Rabu, 18 Januari 2012

PAS Baru Mungkin Berlaku!


Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

Pas kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam Pas.

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden Pas, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr. Hasan adalah disengajakan? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas? Beliau tahu Dr. Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja pakatan pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut? Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr. Harun Din, timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden Pas dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 10 Januari 2012

Luahan Hati Wan Azizah Persis Skrip Drama Ombak Rindu !!


Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya.

Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.


"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.


"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis masih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

_______________________________________________________________

Sengaja Tamingsari highlightkan doa-doa Wan Azizah yang pastinya tidak pernah diungkapkannya ketika itu. Ianya muncul hanya didepan wartawan Sinar bagi mencantikkan lagi skrip lakonannya agar rakyat yang membaca menampakkan keluarganya begitu dekat dengan bantuan dari Yang Maha Esa.

Percayalah ia hanya provokasi politik menampakkan kononnya pembebasan Anwar semalam adalah rahmat Allah yang membantunya menegakkan kebenaran.

Wallahhualam dan Nauzubillahhiminzalik. Moga Allah segera menunjukkan kebenaran.

Inilah skrip lakonan seorang isteri yang sanggup menutup kebenaran semata takut, kuasa politiknya tergugat akibat moral suaminya yang teruk.

Fitnah konspirasi yang dilaungkan suaminya langsung tidak wujud malah orang yang menuduhnya (Saiful) pula adalah bekas pembantu peribadinya yang langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO dan Kerajaan. Di sini, apa hujah keluarga itu selepas hakim membebaskan Anwar? Mana konspirasinya, sila jawab? Saiful sanggup melakukan sumpah, dan berdoa di Jabal Rahmah, manakala pula dengan Anwar?

Sudah-sudahlah mempermainkan nama Allah dengan berdoa bagi melindungi manusia munafik bernama Anwar ini. Rakyat jangan biarkan diri anda tertipu dengan lakonan keluarga Anwar ini.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Warna Warni Liga Malaysia 2012


Kemunculan semula pemain import dan kembalinya Singapura dalam kancah bola sepak tempatan menerusi Lions XII bakal menjadi rencah tambahan yang menarik peminat untuk membanjiri stadium pada musim baru Liga Malaysia 2012.

Pendirian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka semula penyertaan kepada pemain import menerima pelbagai reaksi daripada peminat, namun keputusan telah dibuat dan mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Dalam Liga Super, kehadiran Lions XII yang menampilkan 10 pemain senior Singapura bakal menghangatkan saingan, biarpun ia tersasar daripada pelan awal republik itu yang pada mulanya mahu menghantar skuad muda Young Lions untuk tujuan pendedahan.

Tidak dinafikan, kemasukan Lions XII mampu menarik kehadiran penonton ke stadium kerana Singapura dan Malaysia mempunyai sejarah bola sepak yang istimewa.

Malah, beraksi di padang tiruan Stadium Jalan Besar memberi kelebihan buat skuad bimbingan V. Sundram Moorthy itu, justeru kehadiran mereka tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan pilihan lain.

Begitupunpersaingan musim baru tetap tertumpu kepada pasukan besar seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Pasukan-pasukan ini berada dalam kelompok pilihan kerana masih mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu, selain berjaya memikat beberapa bintang baru.

Kelantan yang kembali menerima sentuhan tiga bekas pemain, Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berada dalam kelas tersendiri ditambah kehadiran dua pemain dari Lebanon.

Terengganu dan Selangor masih dianggap pencabar utama skuad kendalian Peter Butler itu jika keseimbangan dalam skuad menjadi taruhan.

Biarpun kehilangan jurulatih, Irfan Bakti yang berhijrah ke Selangor, ia dijangka tidak memberi kesan kepada Terengganu kerana mereka masih mengekalkan sebahagian besar penggempur berbisa diterajui Ashari Samsudin, Joseph Kalang Tie dan Abdul Manaf Mamat.

Malah, skuad Peteh turut mendapat suntikan dua bintang Harimau Muda A, Mohd. Muslim Ahmad dan Abdul Shukor Jusoh untuk memantapkan benteng.

Selangor yang mengambil risiko menyambar Lelo Mbele walaupun tahu tentang rekod kecederaan pemain itu turut mendapat sentuhan bintang berbakat, Wan Mohd. Hoesne Wan Hussain, yang berganding dengan dua bintang senior, Amri Yahyah dan Safiq Rahim di jentera serangan.

Liga Perdana juga tidak kurang menarik apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jelas bernafsu besar musim baru ini dengan memikat ramai pemain berstatus bintang seperti pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Azmi Muslim serta Hairuddin Omar.

Ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan mengadunkan pemain-pemain dari kelompok bintang dengan pemain yang berasal dari kakitangan ATM sendiri.

Sime Darby dan Pahang mampu menjadi pencabar ATM untuk bergelar juara Liga Perdana.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Isnin, 9 Januari 2012

Kembali Rasional : Ini Jawapan Terbaik Memaafkan Hakim Zabidin Md Diah!


Jika saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.

Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.

Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.

Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isteri. Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.

Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.

Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya. Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari. Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.

Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.

Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.

Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.

“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”


Wallahhu'alam.

Penulis,

Bebas Meliwat ! : Ulasan "GOMO" Juga Yang Terbaik!!


Tahniah dan Syabas buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga Dato Seri Najib Razak diatas keputusan mahkamah pagi tadi yang mana Membebaskan dan Melepaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat yang dihadapai beliau.

Gomo memang ralat dengan keputusan hakim yang mana tidak sampai seminit hakim memberikan ulasannya kepada hadirin yang Bukti tidak diterima pakai walaupun terbukti DNA Anwar Ibrahim ditemui dalam lubang Dubur Saiful Bukhari.

Malah Gambar, tarikh, masa, semuanya konsisten dengan apa yang dibicarakan sepanjang perbicaraan tersebut. Lebih dasyat lagi tertuduh iaitu Anwar Ibrahim yang mana Menangguhkan kes liwat sebanyak 69 kali yang memakan masa 3 tahun 6 bulan terlepas begitu sahaja.

Namun demikian Gomo sebelum ini sudah dapat menjangka sekiranya Anwar Ibrahim dibebaskan. Dan pada tanggal 5 Januari 2012 yang lepas Gomo telah mengeluarkan artikel yang mana menyatakan "Bagaimana jika Anwar Ibrahim dibebaskan"...............................

Baca sendirilah ulasan Gomo disini.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Anwar Bebas!! Hakim Dan Mahkamah Telah Diliwat Anwar!!


Boleh dikatakan ramai dikalangan blogger anti Anwar dan anti pembangkang marah dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin Md Diah membebaskan Anwar. Ini bukan soal kita pro kerajaan atau apa-apa pun, ini kerana orang yang dibebaskan Zabidin Md Diah adalah simbol kepada zina, seks sejenis, perosak keharmonian negara, pengkhianat bangsa, munafik dan pembohong.

Suara kemarahan blogger ini adalah suara kemarahan berjuta-juta rakyat Malaysia yang amat sedih melihat seorang peliwat tegar boleh bebas di bumi suci Malaysia ini. Tamingsari yang turut sedih merasakan perjuangan kita dialam maya selama ini bagaikan punah sepunahnya persis perasaan Hassan Ali yang kecewa selepas dipecat dari keahlian PAS semalam.

Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh pencinta keamanan dan keadilan apabila seorang manusia bertopeng dajjal akan bebas untuk terus meratah anak-anak muda jambu, china doll dan bini-bini orang. Manusia itu juga akan lebih berani untuk merancang menghancurkan kepimpinan Najib dan seterusnya negara ini sudah tidak ada lagi kekuatannya sendiri. Orang Melayu akan ditimpakan dengan masa depan yang gelap kerana Anwar simbol kepada pemansuhan hak istimewa bumiputra. Sebelum PRU ke 13, ketua lanun pakatan haram ini bakal merancang serapinya merampas Malaysia dari tangan pemerintah yang layak.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwa jelas lebih bertenaga. Dari bukti DNA dan kenyataan saksi termasuk dari Saiful, perkataan "Can I Fuck U Today" bakal terngiang-ngiang di fikirannya. Pasukan pembela yang diketuai Karpal Weelchair asyik sibuk cari jalan menangguh kes. Penyataan berbentuk fakta untuk menafikan dakwaan langsung tidak wujud.

Ironinya, Mahkamah Malaysia semakin diragui. Ini kesan paling dahsyat. Lebih dari 3 tahun tertangguh, dengan pelbagai bukti yang munasabah dan tepat, dengan sikap Anwar yang suka menangguh kes dan menghina mahkamah,  begitu mudahnya seorang hakim yang dijadikan puncak harapan seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan. Jelas sekali ia turut menghina mahkamah dan keluhuran perlembagaan itu sendiri.

Hari ini kita menyaksikan detik kemuncak kehancuran negara bernama Malaysia. Saksikanlah satu persatu kekejaman dan ketidakadilan yang bakal dicipta oleh golongan munafik di dalam Pakatan itu. Sungguh tidak Tamingsari sangka, kita rupanya berada di dalam negara yang pemerintahnya pengecut dan sistem kehakiman yang lembik.

Tahniah Anwar, kerana berjaya membuktikan itu semua.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Sokong "Solidari Blogger demi Keadilan untuk Saiful" !!

Semoga Allah memberikan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia hari ini.


Untuk perkembangan keputusan mahkamah dan keadaan rusuhan bebas Anwar 901, sama-sama kita ke blog The Unspinners.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Ahad, 8 Januari 2012

Buat Masa Ini, BN-lah Pilihan Tepat Buat Rakyat


BN telah membuktikan yang mereka tiada galang gantinya.

Dengan kehadiran seorang nakhoda baru jelmaan ayahnya, DS Najib telah membawa satu era baru yang lebih meyakinkan kepada negara ini. Najib juga bukan sahaja menjelma seperti ayahnya, dia juga berani seberani Tun Mahadhir bekas Perdana Menteri, di setiap keputusan yang dilakukannya.

Sikap "Rakyat Didahulukan" menjadi tonggak utamanya. Soal duit dan peruntukkan difikirkan kemudian asalkan kemahuan rakyat perlu diutamakan. Ini sikap Najib yang mencontohi bapanya. Jesteru, dengan adanya nakhoda seperti ini, dia, UMNO dan BN seharusnya menjadi pilihan utama rakyat dikesemua parlimen dan negeri pada PRU ke-13 nanti.

Rakyat nampak jelas apa yang mahu dilakukan Najib dan BN kepada Malaysia. Mereka bukan mahu menjual negara ini kepada Yahudi Israel seperti yang mahu dilakukan Anwar. Mahadhir semasa pemerintahannya menolak untuk meminjam wang dari Bank Dunia semasa krisis kewangan tahun 1997 walaupun Anwar ketika itu beriya-iya mahu negara ini meminjam dari institusi Yahudi itu. Jadi, seteliti Mahadhir, begitu juga Najib yang tidak akan sewenang-wenangnya tunduk kepada desakan yang semata-mata mahu menjatuhkan imej negara. Apa yang dicita-citakan Najib, dia mahu melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Hakikatnya, Pakatan Haram iaitu PAS, DAP dan PKR telah menjelmakan wajah sebenar mereka di negeri-negeri pemerintahan mereka. Ini harus disyukuri kerana jika mereka masih menyimpan tembelang mereka sebelum PRU-13 dan menjelmakannya selepas itu, masakan kita mampu mengubah undi kita. Kegagalan mereka membawa agenda rakyat ke persada penyelesaian amat diakui. Rakyat Selangor berdepan dengan krisis pembangunan apabila kerajaan PKR negeri itu lebih mementingkan perniagaan dari kebajikan rakyat. PAS Kelantan pula lebih mendahulukan tembolok sendiri dari kepentingan rakyat Kelantan. DAP pula mengamalkan pemerintahan maha Rasis di P.Pinang manakala PAS Kedah gagal meneruskan legasi pembangunan di negeri jelapang padi itu.   

Tamingsari amat berharap agar rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu harus menilai perkara ini dari sudut menang-menang. Jangan kita jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Di kala itu, bubur tidak mungkin boleh diubah menjadi nasi minyak.

Buat masa ini, yakinlah kepada BN kerana dengan BN, Islam dan Melayu bakal terbela di dalam perlembagaan manakala kepentingan kaum lain tidak akan dilupakan. Keharmonian negara akan terpelihara dan rakyat akan menikmati hasil ekonomi yang berjaya.

Ini bukan omongan dan renunglah diluar jendela, ia terbukti benar.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Hampir 500 Ribu Orang Kelantan Menyambut Ketibaan Anwar ??


Kebetulan Tamingsari berada di Machang ketika Anwar Ibrahim mengadakan Amanat Terakhirnya pada hari Khamis 5 Januari 2012. Jadi, kesempatan ini digunakan untuk melihat sendiri sambutan warga Machang salah satu kawasan yang dimenangi PKR pada PRU12. Ahli Parlimennya yang jarang menampakkan muka iaitu Saifuddin Nasution bakal diuji pengaruhnya malam itu.

Sejak dari pukul 8.30 malam, memang kenderaan berpusu-pusu masuk ke Machang. Nampak dengan jelas, warga luar Machang adalah pendominasi utama kepada kehadiran program Anwar ini. Puak-puak Pas dari kawasan kuat mereka seperi di Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai dan Rantau Panjang pastinya paling ramai hadir menyambut kehadiran bapak Dajjal ini. Ahli PKR langsung tidak dikenali malah petugas mengutip sedekah orang ramai pun seorang ahli PAS.

Anwar tiba lewat sekitar pukul 10.30 malam. Selepas semua penceramah haprak PAS dan PKR menghembur cacian dan maki hamun kepada BN dan UMNO, tibalah giliran si penipu ini naik ke pentas. Dengan berbaju melayu berwarna putih tanpa kopiah, Anwar begitu taksub melihat kehadiran yang ramai di matanya mungkin 500 ribu telahanya. Walhal, padang bola Majlis Daerah Machang yang sempit itu hakikatnya mampu memuatkan kurang 5000 orang sahaja. Secara keseluruhan sehingga tamat ceramah Anwar pun, kehadiran mungkin sekitar 6000 orang sahaja.

Tamingsari terkejut melihat ramai pengunjung mula meninggalkan tempat duduk apabila si Anwar ini mengambil alih copong. Makin ramai pula keluar apabila Anwar mengelarkan mereka yang menonton TV3 adalah lembu UMNO dan makin ramai juga yang lari keluar apabila Anwar mendakwa kononnya pernah membantu seorang Cina bernama Sui Lin untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti. Berbakul-bakul pujiannya kepada diri sendiri, kononnya dialah pejuang kepada keadilan sejati.

Cerita Sui Lin ini juga banyak versi yang terkeluar dari mulut Anwar mengikut situasi dan tempat ceramahnya. Kalau dihadapan orang PAS Kelantan, Sui Lin ini dikatakan sebagai orang Cina yang tidak boleh dianiaya dan dia bersama PKR serta Pakatan tidak pernah mendiskriminasi kaum. Lalu dia bantu Cina ini dengan memberi biasiswa dan membolehkan Sui Lin ini masuk Universiti. Orang Melayu digesa turut menghormati kaum lain.

Dihadapan orang Cina, Sui Lin tetap meniti di bibir Anwar tetapi kisahnya pula berbeza. Anwar berikrar mahu membuang terus istilah bumiputra kepada kaum Melayu dan menetapkan hak sama rata setiap kaum. Sui Lin akan dibantu oleh Anwar jika dia berjaya ke Putrajaya. Sui Lin juga akan dijadikan anak angkatnya demi memberi peluang pendidikan yang sama rata. Dihadapan kaum Cina Anwar tidak pernah mendesak kaum itu untuk menghormati hak orang Melayu.
Seperti biasa, semua orang sudah tahu. Watak Sui Lin itu tidak wujud. Mungkin Sui Lin itu nama China Doll yang ditidurinya seperti video yang tersebar itu.

Anwar terus menabur janji-janji kosong kepada penduduk Kelantan dan mahu PAS Kelantan mempertahankan pegangan mereka ke atas negeri itu. Alasannya kerana negeri ini kubu kuat mereka.

Soal video klip tidak disentuh dan soal liwat pun tidak disebut. Anwar di negeri serambi Mekahpun gagal mengucapkan sumpah menafikan semua pertuduhan ke atasnya.

Kesimpulannya, Tamingsari sudah melihat dengan jelas isyarat yang diberikan rakyat Kelantan terutama penduduk Machang kepada kempen Pakatan Rakyat. Biarpun mereka duduk di timur semenanjung yang jauh dipisahkan dengan ibu kota tanpa ada satu pun lebuhraya, penduduk Kelantan semakin mampu menilai siapakah Anwar Ibrahim ini.

Bukan mudah untuk menipu mereka biarpun bilangan pembaca Harakah masih ramai di negeri itu, rata-rata mereka turut juga membaca Utusan Malaysia dan menilai mana yang benar dan mana yang salah.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Rabu, 4 Januari 2012

Dari Pada Sibuk Nak Solat Hajat, Lebih Baik Bang Nuar Buat Solat Taubat!


Solat hajat atau apa sahaja yang berkaitan dengan agama dan Islam pasti akan mengentarkan jiwa raga Anwar Ibrahim. Dulu, blogger anti pembangkang sering mencabar dia ke Mekah bersama DS Najib sekurang-kurang jadikan bumi para ambia itu tempat bertafakur mendapatkan petunjuk Allah atas segala bencana yang menimpa dirinya. Saiful Bukhari sendiri mampu menjejak kaki ke sana kenapa Anwar masih berdolak dalih?

Masakan Anwar berani. Dia sendiripun mungkin takut menjejak kaki ke masjid untuk bersolat Jumaat kerana malu kepada Pencipta-nya yang tidak pernah tidur untuk melihat apa yang dilakukannya dibelakang anjing-anjingnya.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan Anwar bersama Saiful disebuah kondominium di Damansara 4 tahun lepas. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Anwar bersama Eskay dan pelacur Cina. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan Anwar bersama Shamsidar Taharim dan segala lelaki-lelaki jambunya. Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan Anwar bersama Nalakarupan.

Sebagai seorang manusia yang suka bermuka-muka sambil bertopengkan imej warak, sedikit sebanyak Anwar mempelajari dan mengetahui betapa Allah itu Maha Berkuasa menghukum hambanya bila-bila masa yang Dia kehendaki. Di dalam Surah Yassin, AlQuran, Allah menyebut perkataan "Kun Fayakun" iaitu "jadi maka jadilah". Anwar sedar akan semua itu dan dia pasti gentar.

Dek kerana itulah sehingga kini Anwar masih gagal menyahut cabaran ke Mekah, solat hajat pun tumpang-tumpang atau bersumpah menjunjung AlQuran. Berani kerana benar, hakikatnya dia takut kerana dia sentiasa sedar dia bersalah.

Apa yang menyedihkan, ramai lagi orang Melayu terutama dari PAS masih belum menerima hidayah untuk mengenali muka cuak si Anwar. Sehebat mana dia bertapak, dia tetap gentar menapak di bumi Allah ini kerana hanya menunggu masa dan ketika, manusia jenisnya pasti menerima balasan yang setimpal. Anwar juga sedar akan semua itu.

Tamingsari berharap, Anwar akan sempat bertaubat dari segala apa dosa yang pernah dilakukannya. Marilah sama-sama kita doakan.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Bapa Rusuhan Mahu "Say Goodbye" Kepada Pendemo 901


Anwar semakin terdesak. Alang-alang menyeluk perkasam, biar lenjun sampai ke lengan. Alang-alang nak masuk Sg. Buloh biar semua orang ikut masuk sekali dan alang-alang nak duduk sampai mati di penjara, baik buat jahat semahu-mahunya. Itulah mungkin pendirian Anwar dalam menyokong Rusuhan Bebas Anwar 901 yang bertarikh 9.01.2012 di Kuala Lumpur nanti.

Pada Azmin Ali dan seluruh mahasiswa pro Anwar mereka mahu menjadikan tarikh itu sebagai sejarah kebangkitan pelajar seperti yang berlaku di Timur Tengah sekaligus mengambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang zalim. Persis perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0, PKR yang mengepalai demontrasi itu mahu semua penyokongnya berkumpul.

Pihak polis pastinya agensi yang paling sibuk mengingatkan orang ramai agar tidak menyahut seruan PKR ini dengan alasan keselamatan. Tamingsari menyokong tindakan polis ini dan amat berharap bahawa pihak polis boleh mengawal keadaan lebih baik dari kawalan mereka di Bersih 2.0. Ini kerana Tamingsari jangkakan, mereka (PKR) akan bertindak lebih ekstrim dari itu.

Apa-apapun, inilah sahaja yang mampu dilakukan PKR di dalam kancah politik negara mencipta adegan-adengan ganas dan ekstrim menakut-nakutkan rakyat. Perjuangan mereka hanya untuk Anwar manakala PAS dan kuncu-kuncunya diperanjingkan sahaja. Keadilan yang dilaungkan hanya rektorik sedangkan yang hendak mereka pertahankan itu seorang dajjal, manusia munafik, peliwat dan penzina. Kebajikan rakyat mereke tidak pernah fikir, ekonomi mereka biar kikir dan keselamatan negara terus mereka pinggir.

Anwar semakin lama semakin mengila. Khabarnya kini dia menfitnah kononnya dia akan ditembak pada tarikh tersebut. Samaada ia sahih atau tidak, sebarang provokasi melampau seperti ini hanya akan menambahkan lagi huru-hara di dalam negara. Dia semakin terdesak sehingga sanggup menganggu keharmonian negara kerana dia sedar, sistem kehakiman sudah tidak mampu lagi menyelamatkannya dari terperosok ke penjara Sg. Buloh.

Cita-citanya mahu duduk di kerusi empuk Perdana Menteri sudah semakin gelap untuk digapai. Anwar perlu segera dipenjarakan kerana sejak dilepaskan, dia hanya simbol kepada huru-hara, kekacauan, seks bebas, gay, yahudi dan politik kotor.

Tanpanya nanti Malaysia pasti akan aman. InsyaAllah.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Penekanan Hanya Pada IQ Punca Amalina Tersalah Langkah


Hari ini orang tidak lagi hanya bercakap soal Intelligence Quotient (IQ) atau kecerdasan minda kerana di zaman moden serba mencabar ini keseimbangan diantara IQ bersama Emotional Intelleigence Quotient (EQ) ataupun kecerdasan emosi mahupun Spritual Quotient (SQ) atau kecerdasan rohani amat penting. Apa yang pasti ketiga-tiga elemen IQ, EQ dan SQ berkait di antara satu sama lain diperlukan oleh seseorang individu sebagai pelengkap untuk pembangunan diri.

Berdasarkan pemerhatian dan laporan-laporan daripada media massa, secara umumnya saya berpandangan tahap IQ individu di negara ini semakin meningkat, bermaksud semakin ramai orang yang pandai , cerdik dan bijak dalam bidang persekolahan dan akademik.

Saban tahun kita perhatikan statistik yang menunjukkan peningkatan bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, namun pada masa yang sama media massa juga turut melaporkan banyaknya serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes-kes salah laku bukan sahaja pelajar malahan golongan dewasa.

Maknanya sebahagian daripada anggota masyarakat kita secara amnya memiliki tahap IQ yang tinggi dan berjaya dalam bidang pengajian dan akademik namun tahap EQ dan SQ mereka tidak meningkat seiring dengan IQ, menyebabkan mereka gagal untuk menjadi insan ‘Kamil’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebagai rujukan bersama, EQ – adalah ukuran kecerdasan emosional anda, atau kemampuan anda untuk menggunakan kedua dua emosi dan kemahiran kognitif dalam hidup anda. Kompetensi kecerdasan emosi termasuk tetapi tidak terhad pada empati, intuisi, kreativiti, fleksibiliti, ketahanan, mengatasi, stres pengurusan, kepimpinan, integriti, keaslian, kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang baik.

IQ – adalah satu nombor yang digunakan untuk mendedahkan relatif jelas kecerdasan seseorang yang nisbah didarabkan dengan 100 daripada usia mental seperti yang dilaporkan dalam kes-kes standard dengan kronologi umur. IQ ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kriteria objektif (sebagai ujian ); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa.

Perbandingan mudah adalah seperti ini : EQ membuat anda menjalani hidup vs IQ membuat anda melalui alam sekolah atau pengajian. Ketika kita mengenali perbezaan antara EQ dan IQ, kita boleh bekerja untuk mengembangkan EQ selaras dengan IQ begitu juga dengan tahap SQ. Ini boleh dipelajari namun sering diabaikan dalam pendidikan kita baik di rumah maupun di sekolah. Sumber

Dek kerana itulah, perlunya keseimbangan diantara tiga elemen IQ, EQ dan SQ bagi membentuk satu modal insan yang berjaya.

Bagi kes Sufiah iaitu seorang pelajar genius yang pernah mengemparkan negara. Namun kini dia terjebak dengan perkara yang tidak bermoral di luar negara. Ini menunjukkan bahawa tidak wujud keseimbangan Quotient -nya. Namun, syukur, dia kini di dalam proses pemulihan.

Bagi kes Nur Amalina seorang pelajar cemerlang di dalam SPM 2005, dia dikhabarkan sudah tidak menutup aurat dan terlalu bersosial di tempat dia belajar sekarang. Tamingsari pasti, penekanan kepada IQ dan EQ telah diterapkan dengan baik kepadanya sehingga mampu mengapai kecemerlangan yang sangat luar biasa yang sukar digapai oleh orang lain. Namun, apabila ke luar negara dia masih mengekalkan budaya intelligent-nya namun dari segi rohaninya dia sudah lemah. Mungkin penekanan SQ-nya agak kurang sebelum ini. Dek kerana itulah, dia jadi seperti itu. 

Kata orang, "jika di dalam hati seseorang itu tidak diterapkan tasawwuf Islam, tudung yang disuruh pakai itu akhirnya dibuang sahaja". Inilah mungkin realiti yang berlaku. 

Semoga  Nur Amalina sedar akan kekurangannya dan melihat isu ini sebagai isu yang pokok yang perlu diselesaikan segera agar namanya kembali bersih. Di usia 23 tahunnya sekarang ini, dia sudah matang untuk menilai semua itu.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 3 Januari 2012

Harakah Layak Dibakulsampahkan Sahaja !!


Perdebatan terbuka yang berlaku dalam PAS berhubung kenyataan Datuk Dr Hassan Ali yang mengkritik perubahan hala tuju parti nampaknya sekali lagi mengalami manupulasi apabila perjumpaan dengan Mursyidul Am dan Presiden sebagai langkah memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang menggoreskan perasaan semua orang.

Akhbar rasmi parti itu yang dibanggakan oleh sekumpulan penjilat parti itu akhirnya terperangkap apabila Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak pun memohon maaf dan menarik balik celaannya terhadap perubahan tersebut.

Seperti dikutip oleh Utusan Malaysia pada hari ini, 29 Disember 2011 pertemuannya dengan pemimpin tertinggi PAS diadakan bagi “menghadiri majlis mahabah dengan pemimpin parti itu” manakala soal ke Kota Baharu “untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan …adalah tidak benar sama sekali.”

Sahlah bahawa keadah pelaporan yang dikendalikan oleh wartawan harakah dan harakahdaily tidak menepati etika kewartawanan yang meletakkan keebenaran sebagai asas utama. Apa yang berlaku ialah bentuk pelaporan kedua akhbar tersebut ternyata melanggari prinsip kewartawanan dan amalan tersebut dikenali sebagai churnalism.

Istilah churnalism dan bahaya jenis pelaporan tersebut disedari oleh Nick Davies, seorang wartawan kanan dari the Guardian, London sebagai satu prinsip yang menterbalikkan kebenaran demi mencapai sesuatu tujuan pihak tertentu. Dalam karyanya yang terkenal, Flat Earth News, Nick Davies memberikan ulasan dan contoh bentuk pelaporan yang dinamakan churnalism dan ia telah berjaya membentuk persepsi salah terhadap sesuatu peristiwa sehingga mereka yang tidak bersalah dilihat seolah-olah bersalah.

Dalam hubungan tersebut, contoh churnalism yang diberikan kupasa meluas oleh Nick Davies ialah bagaimana masyarakat dunia menjadi terlalu gempar dan takut dengan serangan pepijat alaf ketika menghampiri tahun 2000. Pada malam tersebut, jutaan masyarakat dunia termasuk ahli perniagaan, pengurus bank dan pihak tertentu menantinya dengan debaran akan kekacauan yang mungkin terjadi apabila data yang tersimpan dalam komputer berkrisis kerana perubahan tarikh, di mana dua angka terakhir “OO” akan bermakna tahun 1900 ataupun 2000.

Manipulasi data juga berlaku terhadap bagaimana negara-negara barat mengeksploitasi kegemparan mengenai data iklim sehingga seluruh ketakutan terjadi bahawa adanya fenomena la-nina dan perubahan cuaca yang tidak menentu. Perubahan tersebut bakal menjadikan huru-hara sebagaimana digambarkan oleh propaganda Hollywood mengenai kecanggihan teknologi ramalan bagi membolehkan negara-negara maju terus meyakinkan bahawa teknologi mereka mampu mengubah segalanya, termasuk meramalkan masa depan.

Sebagaimana dilakukan oleh akhbar harakah, setiap berita yang bersumberkan kerajaan akan dilaporkan secara tidak adil dan tertakluk kepada kepentingan politik parti atau sekutu mereka. Apabila merasakan seolah-olah ada bola tanggung sedang dilantum, bola itu terus dipukul mati walaupun bulu tangkis itu belum lagi sampai.

>Pemimpin PAS terus membuatkan tafsiran bahawa kebaikan yang menjelma dari perubahan yang dibawa oleh parti lawan dan kerajaan sebagai sesuatu yang bersifat memancing sedangkan kaedah yang digunakan membuat penilaian tersebut adalah lebih bahaya. Perspektif ini tidak pernah diakui oleh para pemimpin PAS misalnya, apabila berhadapan dengan UMNO dalam pilihan raya kecil, ada suara sumbang daripada parti tersebut mendakwa bahawa sekian ramai “pengundi hantu” akan dibawa masuk.

Ia bertujuan menimbulkan kekalutan dan kegemparan. Satu bentuk strategi kempen yang menakut-nakutkan orang ramai di samping menghakis kepercayaan tentang perjalanan sistem pilihan raya. Tetapi, apabila parti itu menang maka kisah “pengundi hantu” tidak lagi berbangkit. Ini bermakna, “pengundi hantu” itu sebenarnya suatu helah untuk menggambarkan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak bersih dan ianya perlu dibersihkan.

Pembangkang sebenarnya telah banyak menimbulkan daki politik yang semakin lama semakin sukar untuk dihapuskan. Atas dasar itulah parti-parti pembangkang sentiasa mencuba kaedah yang lain walaupun kaedah itu juga penuh berdaki.

Daki yang terlekat dalam kepompong politik PAS yang tidah pernah terpadam ialah menjadikan “syurga” sebagai kepunyaan mereka sedangkan ia secara mutlaknya milik Allah SWT. Allah SWT tidak pernah menyatakan bahawa ahli PAS sahajalah yang layak ke syurga, kerana ingin menggambarkan bahawa antara keimanan dan politik itu dua perkara yang saling berkait.

Sedangkan kedua bidang tersebut mempunyai garis pemisah yang teramat besar. Jika tersilap langkah, politik akan menyebabkan keimanan seseorang itu menjadi goyah, kerana politik itu boleh membawa kepada pergaduhan dan perpecahan sedangkan keimanan membawa nilai penyatuan dan perpaduan.

Dalam meniti jalan keimanan, bercakap bohong, berdusta dan menganjurkan kepada perpecahan adalah sesuatu perbuatan yang diharamkan. Maka, apa yang dikemudikan oleh PAS bagi membubarkan perkahwinan atas perbezaan politik, berjihad kerana bersahabat dengan bukan Islam, mempersendakan status pemimpin seperti tidak boleh bersembahyang berimankan bukan ahli PAS meskipun beliau adalah seorang Islam, memaki hamun orang lain dan bercakap dalam bahasa yang kesat jelas tidak membawa kepada penyatuan ummah.

Hal seperti itu turut berlaku apabila kritikan Dr Hassan Ali terus disanggah sebagai “pengkhianat parti” manakala Mustafa Ali dan Mahfuz menjadi wira memperjuangkan kediktatoran kepimpinan politik walhal dengan jelas teguran itu bagi membolehkan PAS kembali kepada landasan perjuangan yang sebenarnya.

PAS yang bencikan bukan Islam pada suatu ketika akhirnya mengakui bahawa parti itu amat memerlukan sokongan bukan Islam. Kenapa? PAS sebenarnya sedar kerana bukan Islam mempunyai kuasa ekonomi yang besar, tanpa bersekutu dengan kelompok tersebut, parti itu tidak akan boleh melakukan banyak perkara kerana pemimpin mereka sebenarnya lebih pandai bercakap daripada melaksanakan apa yang diucapkannya. Inilah bentuk politik prasangka yang sedang dibudayakan oleh pemimpin tertinggi PAS sehingga boleh menghalalkan apa sahaja yang berlaku dalam politik walaupun menghina Islam.

Subahat PAS tidak pernah diakui secara jelas oleh para pemimpinnya, tetapi lebih mempercayai sekutunya yang mempunyai muslihat untuk menghancurkan Islam secara halus. Bahkan, penentangan DAP terhadap hukum hudud secara tegas tidak dilihat sebagai menghina Islam tetapi sebaliknya apabila UMNO mengkritik mengenai kesiapsiagaan dan mekanisma yang dibina untuk membolehkan hudud dilaksanakan secara berkesan dilihat sebagai satu penghinaan kepada hukum Allah SWT.

UMNO mengkritik hudud jelmaan PAS kerana parti itu menggubal undang-undnag secara tergesa-gesa. Bahkan, menurut Haji Hadi, sejak bertapak di Terengganu parti itu yang menang dalam pilihan raya pertama selepas merdeka (1959) dan 1999 adalah sebagai membina semula landasan keislaman yang pernah dilaksanakan oleh Sultan Zainal Abidin II. Itu adalah satu kaedah yang digunakan oleh Haji Hadi bagi menggambarkan kesungguhan PAS sedangkan beliau sebenarnya telah terperangkap dengan egonya.

Haji Hadi tidak mahu mengakui bahawa dirinya mempunyai kelemahan yang jelas apabila ramai penyokong PAS menilainya sebagai seorang yang amat tidak boleh diharapkan. Beliau tidak mempunyai kaedah kempimpinan politik yang berkesan, maka itulah beliau gagal mempertahankan kemenangan PAS di Terengganu pada pilihan raya umum 2004. Beliau hanya Menteri Besar selama sepenggal.Bagi masyarakat Terengganu mereka yang hanya diberikan jawatan sebagai pemimpin selama sepenggal boleh dimasukkan dalam raga barangan “cap ayam.” Cap ayam adalah lakaran imej yang paling rendah dalam carta mutu dan keunggulan.

Sayang sekali, dalam PAS telah membentuk banyak fraksi sehingga pohon politiknya semakin goyah dek akar yang tidak lagi sebulu. Antara Haji Hadi dan Mursyidul Am PAS, banyak perkara yang sentiasa bertelingkah sehingga Menteri Besar Kelantan itu pernah mendengus, siapakah sebenarnya nakhoda? Haji Hadi diam membisu dan akhirnya mengambil keputusan menamatkan pertelingkahan tanpa merujuk kepada permasalahan sebenar. Daki politik cuba disembunyikan dalam belitan “semutar”, akhirnya mengambil peluang menerima keputusan dari DAP dan PKR, “menutup sebarang rundingan” dan pintu keterbukaan semakin sempit.

Seluruh isi kandungan pelaporan harakah dan harakahdaily membuat penilaian, bahawa pertelingkahan itu adalah “perangkap UMNO” maka Hassan Ali, Nasharudin telah masuk ke dalamnya. Mustafa Ali memberikan dakwaan bahawa telah berlaku satu perbincangan, maka itulah mereka berbangga untuk menyingkirkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Timbalan Presiden daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka sedar bahawa dua orang pemimpin tersebut tidak dapat berkompromi dengan penghinaan kepada orang Melayu, kerana mereka mempunyai akar umbi Melayu yang kuat berbanding Nik Aziz yang begitu hina untuk mengakui dirinya sebagai Melayu. Akhir-akhir ini beliau mulai sedar, menolak jiwa Melayu yang ada dalam dirinya, bererti menghina Melayu maka PAS cuba mempamerkan kepalsuan diri dengan menyatakan, kalau pembangkang diberikan kesempatan memerintah, Melayu akan tetap dipertahankan, sistem beraja akan dikekalkan manakala Islam akan diperkuatkan.

Tetapi apabila seorang paderi mencabar undang-undang dengan menilai Perkara 153 yang terdapat dalam Perlembagaan sebagai “kaedah membuli kaum lain”, PAS berdiam diri.PAS sedar, jika berusaha membantah pandangan paderi itu, akan dituduh tidak menghormati kebebasan bukan Islam. PAS sanggup melacurkan agama demi kepentingan politiknya.

Harakah juga bersifat demikian. Memasukkan kaedah politik menghalalkan cara bagi mencapai matlamatnya, meskipun akhirnya agama ternoda dan diperkotak-katikkan oleh sekutu bukan Islam yang ada dalam pakatan pembangkang. Kita boleh lihat dan nilai, pelaporan harakah dan harakahdialy jelas memberika tafsiran yang lebih baik kepada DAP dan PKR berbanding sebahagian kecil pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Situasi itulah yang membangkitkan rasa kesal Dr Hassan Ali, hingga kini tidak diulas secara bertanggungjawab oleh mereka yang berada di belakang tabir harakah.

Harakah dan harakahdialy, bukan sahaja tidak boleh dipercayai kaedah pelaporannya, ia turut membangkitkan dosa sosial dan daki politik yang boleh menghancurkan Islam. Sebahagian beritanya tidak berasaskan realiti, tetapi lebih berbentuk prasangka dan spekulasi dengan lempar batu sembunyikan tangan di sebalik kesucian ayat-ayat al-Qur’an dan gambaran sejarah sebagai teladan terbaik.

Kalau nak disenarai pendekkan semua runut bunyi sumbang yang bermula dengan pendapat peribadi Saari Sungip yang kepingin jawatan besar bagi menggantikan Dr Hassan Ali sebagai EXCO jika Pakatan Pembangkang menang lagi di Selangor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, jelas membayangkan bahawa ada pemimpin sanggup memburuk-burukkan rakannya sendiri demi “menangguk laba politik” dan “memperoleh ganjaran” atas kesanggupan untuk “membunuh sahabatnya sendiri”. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam gelanggang politik di mana-mana selagi manusia teramat mengagung-agungkan kuasa, tanpa memikirkan itu hanyalah salah satu kaedah untuk berorganisasi secara legitimasi dalam dunia moden.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Sedih Melihat Pemimpin Melayu Dirasuk DAP


Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada nasib bangsa Melayu yang kini diambang kehancuran. Kata-kata seorang pemimpin Melayu yang sudah lama tersesat iaitu Saifuddin Nasution mengatakan bahawa UMNO dan BN berada diambang kehancuran bukan sebenarnya ditujukan kepada parti itu. Malahan, ia melibatkan nasib semua umat Melayu di negara ini.

Tamingsari amat hairan. Mengapa orang Melayu boleh gagal memahami dan mengenali DAP serta agenda perjuangan mereka sehingga sanggup berstongkol bersama mereka. Sejak dari zaman pasca merdeka sehingga ke hari ini DAP belum pernah lari dari asas perjuangan Malaysian Malaysia. Pemahaman DAP mahu kesamarataan untuk semua kaum dan menghapuskan hak istimewa bumiputra tetap kekal diperjuangkan biarpun zaman sudah berubah. Cetusan perbalahan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca dari kebiadapan DAP mahu menidakkan semua itu sehingga membangkitkan rasa marah dikalangan orang-orang Melayu.

Paling menyedihkan DAP secara terang-terangan anti kepada agama Islam dan dengan rasa tidak bersalah mempersendakan azan, dan ayat-ayat AlQuran. Itupun boleh dibutakan oleh sebuah parti yang berlabel Islam yang sanggup menutup salah DAP dan terus mempertahankan DAP sehingga ke titisan darah yang terakhir. Ke mana agaknya maruah orang Melayu sehingga sanggup mengadaikan agama dan bangsa semata kemarukkan kuasa dan pengaruh politik.

Kemasukan dua orang Melayu ke dalam DAP iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari UMNO, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias ke dalam DAP menambahkan lagi episod duka orang-orang Melayu. Begitu angkuh dan bodohnya pemimpin Melayu yang terpesona dengan janji manis pemimpin ultra rasis DAP walhal perancangan jahat DAP secara terang-terangan terpampang luas. Mungkin dek kerana dendam dan terpengaruh dengan janji itu, dua ekor Melayu itu sanggup diperanjingkan serta membabi buta memuji-muji DAP sebagai sebuah parti paling tepat memperjuangkan nasib Melayu.

Butakah mata Ariff dan Aspan, melihat kekejaman Lim Guan Eng di P. Pinang yang menidakkan terus peluang orang-orang Melayu disana. Dari aspek perumahan sehingga ke aspek ekonomi orang Melayu tidak mendapat tempat di dalam perancangan DAP. Dari aspek kuasa pula, orang Melayu diperkuda dan dikunci mulut mereka. Di ketika itu, apa yang mampu pemimpin Melayu lakukan untuk memperjuangkan nasib bangsa mereka? Redho sahaja Guan Eng menyepak pungok mereka tanpa mampu tangan dan kaki menepis lagi.

DAP makin tersenyum melihat Melayu intelek makin bodoh dan mudah diperbodohkan.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Isnin, 2 Januari 2012

Sudah 40 Tahun, Ramai Graduan Selamat Digraduasi Tanpa Diganggu AUKU


Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Maka sejak dari tahun 1971 sehingga 2011, iaitu selama 40 tahun, mungkin sudah mencapai angka ratusan ribu graduan yang berjaya bergraduasi tanpa ada gangguan sedikitpun oleh AUKU. AUKU punya peraturan yang baik menepati kehendak semasa cumanya ia menghalang penglibatan mahasiswa di dalam arena politik dan gabungan pertubuhan pelajar serta kesatuan sekerja.

Biarpun peruntukan di dalam AUKU itu disanggah ramai pihak terutama parti pembangkang, kerajaan masih mengekalkan kewujudan peruntukkan itu demi mengelakkan mahasiswa menjadi mangsa budaya politik kotor.

Hakikat sebenarnya, mahasiswa tetap degil dan mahu mencabar kerajaan. Dengan sokongan sorok tangan pemimpin pembangkang, mahasiswa sanggup membadai diri serta mempertaruhkan masa depan mereka menentang perlaksanaan AUKU. Seperti yang mereka lakukan di hadapan UPSI baru-baru ini, bukankah tidak ada sedikit pun faedah yang mereka gapai? Yang untungnya, parti pembangkang sendiri mereka-reka cerita pelbagai versi memuaskan nafsu mereka sendiri. 

Walhal, jika mereka duduk diam dan tidak masuk campur di dalam urusan tersebut, tidak ada sedikit pun kerugian yang mereka tanggung. Malah, rekod mereka akan terus kekal baik. Teruskan menuntut ilmu, patuhi AUKU dan jika mahu berpolitik, tunggulah selepas bergraduasi. Akhirnya apabila sudah tamat graduasi mereka mungkin mudah mendapat perkerjaan kerana mereka tidak ada sejarah hitam.

Majikan mana mahu mengambil seorang pendendam, penyanggak, pembabi buta, pemberontak dan pembangkang untuk berkerja di organisasi mereka. Silap-silap lawan tokey nanti.

So, ada otak, fikirlah sendiri wahai mahasiswa.

Ayat Geram : "Lepas graduasi, Nak menjubur bersama Anwar pun, tidak ada sesiapa yang menghalang."

Wallahhu'alam.

Penulis,

Mahasiswa Kini Hanya Ada Otak, Akal Tiada !!

Ia hanya disensasikan di dalam portal pembangkang mengambarkan keburukan polis dan kerajaan. Auku tetap di dalam buku perlembagaan, tidak mampu diubah sedikitpun oleh demo itu. Jadi apa faedahnya? Otak mahasiswa yang menyertai demo UPSI itu bawah sikit tarafnya dari seekor lembu yang menyeberang jalan yang sibuk. Lembu itu mati dilanggar, orang lain yang merana. Di dalam kes mereka, mahasiswa itu yang merana PAS dan PKR mendapat habuan politik.  

Malas sebenarnya nak menulis berkenaan dengan mahasiswa zaman sekarang. Selain terlibat dengan masalah politik murahan, mereka juga kita sudah hilang budaya timur dan tatasusila di dalam diri mereka sendiri. Mahasiswa hari ini keintelektualan mereka terletak pada sijil yang mereka bawa sahaja sedangkan diri mereka sama sahaja dibandingkan dengan mereka yang tidak bergelar mahasiswa.

Kes yang berlaku di UPSI baru-baru ini iaitu demonstrasi mahasiswa mahu AUKU dihapuskan hanya satu polemik menyokong budaya Anwar Ibrahim yang ternyata bukan satu ikon yang baik. Bukankah sepatutnya bagi seorang mahasiswa, mereka lebih matang menilai seseorang itu dari sudut lahiriah. Lebih tepat mereka menilai dengan faktor batiniah.

Mereka juga sepatutnya lebih memahami isu dan membawa suara mereka ke arena yang betul. Di dalam soal Auku, bukankah Perdana Menteri sudah berjanji akan memperbaiki akta itu dan setahu Tamingsari, ia sudah pun diperbaiki. Jika ia masih punya kepincangan, gunalah saluran yang tepat bagi menyatakan pandangan. Hanya kerana mahu melayan nafsu politik PAS dan PKR, mahasiswa yang dicucuk hidung itu sanggup mengempur polis dan FRU walhal ia hanya satu kerja yang sia-sia.

Di dalam demostrasi itu difahamkan, ada yang tercedera dibelasah polis. Mahasiswa itu kononnya terlantar koma dan nazak. Namun, Allah punya kuasa, ada pula bukti menunjukkan ia hanya sekadar lakonan mereka persis lakonan Anwar Ibrahim tercedera semasa perhimpunan Bersih versi 2 baru-baru ini. Mengapa perlu tiru cara Anwar?

Anwar, bukankah dia ini jelas seorang pendusta yang nyata. Dia juga punya masalah moral yang kronik. Hina dan dinanya seorang manusia bernama Anwar Ibrahim ini adalah dia pencinta kepada budaya seks luar tabie. Dia juga ditangkap mengamalkan seks bebas bersama pelacur China sehinggakan video itu terang-terang menunjukkan kemaluannya. Mungkin itu yang berjaya ditangkap, yang lain, wallahhualam.

Dengan segala bukti yang ada, tidakkah satu pun yang mampu menjadi batu penghalang dari seorang mahasiswa terus mengikut jejak Anwar Ibrahim. Mahasiswa kini mungkin semakin buta menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Mula-mula ini mungkin tiru lakonan Anwar, lama-lama nanti tiru tabiat seks Anwar.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif