Ahad, 28 Disember 2014

QZ8501 : Tiada Perkembangan Terbaru, Jangan Fitnah !!


Tiada perkembangan terbaru.

Selepas lebih 12 jam ianya hilang dari radar, sehingga malam ini tiada apa-apa petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya Indonesia ke Singapura. Itu sahaja dapat dikongsi. 

Sejak kehilangan pesawat itu, ada beberapa pos dan enteri di blog-blog picisan yang mahukan trafik telah memuat naik gambar pesawat AirAsia yang ditemui terhempas. Namun, gambar itu disahkan palsu dan tiada kaitan dengan pesawat yang hilang. 



Terbaru, kerajaan Malaysia bersedia menghantar aset laut dan udaranya bagi membantu team SAR yang diketuai Indonesia. Sehingga ke jam ini tiada apa-apa info yang dapat diberikan.

Pesawat Air Asia QZ8501 telah hilang dari radar kira-kira 6.16 am waktu Indonesia. Sebelum kejadian, dikatakan kapten kapal telah menghantar permohonan untuk naik lebih tinggi ke 38,000 kaki dan mengubah haluan sedikit ke kiri untuk mengelak awan hujan komulusnimbus yang dikhuatiri membawa kilat yang bakal membahayakan pesawat. Namun, selepas 2 minit, ia terus hilang dari radar pusat kawalan udara Indonesia. 

Tamingsari berharap, kita sama-sama berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan dalam masa yang sama, hentikanlah penyebaran fitnah yang hanya menganggu emosi para waris.

Update : Polis Kuching meminta saksi yang melihat pesawat Air Asia terbang rendah agar segera memuat laporan polis. Klik sini

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif