Sabtu, 16 Mac 2013

Penyokong PAS Menatang Bangkai


Selepas membaca buku 'Kafirkah Aku' tulisan Cikgu Non Al Afghani ternyata serapan roh perjuangan PAS kembali meresap dalam jiwa Tamingsari. Walaupun Tamingsari dulu tidaklah setaksub itu namun apa yang diharapkan penulis kepada PAS pernah Tamingsari impikan juga.

Semasa zaman belajar di Universiti memang Tamingsari cenderung menyokong perjuangan Islam PAS lantaran Tamingsari berkawan dengan rakan2 masjid dan para ustaz. Para ustaz itu juga bukan calang2 tetapi para doktor dan pensyarah berkelulusan Mesir.

Apa yang digembar gemburkan mereka cukup meyakinkan Tamingsari bahawa PAS sajalah layak memperjuangkan Islam. Kata mereka lihatlah siapa bersama dalam perjuangan PAS? Bukankah diisi oleh alim ulama?

Namun sekecewa cikgu Non lebih awal Tamingsari mengenali siapa PAS sebenarnya. Dek kerana itu Tamingsari tinggalkn roh PAS dan kembali ke wadah perjuangan sebenar yang memartabatkan agama dan bangsa selari menuju ke arah negara yang cemerlang.

Tamingsari berasa puas membaca buku 'Kafirkah Aku' ini menjelaskan hala tuju Tamingsari meninggalkan perjuangan PAS adalah keputusan yang maha tepat. Tamingsari galakkan ahli PAS membaca buku ini segera supaya anda semua sedar adakah selama ini minyak yang ditatang minyak yang wangi atau minyak perahan bangkai yang membusuk. Terlalu banyak rahsia dibawah naungan serban dan jubah hijau puak PAS dan para penyokong boleh dianggap bersubahat menghalalkan kemungkaran. Paling malang terpalit benci kepada PAS maka Islam jua tercemar lantaran nama Islam dalam ic PAS.

Selepas membaca buku ini buatlah kesimpulan sendiri.


PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif