Khamis, 14 Mac 2013

Musa Hitam : Kalau Kecewa pun agak-agaklah


Andai kecewa sekalipun janganlah sehingga ke tahap ini Musa Hitam mahu mengkhianati UMNO. Sangat mengecewakan apabila seorang negarawan sepertinya memberi pendapat yang tidak berpaksikan kenyataan. 

Musa Hitam dipetik berkata bahawa "Negara tidak akan bangkrap jika PR Perintah" (sumber SH) dengan bersandarkan andaian bahawa tiga parti dalam PR itu akan berusaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi. Baginya pelabur juga tidak akan lari jika usaha menarik pelabur diteruskan.

Mudah sangat Musa Hitam mahu meyakinkan rakyat dengan kenyataan seperti ini. Padahal Musa Hitam bukan tidak tahu siapa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Musa Hitam juga bukan tidak sedar kaedah politik PR dan sejauhmana kebenaran janji-janji mereka.

Bukankah Musa Hitam juga pernah berada di dalam kerajaan malah pernah bersama dalam kelompok pemikir ekonomi. Pasti pilihan dan kos lepas diperaktikan kerana negara punyai sumber hasil yang terhad. Mana mungkin hasrat PR mahu memansuhkan tol, PTPTN dan lain-lain boleh dicapai melainkan kenaikan cukai dilakukan.

Bagi Tamingsari, kita jangan nampak Tian Chua sahaja pengkhianat tetapi apa yang lebih digeruni adalah watak-watak gunting dalam lipatan yang senantiasa mencari masa mahu menjatuhkan rakan sendiri dek kerana dendam dan iri hati.

Untuk rekod : Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

PAS bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif