Rabu, 31 Disember 2014

Tragedi QZ8501 : Posting Dalam Forum Online Sudah Meramalkan Lebih Awal



Tamingsari screen shot posting gambar di atas dari forum list di sini, Benar-benar pengemparkan apabila seorang ahli forum online di China telah menjangkakan bahawa Air Asia akan menjadi sasaran seterusnya.

Hasil terjemahan ke Bahasa Melayu mengunakan google translate
Apakah ia satu telahannya sahaja atau memang benar ia adalah satu rancangan jahat tangan hitam (black hand - istilah peserta forum tersebut) untuk menyerang persepsi masyarakat dunia terhadap negara Malaysia dengan cara menjatuhkan industri penerbangan Malaysia. Ini dinyatakan beliau di dalam postingnya pada 15 Disember 2014, pukul 20:15.

Menurutnya lagi, memandangkan Air Asia adalah milik Malaysia maka ia akan menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku kepada Malaysia Airline yang mana dua penerbangannya, MH17 yang ditembak dan MH370 yang dirampas. Ahli forum itu turut menasihati warga China agar mengelak untuk menaiki dua syarikat penerbangan  Malaysia (Air Asia dan MAS) kerana khuatir akan menjadi mangsa.

Pada 28 Disember 2014, selang 13 hari selepas posting beliau, berlaku tragedi pesawat Air Asia QZ8501 yang jatuh ke lautan jawa selepas hilang dari radar. Walaupun, ia tidak melibatkan destinasi penerbangan dari atau ke Malaysia tetapi jenama syarikat penerbangan yang terlibat adalah syarikat dari Malaysia.

Apakah benar, semua kejadian tragis penerbangan Malaysia 2014 ini ada kaitan dengan konspirasi terancang si tangan hitam? Keadaan ini benar-benar telah membunuh reputasi syarikat penerbangan Malaysia terutama isu keselamatan. Bayangkanlah, dalam tahun yang sama sahaja, penerbangan Malaysia menerima mimpi ngeri yang maha dahsyat dengan skrip yang sama walaupun plot berbeza.

Apa-apapun kisah disebalik kejadian ini, Tamingsari berasa amat kesal kerana mangsa yang dikambing hitamkan adalah orang awam yang tidak bersalah. Sama-samalah kita nantikan drama-drama seterusnya dan berdoa, agar kita dan keluarga kita terhidar dari kezaliman orang-orang yang zalim.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Pengakhiran Tahun Musibah Dengan Duka Lara


Tahun 2014......

Masuk ke dalam tarikh 1 Januari 2014 sehingga berakhir hari ini 31 Disember 2014 bagaikan satu mimpi ngeri buat rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang ditimpa musibah secara langsung. Kesan langsung musibah yang berlaku juga turut berlaku kepada negara-negara berkaitan.  

Antara peristiwa tragis berlaku bagi tahun 2014 adalah :

8 Mac 2014 : Kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat milik Malaysia Airline penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga ke hari ini pesawat boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan krew masih belum ditemui. Pelbagai teori konspirasi dibuat dan paling terkini, PM Malaysia mengumumkan bahawa pesawat ini telah berakhir di lautan hindi.

8 Julai 2014 : Konflik Israel Hamas telah mencetuskan peperangan maha hebat dan menyaksikan 2,143 orang warga Palestin temasuk pejuangnya syahid dan hampir 11,000 orang cedera. Pihak Hamas dan tentera AlQasamnya menemui kemenangan apabila berjaya menghalau tentera zionis laknattulah dari bumi Gaza dengan catatan 66 orang askar Israel berjaya dibunuh. 6 orang awam Israel temasuk seorang warga Thailand dilaporkan turut terbunuh di Isreal. 460 orang Askar Israel dilaporkan cedera. Peristiwa ini sebenarnya telah menimbulkan mimpi ngeri kepada tentera Israel kerana ada diantara mereka sanggup menembak kaki sendiri bagi mengisi senarai cedera untuk dinyah dalam senarai tentera untuk mengempur Gaza melalui jalan darat. Ini kerana mereka gentar dengan kekuatan mental pejuang-pejuang AlQasam.

17 Julai 2014 : Selang beberapa bulan dari tarikh kehilangan pesawat MAS MH370 dan usaha mencari masih berlangsung, masyarakat dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian ngeri pesawat boeng 777 milik MAS dengan nombor penerbangan MH17 telah ditembak jatuh di sempadan Ukrain-Rusia mengakibatkan semua 298 penumpang dan krewnya terkorban. Perjalanan dari Belanda ke Kuala Lumpur telah menjadi mimpi ngeri buat para waris penumpang dan anak kapal kerana semuanya mati dalam keadaan amat tragis. Majoriti mangsa adalah warga Belanda.

24 Disember 2014 : Amat malang, dugaan besar buat rakyat Malaysia di negeri pantai timur, Perak dan lembah klang apabila mereka ditimpa dengan musibah banjir yang maha dahsyat. Keadaan di pantai timur adalah lebih menyedihkan kerana kerosakan yang dialami adalah besar dengan kuantiti mangsa yang terlibat juga amat ramai. Sehingga kehari ini jumlah mangsa banjir melebihi angka 200,000 orang. Hakikat yang terpaksa ditelan adalah mereka akan menyambut tahun baru dengan kehilangan harta benda secara total. 

28 Disember 2014 : Masyarakat dunia sekali lagi gempar selepas dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia nombor penerbangan QZ8501 perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. Keadaan ini dikaitkan dengan faktor cuaca dan teknikal pesawat. Pesawat ini membawa 155 penumpang dan anak kapal yang majorinya warga Indonesia. 

Dan hari ini, kita redha apabila semalam pihak berkuasa Indonesia telah mengumumkan bahawa, pesawat ini telah ditemui di dasar laut berhampiran Belitung Timur 15 Km dari koordinat terakhir pesawat. Pihak berkuasa Indonesia juga melaporkan bahawa signal handphone penumpang juga turut membantu mengesan lokasi pesawat terhempas dan menimbulkan spekulasi, adakah faktor kegagalan penumpang mematuhi prosedur keselamatan di dalam pesawat iaitu dengan meletakkan phone dalam mode flight atau off menyebabkan ianya telah menganggu sistem pesawat dikala ketika itu mereka berada di dalam zon cuaca buruk. Kesemua 155 penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban walaupun sehingga kehari ini usaha mengumpulkan mayat mangsa sedang dijalankan. 

Ironinya, tahun 2014 bukanlah tahun sial atau tahun musibah tetapi sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap yang berlaku itu adalah takdir qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sama-samalah kita berdoa agar dipengakhiran tahun 2014 diberkati umur kita yang sudah berlalu dan moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan kita tahun 2015.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Selasa, 30 Disember 2014

Bah2014 : Anak Ini Buat Hati Seorang Ibu / Ayah Menangis


Hati siapa yang tidak tersentuh melihat keadaan ini. Selepas mereka ditimpa musibah yang amat dahsyat tanpa terfikirpun difikiran mereka bahawa sedahsyat ini ia akan berlaku.

Namun, jika anak kita sekecil ini, apa yang mampu difahaminya. Sangat menyentuh hati apabila seorang ayah cuba menidurkan anaknya dengan lenggokan ala buaian dan alunan zikir sehinggalah anak itu tertidur. Aduh terusik perasaan naluri keibubapaan kita selepas menyaksikan video ini.

video

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Isnin, 29 Disember 2014

Bah 2014 : Kisah Rusydi Buat Kami Menangis

Rumah kami terkepung dengan air banjir. Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup. Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air. 

Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur. Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. 

Abah suruh, "Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu." Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin. "Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?" Angah menjawab, "67 tahun. Kenapa abah?" 

Abah senyum. "Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun." Along pula mencelah. "Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?" Abah menggelengkan kepala. "Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu." Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, "Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah." Abah senyum. "Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?" Semua terdiam. Abah menyambung kata, "Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. 

Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi." Along mencelah pula, "Maksud abah? Kami tak faham." Abah senyum manis. "Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?" "Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. 

Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing. Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. 

Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali." Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini. "Abah dah tua...abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat." Along ke depan abah. 

Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama. "Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu." Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, "Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa."

Nukilan : Muhammad Rusydi

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Ahad, 28 Disember 2014

Keyboard Warior Diburu : Tampillah Kalau Benar


Cyberjaya: Awas! Penyebar berita palsu di laman sosial, anda sedang diburu! Itu tegas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang sedang menyiasat beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri. 

"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu berkaitan keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. "

Beberapa individu sudah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mereka yang diminta untuk tampil membantu siasatan adalah seperti berikut: 

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). 
Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan 

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). 
Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang 

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas juga diminta menghubungi pegawai penyiasat SKMM.


Selain itu, antara fitnah banjir yang disebarkan oleh manusia hina ini adalah :

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
2. Bantuan dr ngo/persendirian yg ditahan sebab nak tampal sticker BN.
3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai)
4. Sekolah manik urai yg runtuh
5. Puisi ibu darwish 'tidurlah sayang'
6. Sewa helikopter tentera RM4500


7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Selatan Thailand yg melepaskan air
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja

Jika benar, apa yang didakwa, sila lah si penyebar hubungi SKMM dan tunjukan bukti dakwaan tersebut.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

QZ8501 : Tiada Perkembangan Terbaru, Jangan Fitnah !!


Tiada perkembangan terbaru.

Selepas lebih 12 jam ianya hilang dari radar, sehingga malam ini tiada apa-apa petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya Indonesia ke Singapura. Itu sahaja dapat dikongsi. 

Sejak kehilangan pesawat itu, ada beberapa pos dan enteri di blog-blog picisan yang mahukan trafik telah memuat naik gambar pesawat AirAsia yang ditemui terhempas. Namun, gambar itu disahkan palsu dan tiada kaitan dengan pesawat yang hilang. 



Terbaru, kerajaan Malaysia bersedia menghantar aset laut dan udaranya bagi membantu team SAR yang diketuai Indonesia. Sehingga ke jam ini tiada apa-apa info yang dapat diberikan.

Pesawat Air Asia QZ8501 telah hilang dari radar kira-kira 6.16 am waktu Indonesia. Sebelum kejadian, dikatakan kapten kapal telah menghantar permohonan untuk naik lebih tinggi ke 38,000 kaki dan mengubah haluan sedikit ke kiri untuk mengelak awan hujan komulusnimbus yang dikhuatiri membawa kilat yang bakal membahayakan pesawat. Namun, selepas 2 minit, ia terus hilang dari radar pusat kawalan udara Indonesia. 

Tamingsari berharap, kita sama-sama berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan dalam masa yang sama, hentikanlah penyebaran fitnah yang hanya menganggu emosi para waris.

Update : Polis Kuching meminta saksi yang melihat pesawat Air Asia terbang rendah agar segera memuat laporan polis. Klik sini

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Pesawat AirAsia Dilaporkan Terhempas


Beberapa media kini melaporkan bahawa pesawat AirAsia QZ8501 telah terhempas di Belitung Timur, Indonesia. Walaubagaimanapun berita ini masih belum disahkan.

Terbaru sebuah pesawat dari Surabaya menuju ke Singapura milik AirAsia dilaporkan hilang dari radar awal pagi tadi. Keadaan ini menyebabkan keluarga dan sahabat penumpang dan anak kapal panik dan masih menantikan info terkini. Seramai 155 penumpang dan krew dilaporkan berada di dalam pesawat dimana seorang darinya adalah warga Malaysia. 

Kali terakhir pilot menghubungi pusat kawalan udara menyatakan cuaca buruk dan mereka akan merempuh awan.

Pukul 1.00 pm waktu Malaysia tadi Jabatan Penerbangan Indonesia telah mengadakan sidang media dan masih belum banyak info dapat diberikan. PM Malaysia komited membantu Indonesia dalam misi pencarian dan Indonesia telah menubuhkan SAR Team sejurus selepas dilaporkan hilang.

Tamingsari berdoa, agar berita ia terhempas adalah palsu dan berharap semua penumpang dan anak kapal selamat.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Sabtu, 27 Disember 2014

Tok Pa Aktif Membantu Mangsa Banjir

Lebih baik terus menerus mengikuti status FB Tok Pa kerana banyak gambar keadaan banjir di Kelantan diposkan. Disamping berberapa perkembangan terbaru turut diposkan berkaitan banjir di Kelantan.

Tamingsari amat kagum dengan usaha dan kewibawan kudrat tua Tok Pa biarpun berstatus Menteri beliau tetap bersama rakyat dan orang kampungnya menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Biarpun kudratnya tidak seberapa, namun, Tamingsari yakin, kehadirannya mampu memberi sinar dan harapan kepada mangsa-mangsa banjir.

Layari FB Tok Pa :

Dapatkan info tepat mengenai banjir di :


Tahniah Tok Pa, memang anda adalah pemimpin yang amat Tamingsari segani.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 26 Disember 2014

Sial Punya Lim Kit Siang


Sudah sudahlah Dap menghasut rakyat melalui penasihatnya Lim Kit Sial ni. Di dalam tweeternya melahirkan rasa kesal sebab PM tidak bersama dengan mangsa banjir di Kelantan. 

Aku nak tanya pemimpin DAP ni. Kelantan bukankah diperintah Pakatan Rakyat. Why just you saja Lim turun sana Kelantan bantu itu pengundi PR. Kenapa?? Sbb tiada Dap ya di Kelantan. Sial lah lu Lim, Lu memang saja mau kasi rakyat marah sama PM ya.

Seperti yang kita maklum, PM kita biarpn masa ini berada di luar negara, namun beliau tetap mendapatkan maklumat dr timbalannya berkaitan apa yang berlaku di negeri2 yang menghadapi banjir. Kenapa dia buat mcmtu biarpn rakyat Kelantan tidak mahu menyokong beliau adalah kerana dalam ramai2 rakyat yang bengong ada lagi yang bijak menyokong beliau.

Itulah bahasa paling tepat bagi memberitahu manusia yang tak reti berterima kasih dan sibuk cari orang yang dihina mereka apabila tiba kempen politik.

Rakyat Kelantan... insaflah.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Kesian PM : Tunjuk Dihina, Sorok Dikutuk


Lihatlah menteliti rakyat Malaysia yang berjiwa pembangkang... Tahu mengkritik secara negatif sahaja. Apa yang dilakukan PM dilihat pada sudut yang buruk padahal yang menilai keikhlasan itu adalah Allah s.w.t.

Yang menghairankan, gambar Anwar dan Azizah sibuk berhoneymoon di New Zealand ketika penyokong tegar dan penjilat mereka bergelumang dengan banjir tidak pula dikritik mereka.

Inilah sikap jijik doube standard rakyat Malaysia penyokong PR.

DS Najib sentiasa berhubung bersama Timbalannya bertanyakan keadaan semasa aktiviti menyelamat mangsa banjir.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Keperihatinan PM Kepada Mangsa Banjir Tak Semestinya Dengan Tenaga


Wang sudah disalurkan kepada negeri negeri yang terlibat banjir.
TPM sudah pun diarahkan mengetuai misi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir melalui beberapa agensi hadapan.
Malah PM sendiri sentiasa mengemaskini laman FB dan Tweeter menasihati mangsa banjir agar berhati-hati dan menjaga diri masing-masing.

Tapi apakan daya,
Dek kerana termakan dengan nafsu serakah sesetengah pihak yang hanya di dalam hatinya segumpal darah busuk, maka situasi Najib kini pula dipertikaikan. Apakah kita mengerti, apa agenda negera yang dibawa PM yang kini sedang bersama Obama di Hawai? Gambar Najib bersama Obama dilihat begitu mesra sedang bermain golf. Bolehkah kita berfikiran positif dalam hal ini.

Di dalam hal banjir, orang no.2 negara kini ada dan bersedia memberi apa-apa bantuan kepada mangsa banjir malah, semua pemimpin diperingkat parlimen,dan negeri dilihat bersama dengan rakyat datang membantu memindahkan mangsa banjir. Di Perak contohnya, DYMM Sultan Perak sendiri pun prihatin dan turun padang memberi semangat kepada mangsa banjir.

Nak kata orang wahai penyokong PR,
Dikala rakyat Kajang sedang menanggung derita dengan masalah banjir kilat yang kerap berlaku, ahli parlimennya bersama suami merangkap ketua umum pakatan sibuk bercuti dan berhaneymoon di New Zealand. Apa kejadahnya di ke sana?

Jadi hentikanlah penyebaran fitnah yang membinasakan. Sama-samalah kita berdoa agar bencana yang menimpa disegerakan pengakhirannya oleh Allah S.W.T

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Isnin, 22 Disember 2014

Melayu Nak Sangat DAP Memerintah


Tahun 2014 ke Tahun 2018 sbm PRU 14 Adalah masa terbaik DAP nak rampas kuasa politik Melayu. Tak perlu target persekutuan .. target utk rampas negeri mcm Perak , Kedah , N9, Johor dan Melaka pun dah baik. 

Ini kerana : 

1. Org Malayu Pas rela dikencing DAP biarpn prinsip parti depa dicerca, pemimpin depa dihina.. asalkan DAP boleh pakai kopiah dan baca Alquran. 

2. Org Melayu PKR sokong pluralisme dan sokong saja apa yg DAP mahu termasuk kalimah Allah digunapakai oleh non muslim. Melayu PKR juga sokong ternakan babi dibuat besar2an dan Melayu PR sangat komited mahukan bible diterjemah ke bahasa Melayu. Asalkan semua tu berbeza dgn pendapat UMNO biarpn ia mampu merosakan kesucian Islam. 

3. Org Melayu dah hilang rs syg pd hak istimewa dan mahu sultan Melayu dijatuhkan kerana katanya itu perjuangan UMNO. 

4. Org Melayu sanggup abaikan pelajaran asalkan dpt jd barua DAP melalak di jalanan. 

5. Org Melayu skrg berebut nak masuk DAP kononya parti itu zero rasuah tp depa tutup mata walaupn DAP pernah ada isu pengaturan pemilihan parti. Org Melayu kata itu hanya propaganda media UMNO. 

6. Paling terbaik.. org Melayu skrg sokong komunis dan boleh labelkn polis yg gugur di bkt kepung sbgai pengkhianat. Komunis dn cheng peng dianggap hero. Depa bkn tak tahu pemimpin DAP sendiri anak sedara kpd cheng peng. Org Melayu idamkan Kit Siang jd pemimpin Melayu dn anknya Guan Eng jaga agama Islam sbb Guan Eng klon kalifah Umar Abd Aziz. 

 Terus bergerak DAP... Melayu mahukan anda.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Fahmi Zainol Budak Mentah Yang Biadab Dan Bodoh Sombong


Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini berkata, muhasabah penguasa adalah satu kewajipan di dalam Islam dan tanggungjawab itu terletak di bahu setiap umat Islam, tanpa mengira lelaki atau wanita, serta di mana sekalipun mereka berada. Katanya, Allah S.W.T telah mewajibkan kepada pemerintah untuk memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, umat Islam pula diwajibkan mentaati ulil amri (pemerintah) selama mana mereka masih berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah.

Fahmi bagaimanapun berkata, kerajaan sekarang telah menyimpang daripada kedua-duanya, maka sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah [HR Ahmad]”.

Mahasiswa yang sedang digantung pengajian di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu berkata demikian, berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengingatkan mahasiswa bahawa al-Quran tidak mengajar umatnya berdemonstrasi, sebaliknya pelajar universiti harus memenuhi amanah mereka untuk menuntut ilmu. 

Fahmi yang turut berkongsi kenyataan Dr Mahathir itu di laman Facebooknya berkata, wajib muhasabah kepada pemerintah dilakukan dalam pelbagai bentuk yang dibenarkan syarak dan tidak terbatas hanya kepada satu bentuk tertentu. “Ia boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan, secara lisan atau penulisan, baik di media cetak ataupun elektronik. “Demonstrasi adalah salah satu daripada bentuk muhasabah yang dibenarkan, dengan syarat tidak melakukan kerosakan di dalamnya. Dalil-dalil secara amnya, membolehkan anggota masyarakat berkumpul dan menyuarakan pendapat selama mana pendapat tersebut dibolehkan dalam Islam,” tulisnya di laman Facebooknya. 

Menurutnya, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah, sama ada melalui surat, memberi cadangan penambahbaikan, serta pelbagai lagi bentuk teguran yang diberikan, namun ia tidak dilayan. Sehubungan itu, jelasnya, berdemonstrasi adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran mahasiswa. “UMNO/BN tidak usahlah berbicara soal berdemonstrasi, sedangkan UMNO sendiri melakukan demonstrasi sejak 1946 untuk membantah Malayan Union.

“Persoalan yang ingin lontarkan pada Mahathir ,di mana petikan al-Quran serta dalil-dalil yang menghalalkan aktiviti pemerintah (UMNO/BN) yang selama ini sentiasa bergelumang dengan aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat dan sebagainya?” soalnya. Fahmi turut berpendapat, kenyataan Dr Mahathir semakin berbeza dari hari ke hari dan tidak secerdik dahulu, mungkin kerana usianya yang semakin meningkat.

Tamingsari :
Lancang sungguh budak ni berkata-kata. Padahal dia sendiri membesar dibawah pemerintahan   Mahathir. Atau pun rasanya tidak sempatpun berada dalam era Mahathir. Otak dunggu budak ini sebenarnya yang rosak dek kerana didikan yang gagal dari ibubapanya. 

Tak usahlah kau brcakap bahasa Anwar dan orang2 Pas sebab daripada kau sibuk nak betulkan kerajaan baik kau betulkan diri kau dulu. Lihat masa depan kau yang makin hari makin gelap. 

Tamingsari amat benci dengan budak2 biadab dan tidak tahu menilai jasa orang. Siapa Fahmi Zainol berbanding Tun M ? Fahmi Zainol hanya budak biasa yang tiada masa hadapan. 

Sebagai seorang budak universiti seharusnya kita mendokong aspirasi pemerintah dengan cara hikmah. Tambahan bukan tugas mahasiswa sibuk mencampuri urusan politik kerana tugas utama kamu adalah belajar, dapatkan segulung ijazah. Bina kerjaya, majukan keluarga, bantu ibu dan ayah. Urusan politik tunggu pilihanraya.

Kalau akulah yang menjadi senat UM, memang aku dah buang budak ni dari universiti. Kerana tiada gunanya mempunyai perosak seperti ini.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Ahad, 21 Disember 2014

GAGAL RAIH AFF SUZUKI 2014: Kesilapan Dollah Masukkan Safee Sali


Safee Sali tiada sumbangan. Berlari dengan lemah, gagal mencabar bola, tidak agresif, tiada percubaan ke pintu gol, dan paling malang, melepaskan peluang untuk mendapatkan satu gol ketika Malaysia patutnya mendahului Thailand 4-0. Dia memang amat diragui bagaimana seorang pemain simpanan JDT boleh diangkat sebagai pemain utama. Sejarah dia pada tahun 2010 tidak boleh dipakai lagi kerana bola sepak perlukan prestasi. Amat jelas, 2014, Safee Sali hanya layak menjadi penonton sahaja.

Ada suara sumbang menyalahkan Mat Yo kerana menjatuhkan pemain lawan didepan pintu gol, tetapi kenapa kita tak memuji Mat Yo kerana usaha dia melarikan bola ke hadapan pintu gol lah, Malaysia memperolehi penalti di separuh masa pertama dan sepakan percuma pada separuh masa ke dua yang kedua-duanya disempurnakan oleh Safiq Rahim dengan begitu cemerlang.

Biarpun kelemahan Safee Sali jelas, namun Tamingsari amat memuji 10 lagi pemain Malaysia termasuk dua orang yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Jika bola sepak semalam tanpa Safee Sali, pastinya ada sessuatu yang lebih bermakna berlaku.Semua pemain amat berkerja keras sehingga kita mampu meghilangkan sebentar kelebihan Thailand. Tanpa Safee Salilah, Malaysia gah layak ke Semi Final dan tanpa Safee Sali lah Malaysia layak ke Akhir.

Memang Thailand pasukan yang hebat dan sangat layak memenangi piala AFF Suzuki 2014. Tidak terkecuali pasukan Malaysia bimbingan Dollah Salleh yang sangat cemerlang kerana mampu melangkah sejauh ini walaupun di awal kejohonan tampak begitu tempang dan tiada harapan.

Tahniah Harimau Malaya
Tahniah Gajah Perang

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 19 Disember 2014

Cerita Tidak Sedap Didengar Di Aeon Taiping


AEON Taiping baru sahaja dibuka di Kamunting, Taiping pada November 2014 yang lalu. Kehadiran pasaraya aneka kedai yang sememangnya terkenal ini membuka lembaran baru kepada daerah Larut Matang sebagai salah satu projek Greater Kamunting. 

Walaubagaimanapun, pada 17 Disember 2014 berlaku kejadian samun dan melarikan kereta di kawasan parkir pasaraya itu dan pastinya ini akan menjejaskan reputasi AEON. Tamingsari memohon semua pihak terutama ibu bapa sila berhati-hati dengan kehadiran jenayah yang tidak disangka-sangka.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Krisis Ekonomi : Ketenangan Kerajaan Mengusarkan Rakyat


Ekonomi Malaysia dilihat bakal menerima impak yang sukar diramal memandangkan harga minyak dunia makin menyusut serta nilai tukaran wang ringgit yang makin jatuh. Harga minyak yang jatuh ini akan menyebabkan perdagangan Petronas menyusut. Nilai matawang jatuh pula menyebabkan kos import termasuk kos keluar negara akan menjadi lebih mahal.

Kerajaan hari ini dilihat masih tenang menghadapi situasi ini tidak seperti semasa Tun M memerintah dimana, rakyat Malaysia digalakan membeli barangan tempatan. Kempen beli barangan tempatan akan menjadi begitu viral di media massa arus perdana kerana dengan kuasa penguna yang sangat signifikan kepada jatuh bangun ekonomi sesebuah negara. Perlunya rakyat mengurangkan kebergantungan import akan membolehkan pengaliran wang ringgit keluar dapat dikurangkan.

Nilai mata wang ringgit yang diniagakan secara demand and supply memang akan menghadapi risiko kejatuhan kerana ia amat bergantung pula kepada nilai dagangan Malaysia. Jika kita memiliki nilai eksport yang tinggi berbanding import ini bermakna permintaan kepada ringgit lebih tinggi berbanding petukaran dengan mata wang lain untuk proses import. 

Rakyat Malaysia kini menanti apakah kesan GST kepada harga barangan. Jika kos import pun sudah menjadi mahal, bagaimana pula sektor perniagaan mahu mengadaptasi GST yang bakal dilaksanakan tahun 2015. Sememangnya penguna akan lebih berrhati-hati di dalam pengunaan dan ini akan memberi kesan negatif kepada KDNK negara. 

Tamingsari amat berharap ada satu mekanisme terbaik yang perlu difikirkan oleh pakar-pakar ekonomi Malaysia yang pernah menyelamatkan Malaysia dari krisis kewangan tahun 1997. Biarpun situasinya tampak berbeza namun, pastinya jalan penyelesaiannya mungkin memiliki bahasa yang sama. Dalam keadaan seperti ini, kerajaan perlu mengurangkan ketirisan kewangan dengan dasar-dasar yang tidak menyumbang kepada peningkatan KDNK. 

Kerajaan juga perlu terus komited meningkatkan insfrastruktur ke arah lebih ekonomi dan baik untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia kerana dengan cara ini, impak positif kepada sosioekonomi mampu dijanakan.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

(Video) AFF Suzuki 2014 : Malaysia Lawan Thailand Ala Barcelona


Mampukah Malaysia bangkit selepas dibenam Thailand 2-0 di Bangkok hari Rabu yang lalu? Inilah persoalan yang bermain difikiran hampir 90 ribu penyokong yang akan membanjiri Stadium Bukit Jalil termasuk berjuta rakyat Malaysia yang menonton di kaca TV.

Tamingsari amat memuji barisan muda Thailand yang sangat berdisplin dalam formasi termasuk mereka memiliki beberapa orang pemain yang sangat berkualiti dan berskil tinggi.

Namun skuad Dollah Salleh versi separuh akhir ke dua adalah barisan terbaik yang boleh dibanggakan kerana kerana mampu menewaskan Vietnam dikala Vietnam begitu selesa di separuh akhir.

Kita sama-samalah berdoa adanya keajaiban buat anak buah Dollah Salleh tetapi jika kita tewas, kita sebenarnya puas kerana skuad Harimau Malaya yang serba tempang sebelum AFF Suzuki mampu melangkah sejauh ini. Kita juga perlu akui, skuad Thailand lebih mantap dan sememangnya layak untuk bergelar juara. Hanya keajaiban saja yang mampu mengubah realiti ini.

video


PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Selasa, 16 Disember 2014

MILITAN IS : MALAYSIA PERLU TEGAS BERKECUALI

Walaupun Iran respon kesal dengan tindakan warganya pastinya ia tidak mampu untuk mengelakan sentimen kebencian masyarakat dunia kepada dunia Islam.
Kejadian di Sydney Australia benar-benar mencalar lagi nama Islam dimata kuasa besar. Kejadian di sebuah cafe dengan ancaman kepada orang awam yang dijadikan tebusan menambahkan lagi keraguan masyarakat dunia kepada dunia Islam. Ia terjadi selepas penganas itu, mengibarkan bendera negara Islam sekaligus menguatkan telahan penganalisis bahawa kejadian ini ada kaitan dengan kegiatan militan IS.

Walaupun media hari ini menegaskan bahawa penglibatan seorang ulama Iran dalam kejadian itu sebagai tindakan individu pelampau dan bukan tindakan penganas secara terancang namun, serentak dengan isu IS yang menhantui dunia, masakan kejadian itu boleh ditapis untuk diasingkan dari plan aktiviti keganasan. Apa jua yang berkaitan dengan orang Islam, dan bendera IS pastinya, masyarakat dunia melabelkan ia sebagai agenda provokatif IS sekaligus kebencian mereka kepada Islam terus memuncak.

Persoalannya, bagaimana Malaysia sebuah negara yang majoriti warganya beragama Islam mampu menangkis sangkaan buruk kuasa besar mengatakan kita berkecuali? Padahal, sudah beberapa orang rakyat Malaysia dikesan terlibat dalam menyertai aktiviti keganasan malah ada yang secara terang-terangan mengaku sudah mengangotai IS. 

Kesan buruk atas pengakuan ini jelas. Ia pastinya bakal mengancam keselamatan negara dan menganggu gugat keamanan rakyat. Jika Malaysia tidak mengambil pendekatan serius, maka negara kuasa besar akan melabelkan tanah air ini sebagai tempat militan beoperasi dan direkrut. Malaysia pastinya akan diletakan didalam radar peperangan dan negara kuasa besar pastinya akan menyerang Malaysia dengan alasan negara kita perlu dibersihkan dari sebarang aktiviti pengrekrutan militan. Bukankah ia akan menghadirkan suasana kehancuran persis di Iraq, Iran, Seria dan Afganistan? Bagaimana kedudukan ekonomi dan sosial negara ini jika kita di dalam dunia peperangan ?

Tamingsari amat kesal dengan pandangan sempit rakyat Malaysia terutama pro politik PAS yang mengatakan PM Malaysia penakut kerana lantang menghentam IS dan berstongkol dengan Amerika bagi menentang militan IS. PM begitu tegas dalam menyatakan pendirian ini terutama dihadapan Obama bagi mengelakan sentimen seperti yang Tamingsari jelaskan di atas. Malaysia perlu berdiri di dalam saf berkecuali demi menjaga kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia terpelihara.

Untuk berjihad di dalam IS, rakyat Malaysia yang beragama Islam perlu lebih bijak menilai dan mendalami bagaimana IS ini beroperasi. Mereka tidak mengamalkan apa yang diajarkan Islam kerana mereka sanggup mendatangkan huru hara kepada sekelompok manusia yang tidak berdosa. Mereka membunuh orang awam yang tidak terlibat langsung di dalam aktiviti yang mengancam kesucian Islam. Apakah ini yang dinamakan sebuah perjuangan?

Tamingsari memohon rakyat Malaysia segera rasional dalam hal ini dan mengutamakan hal keselamatan anak dan keluarga kita dahulu bagi mengelak wujudnya sentimen yang buruk terhadap Malaysia. 

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Khamis, 2 Januari 2014

2014 Sambungan Corak 2013

Permulaan tahun baharu 2014 terbuka sebaik sahaja berdetiknya jam 12.00 malam 31 Disember 2013. Kalaupun tidak berkesempatan untuk hadir berkerumun, sama ada menyambut kehadiran malam awal tahun dan sekaligus akhir tahun, tentunya kita akan menerima ucapan mengenainya menerusi pelbagai cara, dari siaran media mahupun khidmat pesanan ringkas, dari sesiapa sahaja, termasuk nombor yang tidak pernah kita tahu siapakah pemiliknya. 

Mengimbau kembali sepanjang 2013, kita menemukan banyak pengalaman dan pengetahuan besar, yang tentunya akan diingat selagi kita mampu dan boleh berfikir dengan banyak. Beberapa bulan sebelum tiba tahun 2013, seluruh rakyat seakan-akan terkena renjatan politik maklumlah selewatnya pada bulan Julai 2013, hayat Dewan Rakyat akan tamat tempoh, manakala pemimpin kerajaan berada dalam tabularasa yang menyebabkan tidak lena tidur, apakah nama mereka masih tersenarai dalam pilihan raya yang akan diadakan, kerana semasa berazam di akhir tahun, sudah ada satu kesimpulan, calon baharu dan lama akan diseimbangkan, boleh menarik sokongan golongan muda, yakni separuh daripada jumlah pengundi berdaftar.  
Sebelumnya ada beberapa isu besar, yang kalau tidak dapat ditangani dengan baik boleh menyebabkan sokongan pengundi akan berubah, dan ternyata kebimbangan itu ada asasnya, terutama dalam kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, yang kebanyakannya adalah tinggal di bandar-bandar besar. Mereka merupakan golongan yang menguasai ekonomi, dan tidak boleh berkompromi mengenainya sejak sekian lama sehingga beberapa kali mendesak dasar yang memberikan perhatian kepada orang Melayu dan Bumiputera dipinda, peluang yang sama diberikan berdasarkan meritokrasi. Kedudukan itu turut menjadi sebahagian daripada kritikan daripada kalangan orang Melayu sendiri, terutamanya orang Melayu yang sudah kehilangan semangat untuk melihat bangsanya sendiri lebih maju. 

Bagi mereka, dasar yang dilaksanakan selama ini, bukan menguntungkan orang Melayu, tetapi segelintir Melayu yang ada kaitan dengan orang yang berkuasa. Bagi setengahnya pula, ia bukanlah masalah besar, selagi ia adalah orang Melayu dan Bumiputera, mereka perlu dibantu kerana setelah runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka, kedudukan mereka makin terpinggir, bahkan ada ketikanya tidak diberikan kesempatan yang sama oleh penjajah. British berusaha untuk menjadikan Tanah Melayu “ladang emasnya” menerusi dasar pembukaan ladang-ladang, lombong dan operasi pelabuhan dengan dasar merkantalisme, dengan membawa masuk buruh-buruh asing. Kemudiannya, buruh-buruh asing ini membentuk koloninya, dan mengambil alih beberapa bentuk perniagaan sehinggalah pemilikan kekayaan di Malaysia 80 peratus adalah di tangan mereka walaupun hanya merupakan 40 peratus daripada jumlah penduduk. Ketidakseimbangan ini hendak diperbaiki menerusi Dasar Ekonomi Baru, dengan menetapkan sasaran 30 peratus dalam tempoh 20 tahun (1970-1990). 

Dasar ini tidak berjaya, tetapi kesannya tetap ada, orang Melayu dan Bumiputera mula berminat berniaga dan memiliki beberapa entity ekonomi. Atas alasan yang lain, ada pihak mula curiga dengan menuduh, dasar yang memberikan bantuan kepada Melayu dan Bumiputera sebagai satu bentuk diskriminasi, walhal secara realitinya, dasar tersebut tidak mengakibatkan rampasan hak dan peluang yang sudah dimiliki oleh bukan Melayu, lebih banyak bidang-bidang baharu diteroka. Sayangnya, kerana orang Melayu dan Bumiputera tidak mempunyai jiwa yang kental dalam perniagaan, mereka lebih mudah menerima konsep perkongsian perniagaan sehingga membentuk budaya Ali-Baba, syarikat secara pendaftarannya adalah milik Melayu-Bumiputera, tetapi, dibelakangnya tetap dikuasai oleh bukan Melayu. 

Realiti ekonomi sedemikian masih kekal hingga kini, yakni syarikat berteraskan Melayu-Bumiputera memperoleh kontrak daripada kerajaan, tetapi yang mengusahakan atau mendapat untung besar ialah bukan Melayu. Mungkin mereka “menggaji orang Melayu sebagai pemilik syarikat” dan kerana nama itulah juga menyebabkan ramai orang Melayu rasa kecewa, kumpulan bukan Melayu terus mengumpul kekayaan yang besar, sehingga merekalah juara harta dan aset. Senarai mereka yang dikategorikan kaya, hartawan dalam kalangan rakyat Malaysia, adalah bukan Melayu, manakala hanya beberapa orang sahaja orang Melayu termasuk dalam senarai. 


Bagaimanapun, setiap kali senarai tersebut dikeluarkan oleh Malaysian Business, ramai yang melahirkan rasa kecewa, sejauhmanakah tongkat yang diberikan itu berjaya melonjakkan ekonomi dan pemilikan ekuiti orang Melayu. Akhir-akhir keluar pula berita, laporan dan dakwaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tidak memberikan peluang kepada orang Melayu dan Bumputera untuk berkembang dalam bidang perniagaan, tawaran kontrak hanya sekadar mencuci bangunan ataupun dalam kategori kelas bawahan, bukan melibatkan kontrak puluhan atau ratusan juta. Alasannya, tiada kontraktor Melayu dan Bumiputera yang layak, apatah lagi yang sanggup melakukan sehebat kontraktor bukan Melayu. 

Andaian seperti ini terus menerjah “jendela ekonomi negara” dan kerana itu, tirai 2014 akan benar-benar menguji langkah pemerkasaan orang Melayu dan Bumiputera, dan tentunya PRU 14 akan diukur sebagai sesuatu yang boleh menyesakkan nafas kerajaan yang memerintah. Kalau PRU 13 yang berlangsung pada bulan Mei 2013 dilihat sebagai ibu segala pilihan raya, maka PRU 14 dilihat sesuatu yang lebih besar daripada itu, bahkan boleh menyebabkan grand design politik yang lebih besar. Meskipun BN mampu menang dan bertahan sebagai kerajaan, buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, ia mengalami kemerosotan, baik dari segi jumlah kerusi di Dewan Rakyat mahupun peratus undi popular. 

PRU 12, BN menang 140 kerusi dan dianggap sebagai tsunami politik, tetapi, PRU 13, BN hanya mampu menang 133 kerusi, dan dianggap pula berlakunya tsunami pengundi Cina atau pengundi bandar. PRU 12, pakatan pembangkang menang 82 kerusi parlimen, tapi PRU 14, menokok tujuh lagi kerusi menjadi 89 kesemuanya. UMNO masih merupakan parti yang dominan, kerana PRU 13, telah menunjukkan peningkatan ketara, menang 88 kerusi Dewan Rakyat, yakni kurang satu kerusi daripada keseluruhan yang dimiliki oleh pakatan pembangkang. Mahu tidak mahu, kalau dilihat daripada perspektif angka, UMNO dan keseluruhan pakatan pembangkang, mempunyai pengaruh yang seimbang. 

Ia mungkin menjadi gugatan buat UMNO pada masa depan, sekiranya, kepimpinan UMNO tidak mampu mengimbangi rungutan rakyat yang mula terasa selepas PRU 13. UMNO perlu melihat semula ledakan kemarahan rakyat kepada parti mereka selepas beberapa orang menterinya tewas dalam PRU 12, kerana sikap dan tindakan mereka sendiri yang dilihat sombong dan jarang menjengok permasalahan rakyat. Hakikat ini juga merupakan sesuatu yang sukar untuk diperbaiki di Kelantan, kerana pemimpin-pemimpin UMNO hanya berusaha menjaga kawasan masing-masing, manakala program yang bersifat lebih menyeluruh kurang berlaku, kecualilah apabila pemimpin besar, Presiden dan Timbalan Presiden turun padang. 

Faktor ini menyebabkan PAS semakin dipercayai oleh pengundi Kelantan, kerana mereka bijak mendekati rakyat walaupun hanya sekadar berjanji kosong dan menempel atas mana-mana projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Retorik mereka mudah dipercayai, tetapi, UMNO sentiasa bergolak dan cantas mencantas, tunas-tunas baharu sukar berkembang. Biarpun corak pemilihan pucuk pimpinan dari peringkat bahagian dan pusat berubah dan dikatakan lebih demokratik, ia masih banyak kelemahan yang patut diperbaiki. Antaranya ialah keberpihakan kepada kumpulan tertentu dalam berkempen dan kaedah memperkenalkan calon yang dilihat seperti “pertandingan ratu cantik.” 

Keriuhan UMNO juga turut menjadi perhatian apabila melantik seorang pendakwah bebas menduduki kerusi Majlis Tertinggi, yang dilihat oleh PAS sebagai “mudah dibaham serigala”, meskipun akhirnya, Ustaz Kazim Elias menolak atas alasan takut berhadapan dengan pemulauan dan penarikan para pelajar yang sedang belajar di sekolah agama yang menjadi punca rezekinya. Ustaz KAzim turut menerima pelbagai ugutan atas sikapnya yang lebih mesra dengan UMNO dan ini memperlihatkan sikap sebenar PAS, suka memburuk-burukkan ahlinya sendiri yang tidak lagi boleh bersetuju dengan perjuangan parti. Sebelumnya, Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa berhadapan dengan tekanan dari dalam PAS, dan seterusnya dipecat.  
Sebelum Perhimpunan Agung Tahunan UMNO diadakan pada awal Disember 2013, PAS terlebih dahulu mencadangkan perlunya dua parti yang bermuzakarah bagi membincangkan persoalan ummah atau Islam. Cadangan itu kemudiannya disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, dan parti itu bersedia melaksanakannya pada bila-bila masa yang dipersetujui oleh Presiden PAS. Bagaimanapun, hingga tirai 2013 ditutup, cadangan itu semakin sepi manakala PAS terus membisu keranan PAS sebenarnya belum mendapat lampu hijau daripada sekutunya dari DAP dan PKR. 

Usul tersebut dijangka tidak menjadi realiti pada tahun 2014, kerana PAS memangnya tidak ingin kepada kerjasama dengan UMNO, dan sedia memperkemaskan tahaluf siyasinya dalam pakatan pembangkang. Persoalan lain yang turut menggemparkan politik Malaysia sepanjang tahun 2013 ialah sikap 54 pertubuhan bukan kerajaan yang bergabung memperakui satu laporan mengenai Ulangkaji Hak Asasi (UPR), yang ikut mendesak agar beberapa peraturan mengenai kebebasan agama dipinda selaras dengan hak dan kebebasan asasi manusia. Bagaimanapun, desakan COMANGO bagi meretifikasikan hak asasi dan kebebasan beragama di Malaysia dilihat sebagai sesuatu biadap, tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan boleh menjejaskan akidah. Sebelumnya telah muncul pelbagai perdebatan mengenai penggunaan istilah Allah bagi menterjemahkan istilah God, baik untuk kegunaan Bible versi Melayu mahupun dalam lain-lain penerbitan. 

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan istilah Allah digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung, menjadi sasaran kritikan PAS, walhal sebelumnya, Presiden PAS dan Mursyidul Amnya menyatakan bukan Islam boleh menggunakannya atas alasan, istilah tersebut telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, khususnya ketika dakwah Islam memasuki fasa perkembangan pesat di Madinah. Pendirian kedua pemimpin PAS itu kemudiannya ditolak oleh sayap ulama, dan bagi menutupi percanggahan itu, PAS sekali lagi menyalahkan UMNO atas alasan, bukan Islam di Sabah dan Sarawak masih boleh menggunakan istilah tersebut. Sebenarnya, PAS berusaha mencari kelemahan UMNO bagi membungkus kelemahannya sendiri dengan “nyiru” politik. Tirai politik Malaysia 2013 walaupun ditutup, ia tetap dilihat sebagai suatu perjuangan yang belum selesai apabila rakyat terus diprovokasikan dengan pelbagai kenaikan pada permulaan tahun baharu. 

Dua hari sebelum tahun baru, Perdana Menteri mengumumkan sebelas langkah berjimat di pihak kerajaan, antaranya mengurangkan 10 peratus elaun Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai kanan kerajaan (JUSA C ke atas). Ia dilihat belum cukup, kerana rakyat tetap akan terus terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk kenaikan terhadap kelengkapan sekolah, tambang bas sekolah, kos makanan dan seterusnya, kos elektrik. Semuanya ini akan mewarnai scenario politik Malaysia pada tahun 2014, dan pada hari terakhir, di samping kemeriahan menyambut kedatangan tahun baharu, segelintir penyokong pakatan pembangkang berusaha untuk mengadakan perhimpunan jalanan membantah kenaikan kos sara hidup. Ia bakal membawa pertembungan arah, dan tentunya, pakatan pembangkang akan terus memberikan tafsiran, sambutan tahun baharu juga merupakan satu kelemahan dan pembaziran. 

Tentunya, wang bagi menguruskan acara pada malam 31 Disember 2013, boleh dijimatkan dan digunakan untuk menampung sedikit sebanyak kenaikan kos sara hidup. Meskipun, ia boleh diperoleh semula menerusi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, segelintir masyarakat menggunakan alasan menyemarakkan hedonism, yang mana kerajaan tidak memikirkan nilai-nilai budaya luhur dan pekerti mulia. Tentunya, yang menyedihkan ialah setiap tahun, apabila berlakunya sambutan besar-besaran terhadap sesuatu perayaan, maka ramai jugalah pasangan Islam ditangkap berkhalwat, termasuk ketika mereka berusaha meraikan kedatangan tahun baharu. Maka, ada pihak mendesak, sambutan tahun baharu wajar ditangguhkan kalaupun tidak bersedia dibatalkan. Tahun 2014, akan terus menjadi misteri. 

Dan, situasi politik akan terus tegang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak aman pada malam sambutannya, dan pertembungan itu bakal memberikan sedikit “nafas” kepada pakatan pembangkang, sebagaimana sedang mereka raih akibat pembatalan mingguan akhbar The Heat. Ramai yang tidak mahu mendengar sebabnya, tetapi, ramai yang percaya, penggantungan sementara itu sebagai hukuman kepada mereka yang berjuang atas nama demokrasi dan kebebasan media. Satu forum mengenainya telah diadakan, manakala bagi pihak kerajaan, penjelasan selengkapnya masih belum memadai. Dicelah-celah kelonsongan maklumat itu pakatan pembangkang berjaya mengubah persepsi, akhirnya, kerajaan akan terus dilihat zalim dan tidak demokratik. Sepatutnya, sebaik sahaja penggantungan diambil, suatu pendedahan meluas mengenai rasional tersebut dilakukan, agar rakyat fahama apakah sebenarnya demokrasi, kebebasan asasi dan keburukan yang terhasil daripada kebebasan tanpa had. Bahkan, di negara paling demokratik sekalipun masih tertaklum kepada peraturan, misalnya Amerika Syarikat. 

Tidak ada kebebasan beragama, kerana Islam sentiasa menjadi alasan pembulian: pelajar muslim disindir, digelar pengganas. Dapatan terbaharu kajian Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di California, seorang daripada 10 pelajar pernah ditampar, ditendang, ditumbuk atau dipukul atas sebab agama. Sekurang-kurangnya 17 pelajar perempuan yang memakai hijab pernah dengan sengaja disentuh atau hijab mereka ditarik…mereka terus dipanggil pengganas atau (Osama) Bin Laden. (Baca, Agama Islam alasan untuk buli, Berita Harian, 21 Disember 2013) Ertinya, tidak ada kebebasan mutlak, dan tidak wujud politik yang menolak secara totalnya persoalan bangsa, agama dan keturunan, bahkan Obama sendiri pernah disindir, didakwa bukan kelahiran Amerika dan “beragama Islam”. 

Kebebasan hanyalah satu bentuk utopia, kerana orang yang memperjuangkan kebebasan itu tidak membebaskan diri daripada belenggu ideologi dan keberpihakan, sebagaimana kehendak parti politik pembangkang, tidak boleh bebas bersuara walhal merekalah yang paling banyak bersuara dan menyalahgunakan kebebasan yang diberikan. Selamat tahun baru, tapi, jangan mudah terpedaya. Janji manis memang sedap didengar, tapi belum tentu menyenangkan dan mungkin lebih banyak derita. 

Penulis asal - Monosin Sobri 

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif