Khamis, 28 Februari 2013

Jom Kenali Ayah Tun Mahadhir

Ayah kepada Tun M - Mohamad Bin Iskandar
Ini pula gambarnya sewaktu sudah agak berumur: (http://www.mykedah2.com/pic_fame/thumbnails/202_5_07b.jpg) 

Pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, suka buat fitnah. Antara fitnahnya ialah bapa Dr Mahathir datang dari India. Konon kalau bapa Mahathir tak datang ke Malaysia, Dr Mahathir hari ini sudah menjadi pecari ular di India, fitnah Anwar Ibrahim lagi. Sebenarnya yang datang dari India ialah datuk Dr Mahathir, Iskandar, bukan bapanya. Iskandar datang dari Kerala, India dan berkahwin dengan perempuan Melayu dari Johor, Siti Hawa. Bapa Dr Mahathir, adalah hasil perkahwinan ini. Untuk info tentang bapa Dr Mahathir ini, saya copy paste dari link ini saja:
(http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_5_07.htm

Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang masyhur di Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan "School Certificate" beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang pendidik. Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang pendidikan. 

Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru itu. Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat diatasi. 

Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya. 

Wallahhu'alam. 

Penulis, Tamingsari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif