Khamis, 14 Mac 2013

Tian Chua Didakwa Dibawah Akta Hasutan 1948


Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69. 

Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13. Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau. 

Ahli Parlimen kawasan Batu dari PKR itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.Beliau didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tak lebih 3 tahun atau keduanya. 

Sejurus pertuduhan dibacakan,Tian Chua dakwa pertuduhan ini bermotif politik untuk cemar nama baiknya. 

Hakim Sekeri Mamat telah tetapkan 12 April tarikh sebutan kes. Beliau mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

PAS bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif