Ahad, 28 Oktober 2012

Filem "My Name Is Khan" Pro Liberalisme Agama


Siapakah yang sedar?

Filem hindi bertajuk My Name Is Khan arahan Karan Johar adalah filem yang sangat menguntungkan produksinya apabila berjaya membuat kutipan box office sebanyak USD27.8M berbanding kos pembikinnya hanya USD7.18M. Ia kerap ditayangkan di televisyen Malaysia sekarang ini.

Sedar atau tidak sebenarnya filem ini mengajak umat Islam menuju ke arah Islam liberal. Ini jelas kerana beberapa babak di dalam filem itu menunjukkan krew produksi filem itu sendiri sebenarnya amat dangkal dengan ajaran Islam malah mungkin mereka merasakan agama Islam itu sama saja tarafnya dengan agama lain.

Walaupun plot cerita itu mengambarkan Islam bukan agama penganas, namun fikrah Islamiyah yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan tidak menepati kehendak Islam itu sendiri sekaligus adegan lakonannya mengelirukan orang Islam yang jahil.

Antara contoh babak lakonan yang paling ketara bertentangan dengan ajaran Islam iaitu perkahwinan campur yang membolehkan pasangan wanita (lakonan Kajol) kekal beragama Hindu walaupun sudah berkahwin dengan pasangan Islam (Shah Rukh Khan). Walhal, Islam melarang perkara itu dan perkahwinan seperti itu adalah tidak sah. Jika golongan muda dan jahil tidak disedarkan segera, budaya seperti ini akan menjadi ikutan. Di Malaysia, apa yang dilakonkan itu amat bertepatan dengan tuntutan IFC yang di dokong Ambiga, Majlis Peguam dan Anwar Ibrahim.

Siapakah lagi yang sedar? Bagaimana filem ini boleh mudah masuk ke negara ini dan diluluskan penayangannya. Adakah pihak kerajaan sudah terlalu jahil menilai semua ini?

Persoalannya, adakah agenda tersirat di dalam pembikinan filem ini yang berstongkol dengan mana-mana musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam itu sendiri? 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Mat Yo Buat Hal!


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menolak hasrat Nor Shahrul (Mat Yo) untuk berhijrah ke pasukan lain. Khabar angin mengatakan bahawa Mat Yo dipancing oleh pasukan Selangor.

KAFA menyatakan bahawa Mat Yo masih ada kontrak 1 tahun bersama Kelantan.

P/S: Tunggu habis kontrak le Mat Yo. The Red Warrior masih perlukan khidmat tuan. Minta naik gaji lah. Baru syok!

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Tanda Putera, Bilakah Akan Diputerakan?


Jom Like Page FB Tanda Putera di:


Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. 

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan ke
selamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.

Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.


P/S : Bilakah agaknya filem ini akan ditayangkan? Asyik ditangguh sahaja. Tamingsari pasti seluruh rakyat Malaysia yang cintakan sejarah tidak sabar untuk menonton filem ini yang digarap dari kisah benar kehidupan negarawan ulung. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Apa Yang Orang PAS Tak Tahu Pasal Tun M


TAHUKAH ANDA?? 

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia. 

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir. 

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia. 

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine. 

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis. 

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat. 

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia. 

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2. 

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. 

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia. 

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.. 

Siapa dia? Ya... dia lah... 

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia . 

Say ♥ dan TERIMA KASIH TUN DR MAHATHIR !


Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Sabtu, 27 Oktober 2012

Stadium Hijau Baru PAS Kelantan Untuk The Red Warrior Sudah Siap?


Khabar angin mengatakan stadium baru untuk rakyat Kelantan yang dibina di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh Kelantan tinggal kerja-kerja mengecat warna hijau sahaja lagi.

Cit....!!! Hakk!!! Tui!

Ludahan itu patut dituju tepat ke muka Husam Musa dan Nik Ajis kerana terang-terangan menipu rakyat. Kata mereka, stadium itu akan mula dibina pada Mac 2012. Hakikatnya kawasan tapak stadium masih belum ada apa-apa tindakan oleh mana-mana kontraktor kroni yang dilantik. Malah ia hanya tempat lembu-lembu orang kampung mencari rezeki meragut rumput-rumput disitu bagaikan lembu itu tahu Jentera Tolak Tanah Nik Ajis lepas kiamat nanti baru datang.

Beginilah keadaan tapak pecah tanah stadium mimpi PAS Kelantan

Mengikut Laporan sebelum ini :

Cadangan pembangunan ini telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2011.

Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama.

Projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan turut menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Rekabentuk stadium dikatakan akan menggabungkan ciri stadium dan masjid, yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di setiap aras bangunan.

Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat.

Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos. 



Ini janji seorang munafik yang suka memperbodohkan rakyat Kelantan. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Sebenarnya PAS Lebih Biadap Terhadap Islam


Gesaan Ketua Penerangan Pemuda PAS agar pemimpin UMNO, NGO dan seluruh umat Islam mempertimbangkan kembali sokongan mereka kepada parti yang berjasa lebih 55 tahun untuk terus diberikan kepercayaan bagi tempoh selama lima tahun lagi nampaknya sudah hampir kepada “ikhtiar hidup” yang paling akhir.
Ketua Penerangan Pemuda PAS dalam tulisannya, BN patut singkir yang biadap pada IslamMalaysiakini, 18 Oktober 2012 sebenarnya telah lama sedar mengenai perkara tersebut dan kerana itulah tetap berpendirian bahawa pakatan pembangkang telah banyak melakukan keburukan terhadap Islam.
Bahkan dalam satu jawapan di parlimen baru-baru ini, seorang wakil rakyat PAS dari Kedah terperangkap dengan pertanyaannya sendiri apabila disindir oleh Menteri Belia dan Sukan. Dalam jawapan lisan itu, Menteri Belia dan Sukan mendedahkan parti itu hanya tahu bercakap tetapi tidak laksanakan apa yang dicakapkannya termasuk membina masjid.
Kisahnya mungkin menjadi sesuatu yang amat menyeluruh apabila meneliti apa yang berlaku di Terengganu sepanjang pemerintahan PAS selama empat tahun (1999 hingga 2004), parti itu mengumpul dana daripada rakyat menerusi konsep derma masjid tetapi sampai ke akhirnya tiada masjid yang dapat disiapkan.
Akibatnya, BN yang merampas kembali Terenggu pada tahun 2004 mengambil langkah menyiapkan masjid-masjid yang hanya berjaya disiapkan “ceracaknya” hampir di seluruh daerah. Bahkan dalam kes “perobohan masjid” di Kg Bujal, Beris Meraga, Kemaman, PAS seolah-olah terdesak pada saat akhirnya mengakui “struktur bangunan markas” itu sebagai masjid walaupun didirikan di atas tanah pendudukan sementara yang khusus untuk tanaman kontan.
Melihat kepada cara kerja dan strategi kempen yang digunakan oleh PAS, sebenarnya parti itulah yang “biadab terhadap Islam” berbanding BN seperi didakwa oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Noor yang bersifat jumud dan “minda tertutup” kerana hampir menyerupai kaedah berfikir Mursyidul Am PAS dan Haji Hadi Awang sendiri.
UMNO dilihat sebagai sebuah parti sekular kerana tidak memasukkan perkataan “Islam” sebagai jenamanya walaupun hampir keseluruhan ahlinya beragama Islam berbanding dengan PAS yang seratus peratus beragama Islam tetapi lupa keturunan dan bangsanya. Kerana UMNO mempertahankan orang Melayu dan Bumiputera, maka UMNO dianggap sebuah parti yang berasaskan nasionalisme dan bertentangan dengan politik Islam.
Sebenarnya dalam tindakan seharian, PAS lebih memperlihatkan kesilapan terhadap penghayatan Islamnya kerana hanya mahu menjadi jaguh agama walaupun ada ketikanya mempersendakan prinsip Islam. Prinsip yang paling asas ialah tidak membudayakan bohong dalam setiap tindakan dan kata-kata tetapi PAS sanggup  melakukan perkara itu sehingga “menipu orang ramai.”
Orang ramai sudah tertipu dengan cara PAS membentuk doktrin politiknya termasuk mengatakan bahawa parti itu sahajalah yang boleh membawa penyokongnya ke syurga walaupun para ulama di dalamnya percaya bahawa syurga itu adalah hak mutlak Allah SWT.
Persoalan seharian juga menjadikan PAS sudah ke sasar dari perjuangan Islam apabila secara tergesa-gesa mengeluarkan pendirian bahawa “pintu rundingan sudah ditutup” dan kerjasama hanya boleh terlaksana mengenai hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan kerjasama politik.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama PAS melakukan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam “perkahwinan mutaah”—pakatan pembangkang—untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah walaupun pada asalnya, PAS menanggap hubungan kerjasama dengan bukan Islam sebagai haram dan wajib ditentang.
PAS begitu galak mempertahankan DAP yang bukan sahaja tidak mahu memahami prinsip perjuangan PAS bahkan adakalanya mencabar hebat apa yang hendak didoktrinkan oleh para pemimpinnya. Misalnya, dalam pernyataan hudud, DAP sampai bila-bila pun tidak boleh menerima konsep tersebut kerana mahu kekal Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Pengerusi DAP, Karpal Singh sejak tahun 1995 memberikan amaran, PAS perlu langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum boleh melaksanakan konsep “negara Islam.”
Ini membawa maksud, PAS perlu menunggu Karpal Singh mati dahulu dan kemudiannya langkahkah mayatnya baharulah boleh melaksanakan negara Islam. Bagaimanapun, UMNO mencabar PAS untuk mengemukakan model dan kerangka pengurusan “negara Islam” kerana belum pernah lahir sebuah negara yang boleh dipanggil “negara Islam” sejak Islam mula bertapak.
Model pemerintahan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mentadbir Madinah tidak diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, kerana konsep pemerintahan yang berasaskan saling hormat antara pelbagai pemeluk agama itu hanyalah sebagai :kontrak sosial. Selagi bukan Islam menghormati Islam, selagi itulah mereka mempunyai hak dan taraf yang saksamana.
Hal tersebut amat berlainan dengan prinsip kemuafakatan yang terbina menerusi pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang tidak pernah mengeluarkan satu perjanjian bersama untuk menerima ideology politik PAS dan akan menyokong pembentukan negara Islam. Bahkan, dalam masa yang sama, PAS meneruskan keinginan politiknya dengan menukarkan matlamat dari “negara Islam” kepada “negara berkebajikan.”
Berbanding dengan UMNO meskipun mengalami tuduhan dan dakwaan mempertahankan Perlembagaan yang diwarisi dari penjajah, tetap mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan memperbanyakkan institusi-institusi yang ada kaitan dengan muamalat dan fadhu kifayah.
Sejak memerintah dan menjadi parti terbesar dari segi pemilikan kuasa dalam BN, UMNO telah membangunkan masjid-masjid yang lebih besar bagi keperluan umat Islam berjemaah. UMNO menerusi keazaman untuk membuktikan hukum syariah dimartabatkan telah menyusun pelbagai langkah menanggkat martawab peguam syarie dengan menyusun semula kedudukan sistem perundangan Islam.
Pembinaan mahkamah syariah di seluruh negara bagi memperlengkapkan keperluan umat Islam, bahkan turut memperluaskan peluang latihan dalam pelbagai aspek muamalah yang diperlukan. Bidang pendidikan, UMNO memperkemaskan sistem pendidikan agama dan seterusnya menjadikan konsep sistem peperiksaan berpusat sebagai satu bentuk piawaan yang setara sehingga lulusn Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diterima masuk ke pendidikan tinggi di Timur Tengah dan dalam negara.
Kalau dahulu kelulusan sekolah-sekolah pondok yang mempunyai “pelbagai kaedah pentaksiran” menyebabkan pengajian pendidikan tinggi sedikit masalah kerana tiada pembakuan piawaian, maka menyebabkan ramai yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk lulus. Ini sebenarnya menyebabkan kerugian daripada tenaga kerja dan meningkatkan perbelanjaan pendidikan oleh keluarga.
Para pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk lulus kerana perlu bermula di peringkat bawah sekali lagi, iaitu memasuki peringkat menengah sebelum boleh melanjutkan pendidikan tinggi. Ini tidak dilakukan oleh PAS dengan sempurna walaupun pernah mendakwa parti itulah peneraju kepada pendidikan Islam.
Perkembangan pendidikan Islam di bawah pemerintahan PAS masih bersifat sistem tradisi sedangkan perubahan zaman telah lama berlaku sehingga menyebabkan intergrasi ilmu menjadi sedikit masalah. Oleh kerana penekanan pengetahuan teknik dan kemahiran tidak dimasukkan ke dalam pendidikan pondok menyebabkan kemenjadian murid menjadi sedikit masalah.
Lulusan sekolah pondok tidak diterima sebagai syarat kemasukan dalam pasaran kerja. Hal ini merugikan negara, maka kerajaan BN telah membangunkan semula sekolah-sekolah agama dengan cara pengintegrasiannya dengan ilmu-ilmu kemahiran dan aplikasi teknikal. Perkembangan tersebut melahirkan sekolah integrasi dan di Terengganu muncul sekolah-sekolah Imtiyaz. Konsep pendidikan Islam di bawah kelolaan PAS di Kelantan masih berada pada tahap yang lama dan menyebabkan lulusannya hanya tertumpu dalam bidang agama.
Pendidikan dalam bidang agama sepenuhnya tanpa diintegrasikan dengan pengetahuan sains dan teknik tidak dapat membantu mengubah lanskap sesebuah negara. Bagi memajukan sesebuah negara, ia memerlukan Tenaha mahir dalam pelbagai bidang termasuk analitikal dan kreativiti. Inilah konsep pendidikan yang sedang diintegrasikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dilancarkan laporan awalnya oleh Perdana Menteri pada 12 September 2012.
Memangnya, PAS dan pakatan pembangkang akan mengkritik PPPM dengan pelbagai lojik ciptaannya tanpa melihat kepada keperluan kepada kehidupan dunia yang lebih baik. Sebaliknya, sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1961, belum terlahir satu bentuk perancangan pendidikan yang menyeluruh dan boleh dijadikan asas perancangan, kerana parti itu tidak mempunyai kepakaran dan kesungguhan dalam memperjuangan Islam walaupun melihat dirinyalah sahaja yang paling Islam.
Persoalan yang kembali menyinga dalam masyarakat ialah bagaimana PAS berusaha mengubah perspektif persepsi apabila keseluruhan rakyat semakin yakin parti itu sebenarnya telah gagal dan menyimpang daripad perjuangan asal sejak bersekedudukan dalam pakatan pembangkang. PAS semakin tidak memberikan pemahaman moral yang lebih baik apabila mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar walaupun perspektif pliitiknya membawa kepada aliran liberalism dan pluralism agama.
Bagaimana pemimpin PAS mempertahankan Anwar walaupun dalam banyak perkara, tindakan Ketua Pembangkang menyebabkan masyarakat Islam tersinggung. Hubungan Anwar dengan “penyangak Yahudi” dan perilaku moralnya sedikitnya tidak menjadi persoalan. Bahkan, menyokong Anwar “membabi buta” kerana takut akan terpaksa ditinggalkan dalam kapal misi merampas Purtajaya.
Sebenarnya keputusan PAS mempertahankan Anwar dalam semua keputusan dan perilaku tersebut menjadikan parti itu semakin kehilangan pengaruh. PAS akan dilihat sebuah parti yang tidak lagi relevan kepada perjuangan Islam dalam konteks kesejagatan nilai dan keperluan untuk hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.
Walau apa pun sangkalan dibuat, PAS akan tetap menjadi liability kepada masyarakat Malaysia kerana tidak menghasilkan peluang kehidupan yang lebih baik. PAS semakin sehari semakin lantang mempersendakan Islam sehingga sekutunya dalam pakatan pembangkang sanggup memangkas apa sahaja yang hendak dilaksanakan, kerana PAS sebenarnya sudah dilingkari oleh anwarisme.
Persoalannya, benarkah MCA biadap terhadap Islam berbanding dengan DAP. Jawabnya, setelah menelurusi sejarah DAP yang panjang (sejak 1964), parti itu amat tidak bersetuju dengan ideology politik Islam dan kini, kerana merasakan sokongan bukan Melayu lebih besar, maka benarlah seperti yang dibimbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
DAP semakin “angkuh dan sombong” dan bila lebih banyak kerusi dimenanginya, maka parti itu akan menyingkirkan pengaruh orang Melayu. Orang Melayu akan dijadikan alat untuk memperkuatkan kedudukan, dan hakikat itu tidak disedari oleh PAS, kerana masih asyik berkhayal, Putrajaya bakal menjadi miliknya suatu hari.
PAS yang pernah mengambil keputusan untuk melelong Putrajaya pada zaman pengurusan Fahdil Noor nampaknya telah menghina bekas presidennya sendiri apabila begitu taksub dan yakin boleh merampas Putrajaya.
Antara Haji Hadi dan Fadhil Noor berlaku dikotomi politik yang luar biasa. Bila seseorang berhasrat “melelong Putrajaya” bermakna ia bukanlah suatu aset yang berharga, ia adalah satu bentuk liabliti. Fadhil menanggap itulah sebabnya Putrajaya perlu dilelong. Kali ini, Haji Hadi yakin akan “merampas Putrajaya” maknanya, berlaku tindakan ganas yang sedang dirancang oleh PAS kerana Putrajaya sudah dilihat sebagai aset dan simbol kuasa.
Sepatutnya Ridhuan Mohd Noor boleh membaca perjalanan sejarah sedemikian dan kemudiannya mentafsirkaa secara bijak, siapakah sebenarnya yang biadap pada Islam. Kalau Fadhil Noor membuat keputusan melelong Putrajaya, maka apakah hukumnya Haji Hadi yang sudah menjadi pembelot kepada pendirian seseorang yang dianggap memberikan sumbangan besar kepada parti sehingga dilihat tokoh yang meletakkannya seorang yang dinamik dan berwawasan.
Perlukan Ridhuan Mohd Noor memahami secara jelas, kenapa PAS benar-benar percaya bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang dengan liciknya tidak boleh menerima Islam. Bukankah, DAPlah yang paling lantang marahkan “negara Islam” ciptaan PAS? UMNO menentang hukum hudud kerana banyak kelemahan yang tidak dapat diperbetulkan oleh parti itu,, kerana perencanaannya adalah atas matlamat politik, bukannya bersandarkan al-Qur’an dan Sunnah. PAS menggunakan al-Qur’an dan Sunnah sebagai sandaran politik dan bukan asas menjamin kemaslahatan ummah.
Itulah yang berbeza secara ketaranya antara syariat Islam dan pendekatan hukum hudud PAS. PAS tidak bersungguh=sungguh untuk laksanakannya kerana hingga kini masih belumada mekanisme yang jelas, bahkan tidak pernah berusaha melahirkan peguamcara dan penguamcara yang bakal mengendalikan pelaksanaan hukum hudud ciptaan PAS sejak tahun 1995 di Kelantan dan 2004 di Terengganu.
Sebenarnya, dalam banyak perkara PASlah telah biadap kepada Islam kerana mempersendakan Allah dengan berkata “Allah lebih samseng”, “Tuihan juga mencarut” dan “boleh gunakan al-Qur’an kerana bukan Islam walaupun konteksnya salah, kerana PAS turut melakukan hal yang sama atas dasar politik semata-mata,
 Seharusnya Ridhuan Mohd Noor lebih memahami apa sebenarnya berlaku dalam PAS sebelum menyalahkan orang lain sebagai “biadap terhadap Islam’. Nampaknya, Ridhuan sama seperti kebanyakan pemimpin PAS sendiri, mahukan orang lain berjalan betul walaupun diri sendiri tidak pernah berjalan dengan betul. PAS adalah ketam yang merosakkan masyarakat dan menggelonsorkan pemikiran orang ramai atas nama Islam walaupun banyak keraguan yang muncul atas cita-cita politik menghalalkan cara.
Lojiknya mudah, kalau Mursyidul AM PAS boleh menerima DAP tidak salah apabila mengkritik Islam, maka apabila MCA mengkritik perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, maka yang lebih biadap ialah PAS sendiri. PAS tidak cuba memperbetulkan “persepsi yang dianggap salah” kerana PAS sentiasa membentuk “persepsi yang salah” . PAS tidak pernah berusaha memperbetulkan persepsi agar Islam terus diterima sebagai yang terbaik dan sebuah cara hidup yang harmoni dan sejahtera. Sejahterakah apabila PAS semakin berusaha menyingkirkan mereka yang tetap pendirian dalam memperjuangkan Islam tetapi tidak bersetuju dengan prinsip liberal dan pluralisme yang sedang berkembang dalam tubuh PAS?
Apa dah jadi dengan penentangan PAS terhadap Dr Hasan Ali dan kini, Nasharudin Mat Isa sedang ditandukkan ke persimpangan politik. Siapakah sebenarnya mengkhianati Islam. Bukankah dari dalam PAS sendiri yang tidak mahukan Islam dijadikan manhaj dan pedoman kehidupan beradab dan budiman? Kalaulah demikian makasudnya, kenapa PAS begitu cair dengan perjuangan Anwar dan DAP sehingga sanggup mengorbankan pemimpinnya sendiri yang berbeza pandangan dan tidak boleh menerima perubahan yang lebih menjurus kepada kepentingan material dan taghut itu? 
Wallahhu'alam.


Penulis,

Tamingsari

Muliakah Fatwa Nik Aziz Ini? Untuk Islam atau Untuk Pas?




1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, – 3 Julai 1999.

 4. “Jika melawan UMNO  tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.”  – 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP  ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – 24 Januari 1999.

7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” –26 Nov 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – 19 Nov 1999
11. “PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – 25 Jun 1999.

12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – 24 April 1994.

13. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” –17 April 1995.
14. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” – 6 November 1999.

15. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” – Kota Bharu, 1999.

16. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – 6 November 1999.
17. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Harakah,4 Mac 2001.

18. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” -  Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”-Khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, – Oktober 2001.
21. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

22. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” –Harakah, 22 Feb 1999.

23. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

24. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – 12 Mei 1999

25. “Kepercayaan manusia kepada kiamat menyebabkan seganas-ganas manusia akan jadi ganas. Kerana dia yakin walau bagaimana ganasnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepan dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir Akulah orangnya sombong, tak dengar kata orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun ada di aku, handalan pun ada di aku, sombong pun di aku. Kalau samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu sombong aku lebih sombong. Percayaan kita manusia kepada akidah nilah, akidah akhirat kita panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – 31 Julai 2002.

26. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

27. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – 12 Ogos 2009.

28. “Nabi Muhammad waktu dia dia beranak tu serupa dengan Mat-Mat lain di kampung juga. Mat anak kita, mat budak kampung dengan mat tanah Arab sama saja. ”.- Kota Bharu, Kelantan Feb. 2012

P/S : Kalau betul hendak jadi TOTOK Khawarij, semua hadis-hadis ini WAJIB dihafal dan diamalkan.



Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Penganiayaan Ini Dihalalkan? Fikirkan!

Munasabahkah Caj Parking Kereta begitu berbeza? Rata-rata caj parking kereta dibawah PBT Kelantan menyamai harga parking di Gua Musang.

Inilah bukti betapa bezanya pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. 

Inilah juga bezanya begitu senyapnya rakyat jika penganiayaan itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Cubalah perkara ini dilakukan oleh Kerajaan BN, pasti sudah lama dimainkan di blog dan akhbar sampah pembangkang. Isu air yang melangkaui kesabaran orang yang betul-betul sabar sememangnya dikompromi oleh orang-orang Kelantan dan ini memudahkan PAS terus menerus memerintah dengan arrogant dan lalai.

Bagi mereka (PAS) mengapa perlu bersusah payah melabur duit untuk rakyat kerana apa saja yang rakyat komen nanti, kata saja Kerajaan BN yang sabotaj Kelantan. 

Beginilah stail pemerintahan sebuah kerajaan negeri yang paling pemalas dan berkira-berkira dengan rakyat. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif