Khamis, 28 Februari 2013

Debat Sajalah Kerja Kau Rafizi


Bukan soal manifesto itu releven atau tidak tetapi adakah Pakatan Rakyat akan melaksanakan manifesto itu jika menang? Inilah persoalan pertama yang bermain-main dihati rakyat jelata. Debat saja yang mereka tahu padahal mereka ternyata lozer selepas gagal dalam memerintahan di 4 negeri tadbiran mereka sekarang.

Persoalan itu ada asasnya apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Padahal apa yang dilakukan BN sangat berbeza dan semua janji yang ditabur ketika pilihanraya pasti akan ditunaikan.

Ada suara kurang bijak mengatakan bahawa banyak janji BN masih belum dilaksana terutama di negeri pembangkang. Suara yang berkata begitu perlu buka mata seluasnya. Janji pilihanraya hanya akan terlaksana jika BN menang di negeri itu. Jika rakyat negeri itu menolak BN maknanya jelas bahawa rakyat tersebut menolak manifesto BN. Jadi selepas memilih parti lain kenapa BN pula didamba menunaikan janji?

Malang sungguh rakyat Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang memiliki kerajaan negeri ditadbir PR kerana parti itu memiliki pemimpin yang hanya tahu menabur janji. Perlaksanaan hanya berkisar kepada apa yang boleh meningkatkan keyakinan millege politik mereka sendiri.

Bagi mereka rakyat tidak dipedulikan... survival politik lebih diutamakan.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif