Khamis, 28 Februari 2013

Melayu dan Islam Mengapa Perlu Diasingkan?


Di Malaysia..........


Apabila kita sebut perkataan MELAYU pastinya tidak lekang dari fikiran kita bahawa orang Melayu itu adalah ISLAM. Di sini tidak pernah timbul entiti berasingan antara Melayu dan Islam dalam konteks negara ini malah ia akan sentiasa beriringan bagaikan aur dan tebing bagikan isi dan kuku. Jika Melayu dihina Islam juga akan terpalit. Jika Islam dicerca Melayu juga yang merasai sakit.

Mengapa perlu ada elemen pemisahan antara dua ini? Padahal puak yang menyokong kepada pemisahan inilah menikmati kesenangan dan kelebihan sebagai Melayu kerana Melayu diangkat martabatnya di Malaysia selaku empuya tanah di dalam perlembagaan.

Ironinya kita perlu memperjuangkan hak Melayu dan Islam secara beriringan di Malaysia. Hakikatnya hak Melayu sudah lama diangkat dan dipelihara cuma akhir-akhir ini ia bagaikan dicabar. Paling menyedihkan orang2 Melayu sendiri yang keliru.

Melayu perlu bersatu. Bersatu atas panji-panji Melayu dan Islam. Saranan PAS mengenakan syarat bahawa jika hendak bersatu tolak kebangsaan adalah saranan yang tidak cerdik kerana apa perlu kita gadaikan sesuatu yang sudah kita martabatkan.

Tolak Pas dan PR......

Wallahhu'alam.

Penulis,

Tamingsari

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif