Isnin, 30 Disember 2013

Guling Kerajaan Satu Kesalahan Besar

TIADA siapa dapat memberi jaminan keamanan dapat dikekalkan dalam setiap perhimpunan haram. Gambar kiri para perusuh menterbalikkan kereta polis ketika dalam salah satu himpunan Bersih manakala gambar kanan perusuh merosakkan kenderaan awam ketika rakyat merusuh menolak kepimpinan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi. 

PERHIMPUNAN yang dijangka berlangsung pada malam 31 Disember ini dijaja sebagai satu perhimpunan bagi menyatakan protes kepada kerajaan tentang peningkatan kos sara hidup. Protes ini juga dikatakan bertujuan mengingatkan kerajaan kepada janji dan manifesto pilihan raya lalu. Ia juga dikaitkan dengan ketirisan dan penyelewengan dalam hal urus tadbir negara. Hakikatnya, perkara berkaitan kos sara hidup serta ketirisan dan penyelewengan sudah tentu menjadi perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak. Namun begitu, protes seperti ini atau lebih tepat lagi dalam bahasa undang-undang, 'protes jalanan' adalah perbuatan melanggar undang-undang. 

Menurut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, 'protes jalanan' ditafsirkan sebagai "Suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan yang melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu". Protes jalanan diharamkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan peruntukan seksyen 4(2), yang menyatakan, "Seseorang melakukan suatu kesalahan jika…(c) dia menganjurkan atau menyertai satu protes jalanan". Seseorang yang didapati bersalah atas pertuduhan menganjurkan atau menyertai protes jalanan ini boleh dihukum denda sehingga RM10,000. 

Hukuman ini disebut dalam Seksyen 4(3) Akta Perhimpunan Aman tersebut. Perhimpunan aman yang dibenarkan oleh Akta Perhimpunan Aman hendaklah mempunyai penganjur. Kehendak undang-undang ini mempunyai logik dan kepentingan tertentu. Seperti dinyatakan oleh akta ini, penganjur hendaklah bertanggungjawab dalam banyak perkara yang dijelaskan oleh seksyen-seksyen 9, 10, 11, 12, dan 13 Akta Perhimpunan Aman. Antara lain, tanggungjawabnya membuat pemberitahuan tentang perhimpunan kepada pihak polis dan mendapatkan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi tujuan perhimpunan itu. 

Logiknya, segala urusan berkaitan perhimpunan dan peserta mudah diurus dan ada pihak yang mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku kesulitan. Sekiranya tiada pihak yang mahu mengambil tanggungjawab penganjuran, kita boleh lihat ketidakmatangan pihak yang berkempen mengajak rakyat membuat protes. Sekiranya tiada pihak yang mengaku atau mengambil tanggungjawab sebagai penganjur kepada perhimpunan yang tiada pemberitahuan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa, seperti polis, boleh membuat anggapan bahawa mereka yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan adalah penganjur kepada perhimpunan. 

Setakat ini Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikait rapat dengan protes 31 Disember ini. Maka TURUN boleh dianggap sebagai penganjur kepada protes ini. Dalam suatu perhimpunan aman, penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan polis atau pihak berkuasa tempatan serta pemilik premis di mana perhimpunan itu dilakukan. Peserta dan mereka yang bertanggungjawab menyebar kempen protes ini tidak boleh menuntut kerjasama polis atau pihak berkuasa tempatan sahaja. Dalam undang-undang, mereka juga dituntut untuk bekerjasama. 

 Mengajak 

 Sekiranya pihak yang mengajak orang ramai turun menyertai protes jalanan ini bersikap bertanggungjawab maka mereka hendaklah mengambil tanggungjawab berkenaan penganjurannya juga. Inilah yang kita namakan kematangan dalam melaksanakan hak berhimpun. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab berkenaan perhimpunan ini ke atas pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya atau peserta semata-mata. Inspirasi Akta Perhimpunan Aman adalah untuk meletakkan tanggungjawab kepada penganjur dan peserta perhimpunan, bukan kepada pasukan polis. Pihak polis hanya menjadi pemudah cara dalam perjalanan perhimpunan tersebut. Sekiranya mereka yang berkempen mengajak orang ramai turun dan menyertai protes jalanan ini enggan mengambil tanggungjawab sebagai penganjur, maka kredibiliti dan sikap bertanggungjawab mereka juga boleh dipersoal. 

Seperkara lain yang menjadi persoalan adalah keikhlasan protes ini. Adakah ia benar-benar untuk rakyat atau ada dalang atau tujuan lain di sebalik penganjurannya? Persoalan ini timbul kerana ramai juga yang melihat bahawa protes jalanan ini mempunyai agenda menentang kerajaan dengan cara bercanggah dengan demokrasi atau bercanggah dengan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh undang-undang dan sistem demokrasi kita. Keengganan TURUN, yang dikaitkan dengan penganjuran protes ini untuk mengambil tanggungjawab penganjuran dan meletakkannya kepada peserta menjadi tanda tanya; adakah ada dalang lain di sebalik penganjurannya? Sekiranya TURUN menghormati sistem demokrasi dan mendaulatkan undang-undang, maka peruntukan akta dan undang-undang berkaitan perhimpunan hendaklah dipatuhi. Ambillah tanggungjawab sebagai penganjur. 

Kita perlu tahu, sekiranya protes ini boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang boleh meletakkan sistem demokrasi dalam bahaya, maka pihak penganjur dan peserta perlu mengambil perhatian tentang kedudukan undang-undang jenayah mengenai kesalahan terhadap negara. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, "Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun". Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen juga satu kesalahan. Ini disebut dalam Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. 

Oleh itu, sekiranya protes jalanan 31 Disember ini dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan yang pernah disebarkan dahulu, perhatian serius hendaklah diberikan oleh peserta dan juga TURUN kepada peruntukan Kanun Keseksaan ini kerana ia perbuatan atau aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Secara umumnya perhimpunan aman yang dikelaskan sebagai 'kebebasan asasi' dan menjadi milik atau hak rakyat dan seterusnya diterima sebagai perhimpunan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang adalah perhimpunan yang menepati kehendak undang-undang. 

Jika perhimpunan itu bercanggah dengan undang-undang maka ia bukan lagi menjadi suatu hak yang boleh dituntut. Protes jalanan bukan jalan terbaik menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Pendekatan protes jalanan seperti ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sekiranya rakyat mahukan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup, salurkan penyelesaian kepada masalah itu, bukan membuat masalah lain yang bukan sahaja tidak boleh menjamin penyelesaian, bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada.


PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Khamis, 26 Disember 2013

Kadar Jenayah Turun, Rezeki Bertambah : Brunei Selepas Hudud


Tindakan Brunei melaksanakan hukum Hudud telah memberi impak positif kepada kesan jenayah disana. 

Jesteru, Tamingsari menyeru kepada PAS untuk melaksanakannya di Kelantan kerana PAS sudah begitu lama menjaja hudud. Mungkin dengan pelaksanaan hudud jenayah di Kelantan akan jatuh kerana sekarang ini Kelantan dipenuhi dengan pelbagai jenayah berat termasuk kes tembak. Paling terbaru, cubaan seorang anak merogol dan mencabul ibu kandungnya sendiri.

Memang kita boleh merancang namun Allah yang menentukan namun perancangan kita biar selari dengan keinginan jiwa kita. Apa yang Tamingsari nampak, hudud hanya alat untuk PAS terus mendapat sokongan namun dijiwa pemimpin PAS, mereka sendiri takut untuk melaksanakan sambil semua jari jemari menunding kepada kesalahan orang lain.

Hakikatnya, PAS sehingga sekarang tidak memberi apa2 kesan positif kepada orang-orang Melayu.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Ulangtahun Tsunami Acheh Hari Ini







Sudahkah kita mengambil ikhtibar?

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Selasa, 24 Disember 2013

Habuan Buat Mereka Yang Nak Guling Kerajaan


PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Isnin, 23 Disember 2013

Kenapa Kau Cepat Lupa Pada Janji?

Beberapa hari kebelakangan ini, minda saya terus menerpa kembali ingatan tema kempen yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan atau lebih dikenali dengan singkatan ICU, Jabatan Perdana Menteri, tetapi digerakkan oleh Kumpulan Media Prima, Jelajah Janji Ditepati, atau ringkasnya JJD. Walaupun saya tidak mengikuti keseluruhan JJD yang diadakan di seluruh negara, saya sempat beberapa kali hadir dan setiap agensi kerajaan yang terbabit seboleh-bolehnya mempamerkan apakah kejayaan mereka, kejayaan yang boleh mencerminkan imej baik kerajaan secara keseluruhannya. 

Saya ucapkan tahniah kepada kakitangan awam yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab tersebut. Saya percaya kerana sumbangan itulah juga BN boleh mengekalkan kuasanya untuk sepenggal lagi, walaupun kedudukannya tidaklah lebih baik dari sebelumnya. Satu lagi ingatan jelas saya ialah mengenai “manifesto BN” ketika berusaha meyakinkan rakyat, khususnya pengundi bahawa parti itu akan tetap memperjuangkan rakyat, dan seterusnya tidak akan menyusahkan rakyat. Apabila membaca “Ingat semula akujanji”, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datu Seri Reezal Merican Naina Merican, BN telah berjanji secara jelasnya untuk mengurangkan tol secara berperingkat-peringkat, tetapi, seminggu lalu isu ini kembali panas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan kalau tidak mahu bayar tol, sila ikut jalan lama. (Ingat semula akujanji, dan Kerajaan patut lebih prihatin, Sinar Harian, 19 Disember 2013). 

Oleh kerana saya tidak mengikuti dengan jelas apa puncanya, maka saya membuka semula akhbar-akhbar sepanjang dua minggu ini untuk mengetahui asasnya. Saya menjumpai, asasnya ada desas-desus bermula Januari 2014, kadar bayaran tol akan dinaikkan kerana kerajaan tidak lagi bersedia membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi lebuh raya setelah tidak menyemaknya selepas tiga tahun. Akhirnya berdentumlah “perang” dan kedengaran pula jawapan sumbang daripada seorang menteri yang dilantik berdasarkan kecemerlangan dalam industri perbankan. 

Ramai yang melihat cara menteri terbabit menjawab adalah sesuatu yang tidak sedap didengar, dan kebetulan pula sebelum berlepas ke Jakarta, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya, tidak berhasrat menjadi sebuah kerajaan yang populis, iaitu membuat keputusan untuk menyedapkan hati rakyat. Maknanya, Perdana Menteri kalau pun belum memberikan persetujuan kenaikan bayaran tol, sekurang-kurangnya beliau sudah memberikan lampu hijau. Maka di situlah rakyat terus beranggapan bahawa sebagai Pengerusi BN, Datuk Seri Najib terlalu cepat lupa kepada akujanjinya walhal hanya baru berusi setengah tahun sejak ia dikeluarkan sebelum PRU 13. 

Seseorang penulis blog, menukilkan rasa marahnya menerusi puisi. Husin Lempoyang dalam Sajak buat Menteri-Menteri Negeri Pasir Berdengung, menggunakan bahasa yang mudah difahamii tetapi amat sinis maknanya: Mudah pula tuan berkata/Jangan makan bila ayam naik harga/jangan minum manis bila naik harga gula/jangan guna jalan jika tol naik berganda/Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia. Kerana jawapan-jawapan itulah Husin meneruskan sinisnya, kalau tidak pun marah: Kita umpama kain basahan/Tuan perah habis-habisan/Akhirnya kami kekeringan/Merana kami tuan kesenangan. Duit sejumput kami diperas hingga rabak/Gaji tuan sedikitpun tak boleh tolak/Diusul kami tuan amuk sampai koyak/Kami senyum lihat tuan makin menggalak. 

Jawabnya mudah, kerana para menteri memang mempunyai pelbagai elaun, termasuk mempunyai kenderaan yang setiap keperluannya dibayar oleh kerajaan, bahkan elektrik walaupun sampai beribu sebulan pun dibayar. Para menteri tidak perlu mengeluarkan bayaran untuk membayar bil utility, hatta air melimpah di kolam renang pun daripada peruntukan kerajaan. Rakyat kecil khabarnya termasuk dalam kelompok 70 peratus yang tidak terjejas kenaikan tariff elektrik. Kata seorang lagi ahli politik, hanya mereka yang mempunyai bila bulanan RM 150 menanggung kenaikan antara RM 15 hingga RM 20. Tidak ramai mereka yang menghuni kota raya Kuala Lumpur tidak mempunyai alat penghawa dingin di rumah, kerana ramai yang tidak mahu kepanasan waktu tidur malam hari. 

Maknanya, kumpulan kelas menengah memang terasa dengan kenaikan tersebut, saya turut menghitung berapakah pula tanggungan saya apabila tariff elektrik itu distrukturkan mula 1 Januari 2014. (Kenaikan tariff elektrik hanya libatkan bil lebih RM 150, Kosmo, 19 Disember 2013). Ketika harga petrol dinaikkan 20 sen seliter, saya tidak merasai apa-apa kerana tidak menggunakan kenderaan sendiri pergi dan balik ke pejabat. Saya lebih gemar menggunakan kenderaan awam, misalnya bas dan perkhidmatan komuter. Sejak awal November lalu, tiket promosi 50 peratus potongan sudah pun diberhentikan, maknanya saya membayar harga tiket penuh. Saya juga tidak mengeluh, kerana saya faham itu adalah sesuatu yang wajar. Tetapi setiap hari saya mengeluh, lebih setahun longgokan mesin pengesahan tiket terus berbungkus dan hanya dijadikan sebagai pameran “gajah putih”. 

Kalau dianggarkan harganya RM 1,000 seunit, maka semua stesen sekurang-kurangnya ada 10 unit. Itu bermakna RM 10,000 terbazir dan jumlah keseluruhannya, tentunya mencecah jutaan ringgit. Saya terus mengeluh, setiap pagi apabila ke luar stesen, pengendalian penumpang terus dilakukan secara manual, yakni mesti ada orang yang memungut dan memeriksa tiket walaupun mesin yang lama berfungsi, kerana mesin-mesin itu juga tidak boleh diharapkan. Bayangkan, setiap pagi terpaksa berebut-rebut untuk keluar kerana satu dibuka, sesekali terpaksa bermain strategi dengan penumpang yang nak memasuki ke platform dan yang hendak keluat platform. 

Inilah suatu kebanggaan yang berjaya mengharumkan perkhidmatan komuter selain setiap hari berlaku kelewatan tiba atas sebab pengurusan yang tidak cekap. Saya melihat pengurusan KTM memang tidak cekap, termasuk ketika menguruskan krisis. Ia berlaku kerana KTM tidak pernah melihat penumpang menyerbut ke pejabatnya dan berdemo agar pihak pengurusan meletakkan jawatan. Ini juga menyebabkan setiap kali berlaku kelewatan, KTM hanya mengumumkan permohonan maaf, tetapi lupa bahawa maaf yang terlalu kerap sebenarnya mencerminkan kebodohan orang yang memohonnya, maaf di atas kesalahan yang sama berulang-ulang. 

Apabila berada dalam gerabak, ataupun koc, penumpang tidak boleh membuat keputusan tepat jam berapakah mereka sebenarnya boleh sampai ke destinasi, kerana di setiap perjalanan terganggu oleh “signal clearance” atau memberikan laluan kepada “ETS, Tren Antarabandar, ataupun keretapi barang.” Itulah sebabnya, komuter walaupun sudah diperbaharui koc dan kemudahan pengendalian penumpang di stesen, pengurusannya tetap terkenal tidak bijaksana dan mengurus sambil lewa. Sambil lewa kerana sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang, tetapi, bila ditanya, ada masalah teknikal. Ramai yang membuat andaian, ia sebenarny bukan seratus peratus bersifat teknikal, tetapi memang habit pengurusan KTM yang tidak menghormati waktu perjalanan yang ditetapkan. Ia hanyalah suatu gambaran indah di kertas atau peringkat perancangan semata-mata. Itulah juga “gula-gula” yang berhasrat untuk bertukar menjadi “chewing gum” bagi rakyat. 

Apa pun kenaikan yang dilaksanakan, ia bukanlah suatu beban, kerana kenaikan itu hanyalah rendah dan tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah. Formula manakah yang mereka gunakan, kerana kenaikan walaupun kecil akan mengakibatkan kos bertambah, termasuk kos pengangkutan. Bila kadar tol dinaikkan, maknanya semua orang terpaksa menanggung kos harga barangan, yang juga akan dimasukkan sebagai kos yang terpaksa ditanggung oleh pengeluarnya. Kenaikan harga petrol meningkatkan harga barangan, kerana barangan diangkut menggunakan kenderaan dan bukannya menggunakan gajah atau kereta lembu yang tidak memerlukan minyak. 

Kenaikan-kenaikan itulah sebenarnya menjadi beban tidak langsung setiap orang, tetapi kerana mulai Januari juga elaun wakil rakyat di beberapa negeri diperhitungkan akan naik. Selangor dan Pulau Pinang sudah mengesahkan kenaikan, manakala Perlis bakal menyusul. Ahli Parlimen juga bakal menerima kenaikannya, kerana adalah janggal elaun wakil rakyat negeri lebih besar berbanding elaun wakil rakyat parlimen. 

Tentunya, akan berjangkit pula ke Dewan Rakyat, akan dibuat usul untuk menaikkan sekali lagi elaun mereka. Ini bermakna, Husin Lempoyang betul, gaji tuan sedikit pun tidak boleh ditolak…malah akan terus bertambah, tetapi mesti ingat: Setiap perkara ada balasan/Nasib tuan belum ketahuan. Tuan jangan lupa/Kami manusia biasa/Sabar kami ada tahapnya/Luka kecil boleh menjadi nanah juga/Jangan sampai menjadi barah pula/Cukuplah tuan menyeksa/Cukuplah tuan buat kami merana…Naik tuan dari kami/Jatuhnya tuan juga dari kami. 

Menariknya juga apabila Abd Jalil Ali menulis dalam kolumnya, Dari Menara KL, Perihal rasionalisasi apam, Sinar Harian, 19 Disember 2013: Dalam konteks ekonomi dan urus tadbir mutakhir, ada banyak istilah sengaja digunakan untuk tidak terlalu memarahkan rakyat. Akhir-akhir ini istilah paling kerap kita dengar daripada pemimpin ialah “rasionalisasi”, “penyelarasan”, dan “penilaian semula”. Maknanya sama sahaja, “naik”. Itulah sebab ramai yang marahkan DBKL dan menterinya sekali kerana tuan punya hartanah terpaksa bayar lebih dan berkali ganda cukai taksiran walaupun kadar cukainya belum ditetapkan. 

Rakyat faham, dengan menaikkan nilaian hartanah, ia bermakna akan berlakulah kenaikan bayaran cukai taksiran, biarpun kadarnya tetap 6 peratus setahun. Yang anehnya, semua jawab hampir senada bahawa kenaikan itu berlaku kerana kerajaan “tiada pilihan” termasuklah rasionalisasi subsidi. Kerajaan memerlukan wang untuk melaksanakan projek pembangunan, dan kerana itu dengan mengurangkan subsidi, maka penjimatan tersebut boleh digunakan untuk memperbanyakkan projek. Sebenarnya, projek ataupun apa pun yang dirasionalisasi, akan memberik kesan kepada rakyat. Rakyat, juga seperti ahli politik, tetap mengharapkan laba dan bukan seratus peratus bersandarkan perjuangan. 

Tidak ada lagi manusia yang sanggup berjuang bermati-matian tanpa mengharapkan sesuatu, sesuatu yang boleh menguntungkan dirinya sama ada dalam jangka pendek, sederhana ataupun panjang. Begitu juga dengan kerajaan Selangor, khabarnya akan menaikkan kadar lesen perniagaan sehingga 400 peratus. Maknanya, mahu tidak mahu para peniaga akan memasukkan kos tersebut untuk dibayar oleh pengguna. Ertinya, barangan dan perkhidmatan akan ikut naik. Bahkan, ketika gula lebih mahal 34 sen sekilogram, hara teh tarik sudah meningkat sampai 4o sen segelas, walhal, hanya dua atau tiga sudu gula sahaja digunakan. Kenaikan 34 sen sekilogram gula, peniaga akan memperolehi keuntungan berpuluh kali lipat dengan hanya menaikkan secawan teh tarik 10 sen. 

Kalau pemimpin PKR mengambil peluang mengajak rakyat membantah DBKL, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Klang/Selangor juga membuat bantahan kenaikan kadar bayaran lesen perniagaan oleh kerajaan PKR. Maknanya, sesiapa pun yang memerintah, kenaikan harga akan berlaku. Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang, sudah pun menaikkan tariff air. Begitu juga kerajaan PAS Kelantan, tahun lalu memperkenalkan “cukai bakul”. Bukan ini bermakna, sesiapa pun yang memerintah, ia akan tetap menggunakan platform cukai sebagai punca pendapatan yang besar, tanpa cukai kerajaan tentunya tidak akan dapat berfungsi. 

Sekali lagi saya terpaksa memikirkan ke manakah haluan kita pada masa depan. Seandainya kita berjaya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, maka banyaklah kita sebagai rakyat terpaksa membayar cukai. Cukai yang kita kena bayar, bukan semakin turun, tetap semakin naik. Inilah kehidupan moden yang terlalu bergantung kepada kepentingan ekonomi, walhal banyak perkara lain yang wajib diberikan perhatian. Ekonomi boleh jadi cergas, kalaulah hasil yang diperolehi kerajaan tidak melibatkan pembaziran, termasuk kes yang terdapat di stesen KTM, kesilapan membuat tempahan dan perjanjian konsesi yang tidak bijaksana atau berat sebelah. 

Semasa lebuh raya nak dibina, rakyat diberitahu pihak konsesinya akan diberikan tempoh masa tertentu. Apabila tamatnya tempoh konsesi itu, lebuh raya akan dikembalikan kepada kerajaan. Inilah kebijaksanaan projek penswastaan dan rasional awalannya. Tetapi, kini, ia akan tetap menjadi suatu bentuk usaha membuat keuntungan berlipat ganda setiap tahun, bahkan, TNB setiap kali berakhir tahun kewangan mengumumkan memperoleh untung besar. Maknanya, kalaulah sudah untung besar, maka tidaklah perlu menstruktur semula tariff walaupun sudah setengah abad tidak melakukannya. Bukankah itu merupakan kebajikan kepada rakyat, keuntungan sebahagiannya dipulangkan kepada rakyat, dan bukannya untuk tujuan lain. TNB boleh membuat pelaburan seterusnya, tetapi, tidak dengan cara menyelaraskan semual tariff elektrik. 

Nampaknya, tahun 2014 rakyat Malaysia akan menyambutnya dengan kenaikan pelbagai cukai dan tahun 2015 pula, cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan. Makanya, yang belum dicukai ialah ……..tanah ada cukai tanah; pendapatan ada cukai pendapatan; berniaga ada cukai bakul, bayaran lesen; rumah ada cukai pintu; buang air dikenakan bil Indah Water Consortium; rokok semakin tinggi cukainya; semuanya akan terus menjadi mahal dan naik, yang sentiasa turun hanyalah air hujan. Mungkin hujan petang 19 Disember 2013 menjadi petunjuk bermulanya Gelombang Kedua banjir pada tahun ini? Jika sekali lagi banjir melanda, maknanya, selepas ini ramailah rakyat Malaysia akan berfikir semula, kesan banjir sudah menyebabkan sebahagian kita kesusahan (peralatan musnah, rumah hanyut, kenderaan rosak dan sebagainya), akan bertambah peritlah hidup, beberapa hari lagi banyak barangan naik harga dan tambang bas sekolah akan segera menyusul kerana Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) sudah memberikan kenyataan awal, akan membuat keputusannya. Sebelumnya, beliau turut memberikan maklumat, tambang teksi akan diselaraskan dengan tariff yang baharu. Semuanya akan naik, tambang LRT juga ikut naik awal tahun depan. 

Selepas hujan turun, saya berdiri di tepi longkang. Air begitu deras mengalir, maknanya, mulai tahun depan, poket saya akan lebih cepat kempis dan mungkin tidak boleh lagi bertahan sehingga cukup bulan selepas dapat gaji. Berjimat macam mana pun, ia tidak akan cukup kerana terlalu banyak faktor yang menyebabkan poket kita kempis, dan faktor-faktor itu bukanlah dalam kawalan kita. Saya cuba berjimat, menggunakan kenderaan awam, tapi tambangnya akan naik tahun depan. Saya cuba berjimat tidak masuk restoran, makan digerai juga mahal kerana mereka terpaksa membeli barang mentah dengan mahal. Saya cuba membeli barangan buatan Malaysia, harganya kadangkala mengalahkan barangan import manakala setengahnya, belum sempat pakai, butangnya dah tertanggal. 

Saya cuba berjalan kaki, atas alasan kesihatan (membakar sebanyak mungkin kalori), tapi alas kaki juga semakin mahal. Harga kasut melambung tinggi, maka kita syorkan, ke pejabat pakai sahaja selipar jepun atau kaki ayam. Tetapi, keadaannya tidak mengizinkan kerana di pejabat banyak sangat debu dan habuk akibat banyak sangat guna mesin fotostat, peralatan elektrik yang memerlukan pendawaian, takut kalau-kalau tersilap langkah terkena kejutan dan renjatan. 

Maka, hendak ke mana pula kita selepas ini, hutan juga semakin habis diteroka dan sebahagiannya dah jadi negeri berlubang, tanah milik orang dan kita dicelah-celahnya, nak mendongak sakit leher; nak menonong terlanggar bangunan; nak berlari tidak cukup padang; dan nak berjalan mesti hati-hati, tersilap hari bulan kena sembelih atau ditembak mati hanya kerana di dalam poket masih berbaki beberapa ringgit sahaja lagi. Inilah dunia dan kehidupan yang hanya menghargai material, kerana ia adalah ukuran tahap kemodenan dan kemajuan. Maka, walaupun ruang semakin sempit dan psikologi semakin terhimpit, hidup mesti diteruskan. Siapa kuat, tetap dapat; yang lemah akan terus bertanya, di manakah janji untuk membantu rakyat agar tidak terbelenggu peritnya kenaikan kos sara hidup? 

Itulah yang rakyat mahu dengar, mahu penjelasan, selewatnya ketika Perdana Menteri membaca Perutusan Tahun Baharu pada malam 31 Disember 2013 nanti. Itulah yang juga akan mengukurnya, tahap keyakinan adakah menjadi semakin merudum atau sebaliknya. (Baca, Populariti Najib jatuh kerana jurang antara retorik dan realiti, kata penganalisis, Malaysian Insider, 19 Disember 2013). 

Sesekali masih terkenangkan Janji Manismu, dendangan Aisyah. 


PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Isnin, 9 Disember 2013

Makin Dipuji Makin Meluat Rakyat Pada Rosmah Mansor

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor. Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara. 

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip. Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa. 

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan. 

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian. Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata. Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD) Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri. 

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas. Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu. Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya. “Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau. 

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya. Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan. "Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya. "Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini). 

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat. 

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini? 

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya. Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah.

Oleh :

Tamingsari:
Bukan mahu menyebelahi mereka namun bait-bait ini sangat menguris jiwa malah cerita seperti inilah yang akan menjadi goreng pisang panas yang sangat laris. Bukan hari ini orang bercakap mengenai Rosmah Mansor tetapi sejak Najib belum menjadi orang no. 2 negara lagi. 

Moga ada yang buka mata. UMNO perlu lihat diluar kotak dan tanya diri sendiri, sokongan akar umbi atau sokongan rakyat lebih penting? 

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

PAS Merompak Atas Nama "Tabung Kemanusiaan Banjir"

Mereka mengambil kesempatan seperti mana mereka lakukan ketika tragedi lahad datu dulu.

NAMA TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA.. tapi masuk dalam akauan PAS? Hasil derma orang ramai akan tercampur dengan duit PAS dalam akaun itu. Lama-lama terlupa ... hehehe bijak penyamun PAS mengebas.

Sementara itu, PAS hanya kasi 1 kampit gandum 5 kilo, 1 tin sardin, 1 kampit beras 5 kilo, 2 cup Maggi dan 1 botol mineral. PAS Kemaman ada mengusahakan bantuan dengan mangadakan Pusat Pengagihan Mangsa Banjir di perkarangan Pejabat PAS Kawasan di Jalan Sulaiman, Chukai Kemaman. Ianya diutruskan oleh Che Alias bin Abd Hamid yang merupakan YDP PAS Kemaman dan Hanafiah Mat selaku Adun Chukai. Bantuan yang diberi berupa Beras 5 kg, Sardin 1 tin, Maggi 2 cup, Air Miniral sebotol, dan Tepung Gandum 1 kg. Dengan keadaan duduk berkongsi-kongsi dan sempit, kat mana nak masak dengan diberi tepong gandum. Mungkin cara masak bergotong royong. 

Yang peliknya, cara pengagihan dilakukan adalah dengan cara mangsa banjir hadir sendiri datang mengutip bantuan dan ianya dikendalikan oleh unit Amal Pas. Dahlah mangsa banjir terpaksa berhadapan dengan pelbagai masaalah dan keadaan banjir menyusahkan untuk mereka ke sana kemari. 

Satu kerja pula hendak pergi ke pusat pengagihan. Betul-betul hanya menyusahkan rakyat.


Tamingsari:
Usaha nak bantu rakyat tu ada ... tapi macam pelik jer ... macam nak menyamun jer ... macam sial jer.. 

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 6 Disember 2013

"Kau Agak-Agaklah Fathul Bari" - PR





Respon yang diterima pelbagai atas ucapan Dr. Fathul Bari ulama muda UMNO mengaitkan pembangkang dengan kisah yahudi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang berasa kepanasan.

Tetapi biasalah, sudah namanya penyokong tegar PAS, mana mungkin mereka yang sudah sedia alim dan dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz akan menerima pandangan ini. Padahal yang memberi pandangan itu bukan calang-calang orang malah pendidikan agama Islamnya lebih tinggi dari sesetengah pencacai PAS yang lain. 

Terpulanglah untuk mereka buka mata atau tidak namun ingatlah kamu semua kepada firman Allah Subhannahu wa Ta'ala iaitu menunjuki orang-orang yang patut mendapat petunjuk dan menyesatkan orang-orang yang patut menjadi sesat.

Firman Allah: 
 “Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” (As-Shaff: 5).

PAS Perosak Agama, Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT, Pro Israel
DAP Amat Rasis , Anti Melayu, Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Kenali Tun Dr Ismail Wira Negara

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua oleh YAB Tun Abdul Razak pada 22 September 1970. Semasa MAGERAN melaksanakan dasar pentadbiran dan pemerintahan negara ketika darurat pada Mei 1969-Februari 1971, Tun Dr. Ismail menjawat Timbalan Pengarah MAGERAN. Beliau juga merupakan seorang tokoh profesional dan politik Melayu yang turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. 

Tun Dr. Ismail ialah anak watan negeri Johor. Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru dari sebuah keluarga elit, berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak harta. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin telah bermastautin di Johor Bahru kerana menjawat jawatan tinggi Kerajaan Negeri Johor. Antara jawatan yang pernah disandang oleh bapanya ialah sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Di peringkat kebangsaan, bapanya ialah Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato’ Abdul Rahman terkenal sebagai seorang tokoh Melayu Johor yang telah menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union. 

Beliau juga ialah ketua Orang Tujuh yang menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Dato’ Abdul Rahman dan bapanya Mohd Yassin berasal dari Parit Bakar Muar Johor. Parit Bakar terletak dalam kawasan yang dulunya terkenal sebagai Padang sebelum Bandar Maharani dibuka pada 1884. Padang diperintah oleh ketua tradisional Melayu bergelar Orangkaya yang terdiri dari kaum karabat Mohd Yassin. Mohd Yassin ialah anak kepada Orangkaya Abdul Rahman, Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga beliau berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Campa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka. 

Mereka merupakan keluarga pentadbir yang menyara hidup daripada sumber perkebunan dan perdagangan dan sangat menitikberatkan pelajaran. Datuk nenek moyang Tun Dr Ismail di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar daerah atas titah atau pelantikan Sultan. Moyang Tun Dr. Ismail di Batu Pahat iaitu Abdul Rahman bin Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat pada 1862-1881. Bapa kepada Abdul Rahman iaitu Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad pula ialah Orangkaya Setia Minyak Beku II pada 1855-1862 dan bapa Orangkaya Ismail iaitu Ahmad bin Daing Abdul Rahman menjadi Orangkaya Setia Minyak Beku I pada 1811-1855. Daing Ahmad adalah daripada keturunan Daing Indera Perma Paso berasal dari Sulewasi. Banyak saudara beliau menjadi Orangkaya Muar atau Padang. Daing Abdul Rahman telah dihantar dan disaran oleh saudaranya, Orangkaya Muar mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah berjaya melumpuhkan kegiatan lanun di perairan Batu Pahat. Pada mulanya mereka menjunjung kedaulatan Sultan Melaka kemudian Sultan Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang kemudiannya menjadi sultan pada tahun 1885. 

Keturunan Tun Dr. Ismail mempunyai hubungan rapat dan bercantum dengan nenek moyang Tan Sri Noah, Tun Dr. Awang Hassan dan Orangkaya-Orangkaya Muar. Mengikut sejarah, pusat pemerintahan datuk nenek moyang mereka yang telah dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada anak raja Melayu keturunan Bugis Campa ialah di Bukit Makmur atau Bukit Mor, Muar. Sejak itu, keluarga ini turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan sekitarnya. Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru. Seterusnya beliau menuntut di English College, (Maktab Sultan Abu Bakar). Kemudian, beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Kolej King Edward VII, Singapura pada tahun 1935-1937, tetapi beliau tidak berjaya menamatkan pengajian kerana kurang meminati bidang perubatan yang ditentukan oleh bapanya. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman merupakan seorang yang sangat menitikberatkan pelajaran keluarga hingga ke peringkat tertinggi. Beliau menghendaki anak-anaknya berkelulusan daripada pelbagai bidang profesional selain peguam. Ketika itu, kerjaya peguam merupakan trend dan kebanggaan keluarga elit. Dato’ Abdul Rahman memilih anaknya Tun Dr. Ismail mempelajari ilmu perubatan kerana bersesuaian dengan sikap beliau yang agak pendiam , tegas, cekap dan cepat membuat keputusan dan tindakan. Dr. Ismail pula meminati bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam seperti bapa dan abangnya, Sulaiman. 

Adik-beradik Tun Dr. Ismail selain Dato’ Sulaiman ialah Khadijah, Abdullah, Aishah, Md Yassin, Rafiah, Zubaidah dan Fatimah. Semua adik-beradik beliau berpelajaran tinggi dan menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat awam. Abangnya, Sulaiman ialah salah seorang anggota Kumpulan Tujuh dan pemimpin UMNO berijazah undang-undang dari Universiti Cambridge dan pernah menjadi Menteri Kabinet dan Persuruhjaya Malaysia ke Australia. Begitu juga dengan yang lain seperti Senator Abdullah, Dr. Zubaidah, YB. Md Yassin dan Fatimah. Walaupun gagal untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Singapura, Tun Dr. Ismail tetap berkobar-kobar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di England, tetapi tidak mendapat biasiswa kerana beliau daripada keluarga berada. Bapanya pula tidak bersetuju beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Bapanya hanya bersetuju membiayai pelajaran Tun Dr. Ismail sekiranya beliau sanggup melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Australia. Beliau akur dengan kehendak bapanya. 

Beliau berjaya malah menjadi pelajar yang sangat tekun dan gigih. Tun Dr. Ismail merupakan pelajar Melayu pertama yang lulus dalam bidang perubatan di Australia. Penglibatan Tun Dr. Ismail dalam persatuan pelajar ketika di Singapura dan di Australia telah menampilkan ketokohan dan pemikiran beliau terutamanya terhadap kemajuan pendidikan dan perpaduan Melayu. Setelah tamat pengajiannya di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945, beliau telah berkhidmat di Hospital Tentera Australia. Setelah perang tamat, beliau kembali ke tanah air pada 1947 dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai pembantu pegawai perubatan di Hospital Johor Bahru sehingga 1948. Beliau telah melepaskan jawatannya dan membuka klinik sendiri bernama Klinik Tawakal di Johor Bahru kerana aktif dalam persatuan dan tidak suka terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Johor. Pada ketika itu beliau juga dipengaruhi oleh keadaan bapa dan keluarganya serta ahli Kumpulan Orang Tujuh yang telah dipecat oleh sultan. 

Tun Dr. Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd. Seth, anak salah seorang pembesar Johor pada tahun 1950. Mereka telah dikurniakan enam orang anak, empat orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Mohd. Taufik (1951), Zailah (1953), Badariah (1957), Mohd. Tarmizi (1960), Zamkhasani (1964) dan Mohd. Arif (1967). Dato’ Mohd. Seth, bapa Toh Puan Norashikin merupakan salah seorang daripada ahli rombongan yang menuntut kemerdekaan 1956 di London sebagai mewakili Sultan Johor. 

Tun Dr. Ismail mewarisi sifat keyakinan diri yang tinggi dan suka berdikari. Beliau menjalankan perniagaan dengan membuka kelinik perubatan sendiri yang dinamakan Klinik Tawakal. Beliau suka membantu orang miskin dan yang kurang bernasib baik terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Penglibatan aktif beliau dalam persatuan bukan politik seperti Persatuan Bekas Mahasiswa Luar Negeri Johor atau Persatuan Siswazah Melayu Johor yang ditubuhkannya, mendorong beliau dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Johor pada tahun 1948 dan seterusnya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Johor. Beliau hanya menceburkan diri dalam parti politik atas permintaan bapanya. Beliau bersama-sama dengan bapa dan keluarga besarnya serta ahli-ahli Persatuan Melayu Johor yang diketuai oleh bapanya sendiri menganggotai UMNO pada 1951 setelah Dato’ Onn meninggalkan parti itu. Pada tahun 1952, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap tanah, lombong dan perhubungan. 

Pelantikannya selaku ahli kabinet kepada Tun General Templer adalah atas permintan YM Tunku Abdul Rahman. Pada Julai 1955 beliau telah bertanding dalam Pilihanraya Persekutuan Pertama dan menang di Kawasan Johor Timur. Berikutan dengan kemenangan itu, beliau dilantik menjadi Menteri Hasil Bumi dalam Pemerintahan Kerajaan Bersendiri dan pada 1956 menjadi Menteri Perdagangan dan Perusahaan Malaya yang pertama. Tun Dr. Ismail ialah seorang tokoh pemimpin Melayu yang berprinsip dan setia. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kepercayaan YM Tunku Abdul Rahman. Beliau dan Tun Abdul. Razak sentiasa bersama-sama dalam perbincangan untuk menuntut kemerdekaan negara sehingga berjaya diperoleh pada 31 Ogos 1957. 

Pada September 1957, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu bertaraf menteri ke Amerika Syarikat di samping menjadi Ketua Tetap dan Wakil Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa-Bangsa Bersatu hingga Februari 1959. Kemudian, beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada bulan Ogos 1959 dan menjadi Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada November 1960. Beliau telah menyumbangkan banyak jasa dan memainkan peranan penting ketika pembentukan Malaysia dan menjadi Menteri Keselamatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Beliau juga bertangggongjawab menubuhkan ASEAN dan mewujudkan persefahaman Zon Bebas ASEAN dari segala pengaruh dan campurtangan kuasa tentera asing dan ideology. Beliau terus gigih berkerja meskipun kesihatannya kerap terganggu kerana mengidap barah dan sakit jantung. Kesihatannya bertambah parah apabila berlaku perpisahan Singapura dari Malaysia pada Ogos 1965. Beliau telah bersara awal pada 1 Jun 1967 kerana masalah kesihatan yang bertambah buruk dan memaksa beliau mengikuti rawatan dan berehat. 

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, beliau berasa amat bersemangat untuk menyumbangkan bakti semula tanpa menghiraukan masalah kesihatannya. YAB Tun Abdul Razak pula sangat mengharapkan kesediaan beliau menyambung tugas kerana beliau ialah seorang tokoh pemimpin Melayu yang sangat ikhlas, jujur, taat, serius dan tegas serta cekap dan mempunyai pandangan jauh yang sangat penting untuk perpaduan dan keharmonian sebuah negara bangsa. YAB Tun Abdul Razak telah memujuk beliau menganggotai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berikutan dengan perisytiharan Darurat 1969. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi Penolong Pengarah dalam Majlis Perundingan Negara. Majlis ini berperanan untuk memberikan nasihat kepada MAGERAN tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum. 

Bertitik tolak daripada hakikat tersebut, maka dicipta RUKUNEGARA. Satu lagi yang diputuskan oleh Majlis Perundingan Negara ialah Dasar Ekonomi Baru. Sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail merupakan seorang yang tegas dalam membanteras gejala rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada 23 Februari 1970, beliau telah mengumumkan satu rang undang-undang tambahan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu Ordinan No. 23 Kuasa Perlu Darurat 1970 dikuatkuasakan. Selaku Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah memberikan sokongan yang kuat terhadap Rang Undang-undang (Pindaan Perkara Sensitif) Perlembagaan di parlimen yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 23 Februari 1971. 

Dalam susunan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1 Januari 1973, Tun Dr. Ismail terus diamanahkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di samping Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Dalam menghadapi sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara, beliau sangat tegas menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kawan dan pihak lawan. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah beberapa kali menanggung kerja dan memangku tanggungjawab dan tugas Perdana Menteri ketika YAB Tun Abdul Razak ke luar negeri sama ada bercuti atau melakukan lawatan rasmi. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga ke akhir hayatnya. 

Pada hari Khamis, 2 Ogos 1973, adalah merupakan hari terakhir beliau sebagai seorang negarawan. Beliau sempat merasmikan perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada pukul 4.22 petang. Pada pukul 10.00 malam, Tun Dr. Ismail telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya No. 22, Jalan Maxwell, Kuala Lumpur. Pada hari Jumaat, 3 Ogos 1973, jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Negara selepas upacara sembahyang Jumaat. Jenazah Tun Dr. Ismail telah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara pada pukul 6.30 petang. Kini, sudah tiga puluh lapan tahun perginya seorang tokoh negarawan yang amat berjasa. Negara amat merasa kehilangannya, seorang tokoh pemimpin yang sangat berdisiplin, tegas, berprinsip, ikhlas dan jujur. 

Oleh 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Melayu Kena Sedar : "Perpecahan" Merugikan

SUATU ketika ada komentar menyanggah: “Cerita-cerita harus ada kebangkitan Melayu, Melayu tidak ke mana bersama pembangkang” dan lain-lain lagi (yang manfaat cerita ini positif untuk Melayu), jangan diperbesar-besarkan. Kerana balas komentar ini – semua ini kenyataan yang sengaja diluahkan untuk sekadar menakutkan-nakutkan orang Melayu. Dan mustahil Melayu yang majoriti 60 peratus ini boleh bertukar minoriti pula. Memang! orang Melayu yang 60 peratus inilah yang membentuk 27 juta rakyat negara ini. Tapi adakah Melayu ini benar-benar ‘majoriti’?

Sebab itu apabila Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu Melayu di akhir ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam, jangan pula kita umat Melayu terkedu. Hayatilah sedalam-dalamnya dengan fikiran terbuka peringatan Najib ini: “Ke manakah orang-orang Melayu hendak membawa diri, jika UMNO sudah tiada lagi. Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri?” 

Hakikatnya orang Melayu tidak boleh leka. Orang Melayu di Malaysia kini berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata, dengan tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Meskipun mungkin ada parti mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih. Angka-angka sokongan kepada Pas sahaja dalam pilihan raya memaparkan lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus adalah 30 peratus. Baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar. Kalau dicongak yang 60 peratus pun sudah berpecah kepada tiga puak. Setiap satu pula mendapat peratusan kurang 50 peratus penduduk. Maknanya apa? 

Memang kurang daripada majoriti. Lebih malang lagi puak-puak ini pula bermusuh, bercakaran sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah. Jadi, memang tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Kita jangan lupa sekitar 1511 bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada soldadu Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Bilangan yang besar tak penting. Yang penting keupayaan pasukan. Inilah kebimbangan yang dibangkitkan Presiden semalam. 

UMNO menjadi sandaran orang Melayu bergantung harap. Bukan pembangkang Pas, PKR, apalagi DAP yang memiliki kerusi pilihan raya terbesar pakatan. Jangan Melayu lupa, di sebalik pertempuran hebat tentera Melaka dan Portugis, ‘berdiri’ si Kitol dan Raja Mendeliar. Dalam kalangan orang Melayu yang berpecah tiga ini pun, ramai lagi si Kitol dan Raja Mendaliarnya. 

Oleh 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Rabu, 4 Disember 2013

Antara Pendapat Zul Noordin dan Keputusan Ustaz Kazim

Apa pandangan Zulkifli Noordin, Bekas YB Kulim Bandar Bharu dan Bekas Peguam Bela Anwar, serta Bekas Pemimpin PKR berikutan Ustaz Kazim Elias ditawarkan jawatan MT dalam UMNO.

Salam 2 all. Saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang kini menjadi bahan cercaan, maki hamun dan kata nista oleh para peliwat democrazy dan pasrasit yang sedang kepanasan setelah Dato' Sri Najib mengumumkan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) baru-baru ini. Sejak pengumuman tersebut, serangan tak berhenti-henti dikenakan terhadap Ustaz Kazim Elias. Pelbagai gelaran diberikan kepada beliau; barua UMNO, anjing salakan BN, babi, dan macam-macam lagi, tak termasuk sudah dihukum masuk neraka (macam syurga tu bapak dema punya yop). Pada saya, ini sebenarnya menggambarkan betapa gelisah, resah dan paniknya para peliwat democrazy dan pasrasit ini dengan perlantikan Ustaz Kazim ke kedudukan yang sangat tinggi didalam hieraki kepimpinan UMNO hanya dalam sekelip mata! 

1. AHLI PAS DALAM KEPIMPINAN UMNO? 
Ini adalah kerana perlantikan tersebut membuktikan betapa terbuka dan komitednya Dato' Sri Najib dalam melaksanakan transformasi politik yang menjadi teras kepimpinannya. Bukti jelas politik cakap serupa bikin. Ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO dimana bukan sahaja Presiden mengambil langkah berani melantik personaliti luar UMNO ke dalam MT, malah ianya suatu tindakan 'diluar kotak - outside the box' apabila Dato' Sri Najib melantik seorang ahli PAS kedalam kepimpinan tertinggi UMNO. Saya tidak pernah dengar mana-mana parti politik didunia ini yang melakukan sedemikian. Namun Dato' Sri Najib dengan penuh keyakinan membuat suatu perubahan yang diluar pemikiran politik konservatif dan tradisional. 

2. DASAR WASATHIYAH 
Kedua, perlantikan Ustaz Kazim membuktikan keseriusan Dato' Sri Najib dalam menerapkan dasar dan pendekatan wasathiyah. Ustaz Kazim sudah memang dikenali sebagai seorang tokoh pendakwah sederhana yang mempunyai pendekatan tersendiri yang menjadi magnet dakwah kepada golongan muda terutamanya. Kalau diukur daripada hadirin dalam program ceramah beliau, kita dapat lihat kehadiran oleh mereka yang tidak termasuk dalam kategori 'jemaah tradisional' dalam ceramah agama. Pendekatan Ustaz Kazim juga tidak seperti penceramah pembangkang yang lain yang hanya dipenuhi dengan maki hamun, kutuk mengutuk, melabel musuh dengan pelbagai panggilan yang menghina, dan lebih seronok dengan jumlah derma jihad yang bakal dikutip! Selain Ustaz Kazim, Dato' Sri Najib juga melantik Dr. Asyraf Wajidi Dasuki, seorang lulusan Ijazah Doktor Falsafah dengan pengalaman khusus dalam perbankan Islam. Beliau kini adalah Pengerusi Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Perlantikan mereka ini membuktikan betapa serius Dato' Sri Najib dalam melaksanakan dasar wasathiyah didalam kepimpinannya. Pendekatan wasathiyah ini, yang menjadi teras kepada gerakan Global Movement of Moderates yang diilhamkan oleh Dato' Sri Najib sudah diterima oleh masyarakat dunia termasuk negara-negara barat. 

3. HAMAS & KHALED MISY'AL 
Selanjutnya, buat pertama kali tokoh gerakan Hamas daripada Palestin, saudara Khaled Misy'al dijemput hadir dalam Perhimpunan Agong UMNO. Khaled Misy'al, tokoh pejuang Palestin Siapa yang tidak mengenali Khaled Misy'al. Tokoh hebat Palestin yang menjadi mimpi ngeri bagi yahudi zionis dan dunia barat. Beliau pernah menjadi mangsa cubaan membunuh dengan racun oleh zionis di Jordan! Malah beliau masih didalam senarai untuk dihapuskan sehingga kini. Apabila beliau menerima jemputan menghadiri Perhimpunan Agong UMNO, dan sudahpun berada dibumi Malaysia, ini merupakan satu kejutan besar. Beliau tidak pernah keluar jauh daripada Ibu Pejabat Hamas di Doha Qatar kerana ancaman terhadap nyawa dan keselamatannya. Dan siapa yang tidak mengenali Hamas dan Kerajaan Palestin di Gaza dibawah pimpinan saudara Ismael Haniyeh. Hamas, Khaled Misy'al, Ismail Haniyeh, Gaza! Ini semua tokoh pejuang Islam yang dilabel sebagai teroris, pengganas dan macam-macam label lagi. Mereka musuh utama yahudi zionis, musuh utama dunia barat! Dan Dato' Sri Najib mengambil langkah berani menjemput Khaled Misy'al hadir sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agong UMNO tahun 2013 ini! Keberanian Dato' Sri Najib bukan sekadar kata-kata. Beliau pemimpin bukan arab pertama yang melawat Gaza dan menjejakkan kaki dibumi anbiya' itu selepas diserang oleh Israel awal tahun ini. Bukan itu sahaja, beliau pemimpin dunia pertama menziarahi bumi berdarah Gaza membawa bersama seluruh ahli keluarganya termasuk Datin Sri Rosmah dan anak-anak! Ini membuktikan keazaman dan komitmen Dato' Sri Najib untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang bukan sahaja inklusif, malah bersedia menjadi pemangkin kepada kesatuan ummah dan ukhwah Islamiyyah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa! 

4. SIAPA LEBIH ISLAMIK 
Perlantikan Ustaz Kazim Elias ke MT UMNO membuka pekong betapa tidak Islamiknya PAS: Tiba-tiba keluar berita menyatakan bahawa Ustaz Kazim Elias telah dipecat daripada PAS atas alasan memudaratkan PAS, terutama tindakan beliau mempersoalkan persekongkolan PAS dengan DAP dan PKR. Ustaz Kazim langsung tidak diberi notis, tidak diberi surat tunjuk sebab, tidak dipanggil menghadiri apa-apa prosiding disiplin, tidak diberi peluang bela diri dan tidak diberi peluang menjawab apa-apa pertuduhan. Tau-tau dipecat. Itu pun Ustaz Kazim kata dia hanya tahu telah dipecat melalui media! Ajaran Islam mana yang mengajar PAS boleh pecat orang tanpa notis, tanpa hak bersuara, tanpa hak bela diri? Kitab mana yang PAS ikut untuk mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik? 

Sekurang-kurangnya semasa nak pecat Anwar Ibrahim, UMNO memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk membela diri didalam mesyuarat MT! Perkara yang sama berlaku kepada Dato' Dr. Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor. Dipecat tanpa notis, tanpa hak bela diri. Tau-tau kena pecat! Begitu juga apa yang berlaku kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dipecat daripada keanggotaan Majlis Syura' PAS tanpa notis dan tanpa peluang bela diri! Hanya kerana dilihat mesra BN, kerana gambar beliau bersama PM dan ulama' Masjidil Haram disiarkan, gambar beliau bersama PM dan Ismael Haniyeh dan pimpinan Kerajaan Palestin-Gaza disiarkan! 

5. AKHLAK BURUK PM bersama 40 'Ilmuan Muda Islam yang menyertai UMNO 
Ustaz Kazim Elias menceritakan bagaimana sebaik sahaja perlantikan beliau ke MT diumumkan, dan belum pun beliau menerima perlantikan itu; beliau menerima pelbagai macam kata-kata nista, maki hamun dan cacian. Beliau diberi gelaran anak haram, ulama' babi, ustaz khinzir, barua UMNO, penjilat Najib dan macam-macam lagi. Malah ada yang mereke-reka cerita konon Ustaz Kazim menelefon mereka dan menceritakan bagaimana beliau mendapat habuan dan imbuhan atas perlantikan tersebut. Agamawan pun dah pandai berbohong! Jelas mereka yang mendabik dada konon Islamik sebenarnya membawa akhlak dan perangai yang hanya memalukan Islam; yang akan membuatkan iblis dan syaitan menyeringai kegirangan! RUMUSAN Saya berpendapat perlantikan Ustaz Kazim Elias, dan beberapa tokoh Islam lain termasuk pimpinan muda terutama personaliti luar UMNO membuktikan pendekatan terbuka dan inklusif yang diambil oleh Dato' Sri Najib dalam memacu UMNO untuk bersedia menghadapi cabaran alaf baru politik negara. Ini adalah satu transformasi politik yang berani dan berfikiran 'diluar kotak'. Saya percaya Dato' Sri Najib sedia maklum bahawa PRU-13 membuktikan Tsunami Cina telah berlaku dimana pengundi kaum Cina menunjukkan penolakan total terhadap UMNO dan BN. 

Walaupun telah diberi pelbagai macam ganjaran, bantuan dan insentif, ternyata pengundi Cina terbuai hanyut dengan janji palsu pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu-Islam yang ditunjangi UMNO. Saya percaya Dato' Sri Najib sedar bahawa walaupun kelihatan seperti kaum lain diberi keutamaan dan dimanjakan lebih sebelum PRU-13, namun pengundi Melayu tetap setia dengan UMNO dan memberikan mandat baru dengan tambahan kerusi kepada UMNO. Orang Melayu tetap bersama UMNO, dan tidak memilih untuk mengkhianati bangsanya sendiri. Sebab itu Dato' Sri Najib menyedari bahawa untuk UMNO kembali kuat dan bersedia menghadapi PRU-14 nanti, UMNO perlu memperkasakan dirinya dengan kekuatan perjuangan Melayu-Islam. 

Tidak cukup sekadar perjuangan untuk Melayu sahaja, tetapi mesti ditunjangi dengan kekuatan Islam. Sebab itu beliau melakukan transformasi politik yang berani dengan berfikiran luar kotak melantik tokoh-tokoh dan personaliti Melayu-Islam luar UMNO kedalam kepimpinan UMNO dan arus perdana kerajaan. Bukan itu sahaja, beliau membawa perjuangan UMNO untuk Melayu-Islam ke peringkat global dengan mendakap para pejuang Islam daripada luar termasuk daripada dunia Palestin, walaupun beliau sedar dan insaf bahawa Hamas dan Gaza adalah musuh nombor satu bagi dunia zionis dan cauvinis barat. PAS sebagai sebuah parti politik orang Melayu yang berlabelkan Islam sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk bersama dengan kepimpinan Dato' Sri Najib demi untuk memperkasa, memartabat dan mengangkat darjat bangsa Melayu-Islam bukan sahaja di perinkat kebangsaan, malah ke pentas antarabangsa! Kepada Ustaz Kazim, terima lah perlantikan ke MT UMNO itu dengan hati terbuka demi untuk membantu UMNO memperkasa dan memartabatkan bangsa Melayu-Islam. Anggaplah segala caci-maki, kutuk mengutuk, maki hamun yang diterima sebagai dugaan seorang da'i. Sedangkan Rasulullah saw sendiri sampai mengalir darah untuk menyebar risalah Islam, apatah lagi kita pengikutnya. 

Ingatlah pesan ALLAH didalam Surah Al-Ankabut: 2-3, 'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman', dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, kami telah menguji orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta'. 

Ujian bagi seseorang pejuang Islam itu adalah sunnatullah. Ia bertujuan untuk mengangkat martabatnya, menambahkan pahala dan menghapuskan segala dosanya insya ALLAH. 

Wallahua'lam dan wassalam. 
 Adios amigos, grasias. 
 Zulkifli Bin Noordin 
Selasa 29 Muharam 1435

.................................................................................

Tamingsari : 

Keputusan Ustaz Kazim Elias menolak tawaran UMNO hari ini tidak mengejutkan. Begitu sedih Tamingsari membaca luahan hati beliau terutama di dalam FB bagaimana jahatnya syaitan yang bergelar ustaz dan ustazah di dalam PAS menghina, memfitnah dan mencaci maki beliau hanya selepas DS Najib mahu melantik beliau di dalam MT UMNO. Beliau yang masih belum membuat keputusan ketika itu dihujani dengan fitnah seorang Ustaz PAS namun, beliau tetap tabah. Sehinggakan keluarga beliau turut menerima tempias kejahatan PAS itu. 

Tamingsari tidak nafikan pandangan yang dilontarkan Zulkifli Noordin itu amat bernas walaupun tidak akan diterima dan dibaca pun oleh pemimpin dan penyokong tegar PAS. Sikap mereka merasakan mereka lebih alim, berilmu dan warak tidak akan memungkinkan mereka menghayati pandangan itu. Semoga Allah menimpakan bala buat puak yang riak ini. 

Tamingsari menyokong penuh keputusan Ustaz Kazim malah menganggap ia satu pengorbanan terbesar beliau demi keluarga. Perjuangan beliau tidak akan berakhir disini malah penerimaan masyarakat makin bertambah untuk mendengar dakwah beliau. Masyarakat Melayu terutama di atas pagar pasti sudah membuka mata. 

Itulah harapan Tamingsari kepada ulama ini.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

(Video) Wanita : Hati-hatilah Naik LRT - Elak Dicabul

Aktiviti mencabul yang berjaya dirakam di dalam LRT
video

Mungkin tanpa video lelaki ini boleh katakan keadaan bersesak atau di dalam LRT tidak stabil tetapi apabila sudah gila seks ... apa saja yang boleh mereka lakukan.

Itulah pentingnya ada gerabak wanita. Jadi hati-hatilah wahai wanita sekalian.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Kematian "Paul Walker" : Ianya Bermula Dengan Khabar Angin Sehari Sebelum


Dalam pada peminat filem francais Fast & Furious sedang menangisi pemergian hero kesayangan mereka, Paul Walker yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, timbul pula cerita yang mengelirukan semua pihak termasuklah media antarabangsa. Pelakon yang berusia 40 tahun itu turut menjadi mangsa jenayah internet apabila ada laporan tersebar dan khabar angin mengatakan Paul telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 29 November di Southern California, sehari sebelum hari dia benar-benar meninggal dunia. 

Laporan daripada Media.com juga berkata bahawa khabar angin itu mula diperkatakan di laman sosial bermula lewat Jumaat walaupun berita sahih mengatakan Paul telah meninggal dunia dilaporkan TMZ pada petang Sabtu, beberapa jam selepas insiden yang meragut nyawa Paul Walker dan rakan yang memandu Porcshe GT di California itu. 

Dalam pada itu, khabar angin tersebut disahkan tidak benar dah merupakan salah satu daripada cara terbaru MediaMass iaitu laman yang diwujudkan untuk mengubah atau mengelirukan fakta mengenai selebriti dengan mengeluarkan kenyataan mengenai perbuatan mereka itu. Ramai yang keliru dan melahirkan perasaan marah mereka terhadap tindakan MediaMass yang dikatakan memberikan masalah kepada peminat Paul Walker untuk mengetahui kebenaran cerita tersebut. 

Ada juga sumber mengatakan bahawa khabar angin yang disebarkan itu seakan sumpahan kepada Paul yang akhirnya menemui ajal sehari selepas berita kematian palsunya itu dengan tidak sengaja disebarkan oleh MediaMass.

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 29 November 2013

Negeri Lain Harus Ikut Jejak Johor


Sebagai sebuah negara Islam seharusnya kerajaan melaksanakan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Tamingsari amat berbangga dengan tindakan berani kerajaan dan kesultanan Johor untuk mengubah cuti hujung minggu mereka pada hari Jumaat dan Sabtu. 

Seperti yang sudah dilakukan di Terengganu, Kelantan dan Kedah, pada hari Jumaat mereka bercuti manakala pada hari Khamis mereka mengubah jadual waktu kerja bagi penjawat awam negeri itu dari asalnya ada rehat dari 12.15pm hingga 2.30pm kepada mereka boleh pulang awal pada pukul 3.30 petang. Ini memberi ruang kepada mereka menikmati hujung minggu yang lebih berkualiti. 

Berbanding dengan negeri-negeri lain, pada hari Jumaat, rehat yang panjang hanya untuk memberi ruang kepada penjawat awam lelaki bersolat Jumaat. Namun begitu wujud ruang-ruang ketidakefisyenan dicelahan waktu itu malah ada diantara penjawat awam yang memonteng kerja selepas solat Jumaat.

Dengan perbezaan dua kaedah cuti ini menyukarkan mana-mana pihak berurusan apabila tiba hari Jumaat dan Ahad kerana cuti yang berbeza. Ini akan menyebabkan sesuatu urusan itu terganggu dan terbantut.

Tamingsari harap ada kajian dari mana-mana pihak membandingkan keberkesanan diantara dua kaedah cuti ini agar kerajaan mampu berfungsi dengan lebih efisyen. 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

"Azmin Sarkas" - Fekah Husin, SU Politik MB Selangor


Perempuan ni tak tahu datang dari ceruk mana. Selepas PKR berjaya memerintah Selangor terus nama dia muncul. Macam-macam kontroversi timbul. 

Hari ini selepas semalam Azmin Ali meminta gaji bos Fekah dan semua pembesar negeri Selangor dikaji semula dia telah memberi respon tak profesional dari laman tweeternya. Sikitpun tidak Tamingsari nak bela pelakon aksi ice cream tetapi sengaja mahu menunjukkan bahawa tiada unsur hormat menghormati di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

Nilai lah sendiri rakyat sekalian ... di dalam kerajaan Pakatan Rakyat ... rakyat hanya kambing hitam untuk kekalkan kuasa mereka. 

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,

Penduduk Kg Mutiara Bakal Menerima Nasib Dihalau


BATU FERRINGHI - Kira-kira 90 keluarga di Kampung Mutiara, di sini, berada dalam dilema kerana diarah keluar sebelum 5 Disember 2013. Ia berikutan tanah yang diduduki sejak 1970 itu akan dijual tidak lama lagi. Penduduk, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu. Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah dalam masa terdekat sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mereka. 

“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang saya duduk sekarang akan diambil orang lain. “Kalau boleh, kami mahu tinggal di kampung kami sendiri, tak mahu kampung orang lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Sementara itu bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, sebaiknya dia mahu pemaju menyediakan rumah ganti di kawasan sama. 

Menurutnya, di sekeliling Batu Ferringhi telah dibina dengan rumah yang bernilai hampir RM1.5 juta dan sudah tentunya tidak mampu dibeli penduduk. Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak kisah apa saja jenis rumah yang akan digantikan sama ada rumah kampung atau pangsa. “Kami memang tidak sanggup tinggal di luar kerana semua rumah mahal-mahal, kami sudah berasa seronok di sini dan tidak mahu hidup dalam kesempitan. “Sejak 2007 saya tidak lena tidur memikirkan perkara ini dan sekarang ia seperti menjadi realiti yang pahit untuk kami,” katanya. Sementara itu, bagi keluarga Anjalai Devi, dia sudah selesa duduk dalam komuniti yang majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu itu. 

“Kalau boleh saya mahu kerajaan bantu kami, janganlah pindahkan kami semua kerana saya memang benar-benar susah hati dengan dua lagi anak saya,” katanya. Kampung Batu Ferringhi dibimbangi terancam Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata, hampir 500 rumah terlibat dan mereka kini dalam situasi membimbangkan. Menurutnya, penduduk tidak menolak pembangunan di kawasan berkenaan, namun bimbang sekiranya mereka dipaksa keluar dari kampung yang telah didiami lebih dari 40 tahun itu. “Pihak JKKK sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju, namun apa yang kami mahukan ialah hak yang sewajarnya. 

“Hanya ada dua cara yang wajar untuk menyelesaikan masalah ini iaitu membina rumah ganti rumah kepada penduduk di kawasan yang sama dan pemilik tanah sepatutnya membuat rujukan dengan penduduk terlebih dahulu,” katanya. Beliau yang ditemui pada sidang media di Kampung Mutiara itu memaklumkan Batu Ferringhi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu mempunyai kira-kira empat kampung. Ia termasuk Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Namun hanya Kampung Mutiara menjadi kampung yang pertama terlibat dengan pembangunan sejak sekian lama. Jamaludin berkata, asalnya penduduk kampung berkenaan tinggal di tepi pantai, namun dipindahkan sejak tahun 1973 ke kawasan perkampungan sekarang kerana pembinaan hotel. Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan pihaknya untuk membantu peduduk kampung namun masih menemui jalan buntu. 

Tamingsari : Penangan DAP di Pulau Pinang.

Artikel Asal di Sini

PAS Perosak Agama
PKR Pemusnah Bangsa dan Pencinta LGBT
DAP Amat Rasis dan Bahaya

Wallahhu'alam

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif