Isnin, 27 Februari 2012

Seperti Dijangka, BadrolAmin Kaitkan UMNO Dlm Adegan Berahinya


Malas nak ulas panjang2. Tapi beginilah mentaliti pemimpin PKR apabila brlaku sesuatu musibah menimpa mereka. Mereka yang sedap melayan nafsu, UMNO juga dijadikan mangsa.

Serupa kes liwat Anwar, bukan diragui lagi bukti DNA itu, tp UMNO juga disalahkan mereka.

Sila baca http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/27/mstar_berita/20120227142812&sec=mstar_berita disini.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Antara Masalah Lynas Dan Khalwat


Suka mencipta polimik yg menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat, Pakatan Rakyat kini makin dilihat ketandusan isu apabila semua perkara yang mereka cuba bangkitkan mudah dipatahkan.

Terbaru, mereka telah melancarkan demo anti Lynas yang mereka namakan sebagai demo hijau. Walaupun kehadiran mencecah 5K, namun kebanyakkannya tidak betul2 memahami apa itu Lynas sebenar2nya.



Namun, keghairahan mereka mengadakan perhimpunan sedemikian akhirnya tercalar apabila salah seorang dari mereka telah ditangkap khalwat. Apa yang mengejutkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh seorang berstatus doktor falsafah dan bergelar Ustaz.

PKR selaku peneraju utama demo Lynas terpukau dan terpaku dengan musibah yang melanda.

Apa yang berlaku pasti sukar lagi diterima oleh pengundi atas pagar. Biar 1000 alasan diutarakan, masakan boleh mengatasi kenyataan saksi bahawa adegan khalwat itu berlaku kira2 pukul 2-3 pagi di kamar hotel.

Jelas lagi bersuluh, diantara masalah Khalwat dan juga Lynas, khalwat lebih membahayakan masyarakat apatah lagi ia dilakukan oleh mereka yang bergelar ustaz. Lynas jelas tidak membahayakan orang ramai, tetapi khalwat membawa bahana masalah moral yang lebih besar. Paling tidak boleh diterima, kesannya kepada agama Islam dimata masyarakat bukan Islam.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 16 Februari 2012

Cukup "Legasi Hassan Ali" Sahaja Musnahkan Pakatan Rakyat


Fenomena baru menjelma. Apabila Dr. Hassan Ali bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas Exco Agama Kerajaan Selangor, dipecat dari PAS, secara tiba-tiba namanya sering disebut diseantero Malaysia. Dia sendiri bagaikan terpanggil mendedahkan pekung yang selama ini tersimpan di dalam Pakatan rakyat dan tambahan di dalamnya penuh dengan watak-watak tipudaya.

Anda semua bayangkan, setiap kali dia mengadakan ceramah umum di serata negara tanpa tajaan sesiapa, kehadiran orang ramai mencecah hampir 15 ribu orang. Apakah maksud dari petanda ini? Adakah fenomena ini sama seperti yang pernah dilakukan Anwar di dalam gerakan reformisnya selepas dipecat dari UMNO dan semua jawatan di dalam kerajaan? Mungkin ia sama tetapi kesuciaan perjuangan itu jauh berbeda.

Siapa yang lega pastinya dari kem UMNO. Tamingsari melihat usaha UMNO bagai berbaloi apabila mereka akan mendapat pertolongan secara tidak langsung dari Hassan Ali. Apa tidaknya, PAS dan PKR apatah lagi DAP pasti bergetar lutut apabila Hassan bakal menjaja dan membuka segala penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PR selama ini demi membuka minda rakyat bahawa, apa yang dijanjikan PR hanya pembohongan dan apa yang dicerca PR kepada BN selama ini adalah fitnah. Pasti kata-kata yang keluar dari mulut Hassan Ali adalah benar kerana dia pernah belayar sekapal di dalam PAS dan Pakatan. Apatah lagi dia seorang ulama.

Biarpun Hassan Ali belum membuka hatinya untuk bersama parti Kerajaan, seperti yang dilakukan Datuk Nakhaie, sekarang pengerusi YADIM yang merupakan bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali dikhabarkan mampu membina kuasa ke-3 dan meranapkan terus PAS Sekular kini di muka bumi Malaysia ini. Ini kerana di belakang Hassan, ada ramai lagi ulama PAS yang kecewa dengan keadaan PAS sekarang yang bila-bila masa halal digempur.

Tamingsari yakin, ahli PAS bersama PAS kerana nama PAS itu kononnya sebuah parti Islam. Jadi, mana mungkin mereka mahu bersama PAS lagi yang kini diterajui ramai pemimpin yang tiada kelulusan pendidikan agama secara formal. Team Erdogen di dalam PAS hanya mampu mencorak parti itu ala PKR yang tidak ada wadah perjuangan tepat. Jika Hassan Ali mahu memukul canang, pasti berbondong-bondong ahli PAS akan mengikut jejaknya.

Namun, Tamingsari mohon mencadang, apagunanya kita terus mencipta perpecahan. Marilah bersama-sama kita di dalam Barisan Nasional, membentuk satu kekuatan sebuah wadah perjuangan orang Islam bagi mengukuhkan kuasa kita di negara ini yang makin dicalar oleh puak-puak kafir harbi. Kita tidak mahu bercakap soal politik lagi tetapi kita hanya mahu, nasib agama dan bangsa kita terus terbela dari kerakusan lintah-lintah darat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 14 Februari 2012

Aura Perubahan Di Kelantan Makin Memuncak


PAS pasti terkesima melihat perubahan sokongan rakyat Kelantan dari memuja mereka kepada Barisan Nasional. Rata-rata mereka termakan dengan pendedahan fakta oleh media massa terutama TV3 berkaitan kedaifan Infra di negeri itu. Sekmen Aduan Rakyat yang disiarkan di TV3 kerap menimbulkan isu air dan jalan menyebabkan kerajaan negeri dari PAS semakin tidak senang duduk.

Tamingsari terpanggil untuk menulis apabila baru-baru ini, Ketua Pembangkang DUN Kelantan dan beberapa pemimpin UMNO telah mengadakan satu Ceramah Perdana di Panji, Kota Bharu. Pada awalnya ramai yang menyangka projek itu tidak akan mendapat sambutan namun, sehingga ke kemuncaknya lebih dari 15 ribu orang membanjiri kawasan ceramah tidak kira dari apa jua fahaman politik. Masing-masing bagikan mahu mencari apakah cacat cela pegangan mereka selama ini.

Mereka akhirnya terpukau dan mengiyakan apa sahaja yang diutarakan penceramah malah mereka sama-sama meresapkan semangat "TUKAR" yang sering dilaungkan oleh penceramah. Hadirin yang keseluruhannya rakyat Kelantan bagaikan mula sedar mereka sebenarnya hidup dibawah pemerintahan sebuah kerajaan paling lembab dan pemalas. Rupanya selama ini mereka berbapakan PAS, tetapi orang lain yang menjaga dan menyuap nasi ke mulut mereka. Mengapa perlu terus berbapakan orang yang malas dan lebih baik berbapakan orang yang ikhlas serta komited mahu memelihara kepentingan dan kesejahteraan kita. Mungkin itulah yang bermain di minda para hadirin.

Mereka bagaikan tidak sabar apabila kedengaran Hassan Ali akan datang ke Kelantan bagi membuka semua pekung-pekung PAS yang selama ini disorokan dari pengetetahuan rakyat. PAS yang selama ini berselindung dengan jubah dan serban hijau mereka bakal ditelanjangkan Hassan Ali. Maka dikala itu tidak tertutup lagi aib mereka yang selama ini membarah di dalam muamalah masyarakat Islam di Malaysia.

Tamingsari dapat merasakan aura perubahan itu dan pastinya mengigil kaki pemimpin PAS yang sedar mereka sudah tidak releven di mana-mana sahaja.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Isnin, 13 Februari 2012

14 Februari : Ada Peristiwa Lebih Penting Dari Valentine


Tanggal 14 Februari. Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.

Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia: Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Leftenan (Lt.) Adnan Saidi, menjadikan jumlah keseluruhannya 42 orang. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara.

Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu bertempur dengan gagah berani sehingga gugur. Walaupun Lt. Adnan terkorban, lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Lt. Adnan dan regimennya. (Wikipedia)

Maka, apabila tiba 14 Februari, ingatlah Lt. Adnan dan Kompeni C nya yang pernah memalukan tentera Jepun yang kononnya hebat dengan kamikazinya. Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya.

Semoga Allah Taala Yang Maha Pengasih menempatkan wira-wira ini ditempat orang-orang yang mati syahid. Amin.

Al-Fatihah buat bunga-bunga bangsaku.

Kajang, Selangor

Penulis,

Sabtu, 11 Februari 2012

Apabila Sangkakala Ditiup


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif