Ahad, 24 Mac 2013

Giller !!! Sebuah Parti "Islam" Ditolak Ulama Islam


Pastinya ahli PAS semakin keliru melihat perjuangan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam kini semakin ditolak oleh para ulama Islam itu sendiri. Parti yang satu masa dahulu gah kononnya mahu membawa perjuangan hudud dan mempertahankan Amanat Haji Hadi (anti kepada perlembagaan penjajah). Pendirian ini bukan satu paksian kosong kerana ada nyawa yang terkorban mempertahankan semua ini. 

Namun hari ini segalanya sudah berakhir. PAS sudah mengorbankan hudud dan perjuangan menentang perlembagaan yang diamalkan di Malaysia. PAS sanggup mengkhianati amanat Haji Hadi biarpun Haji Hadi masih hidup. Apa yang mengejutkan Haji Hadi sendiri yang mengkhianati amanatnya itu. PAS yang pernah mensyuhadakan kematian Ibrahim Libya dan pengikunya kerana pertahankan amanat Haji Hadi. Seluruh kepimpinan PAS perlu menafsirkan semula kematian mereka samaada mati sebagai syahid atau mati katak kerana PAS kini sudah tidak menerima pakai amanat itu. 

PAS pernah mengkafirkan ahli UMNO semata UMNO bersama MCA dan MIC untuk memerintah negara ini. Padahal formula inilah yang membawa Malaysia menuju ke puncak kejayaan. Integrasi kaum amat penting dalam pemeritahan bagi menjamin perpaduan seterusnya penyatuan ini mampu fokus untuk membawa kemajuan kepada rakyat. Bagi PAS semua ini adalah karut dan mereka tanpa rasa berdosa meletakkan status kafir kepada mereka yang berkerjasama dengan orang kafir.

Namun PAS sudah lupa diri. Mereka kini sanggup berkerjasama dengan orang kafir untuk dapatkan kuasa. Malang sekali kawan yang mereka pilih itu bersifat kafir harbi iaitu kafir yang menentang kepada pembangunan Islam itu sendiri. Kawan PAS itu juga menentang prinsip PAS yang mahu mendaulahkan perlembagaan Islam. Demi kuasa, PAS korbankan Islam. Demi menjaga hati DAP, PAS sanggup membuang ulama seperti Ustaz Hassan Basri, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Hassan Ali kerana nama-nama ini tidak menghalalkan PAS melacur Islam demi nikmat kuasa bersama DAP.

Itulah ironinya para ulama di Kelantan meletakkan HARAM mengundi PAS pada PRU ke 13 ini. Demi menyelamatkan survival Islam yang tidak mampu dipertahankan di dalam Pakatan Rakyat ulama di Kelantan dan beberapa Tuan Guru pondok di Kelantan kini mahu rakyat bersama UMNO. 

Jadi jika benar anda taat kepada ulama pewaris nabi, menolak perletakan ini, pastinya anda menyokong kepada runtuhnya tiang seri Islam itu sendiri.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif