!

Ludahan itu patut dituju tepat ke muka Husam Musa dan Nik Ajis kerana terang-terangan menipu rakyat. Kata mereka, stadium itu akan mula dibina pada Mac 2012. Hakikatnya kawasan tapak stadium masih belum ada apa-apa tindakan oleh mana-mana kontraktor kroni yang dilantik. Malah ia hanya tempat lembu-lembu orang kampung mencari rezeki meragut rumput-rumput disitu bagaikan lembu itu tahu Jentera Tolak Tanah Nik Ajis lepas kiamat nanti baru datang.

Beginilah keadaan tapak pecah tanah stadium mimpi PAS Kelantan

Mengikut Laporan sebelum ini :

Cadangan pembangunan ini telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2011.

Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama.

Projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan turut menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Rekabentuk stadium dikatakan akan menggabungkan ciri stadium dan masjid, yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di setiap aras bangunan.

Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat.

Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos. 



Ini janji seorang munafik yang suka memperbodohkan rakyat Kelantan. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

STADIUM TU DAH SIAP DAN REKA BENTUK SERTA PEMBINAANNYA TELAH DILAKUKAN OLEH PARA JIN YANG DIBAWA KHAS OLEH NIK AJIS DARI LANGIT....SETAKAT NI PEMBINAANNYA DAH MENCECAH 50% CUMA MANUSIA YANG CELIK MATA HATI DAN MEMPUNYAI KASYAF YANG TINGGI MACAM NIK AJIS SAJA YANG NAMPAK STADIUM TU...RAKYAT BIASA TAK NAMPAK, TAPI PERLU DIINGAT SESIAPA YANG TAK NAMPAK UMURNYA TAK PANJANG.......NAMPAK...NAMPAK..NAMAPAK...NAMPAK SAYA PUN NAMPAK.....KAH..KAH..KAH...KALAU NAK HARAPKAN PAS, BOLA SEPAK KELATE TAK AKAN KE MANA MUJURLAH DENGAN KECERDIKAN ANUAR MUSA YANG BERPULUH KALI BERGELIGA DARI OTAK NIK AJIS DAN HUSAM MAKA BANGKITLAH THE RED WARRIOR.....NAK HARAPKAN PEMIMPIN PAS TAK ADA NYA ....JAWABNYA HANYA TERRER MAIN TELOR AJELAH...TERIMA KASIH ANUAR MUSA......ABE ZUL KELATE

Tanpa Nama berkata...

Mana lagi satu stadium Yg di canang oleh Anuar Musa? Tgh pasang signboard ke? Duit Byk mesti cpt siap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif