Rabu, 31 Disember 2014

Tragedi QZ8501 : Posting Dalam Forum Online Sudah Meramalkan Lebih Awal



Tamingsari screen shot posting gambar di atas dari forum list di sini, Benar-benar pengemparkan apabila seorang ahli forum online di China telah menjangkakan bahawa Air Asia akan menjadi sasaran seterusnya.

Hasil terjemahan ke Bahasa Melayu mengunakan google translate
Apakah ia satu telahannya sahaja atau memang benar ia adalah satu rancangan jahat tangan hitam (black hand - istilah peserta forum tersebut) untuk menyerang persepsi masyarakat dunia terhadap negara Malaysia dengan cara menjatuhkan industri penerbangan Malaysia. Ini dinyatakan beliau di dalam postingnya pada 15 Disember 2014, pukul 20:15.

Menurutnya lagi, memandangkan Air Asia adalah milik Malaysia maka ia akan menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku kepada Malaysia Airline yang mana dua penerbangannya, MH17 yang ditembak dan MH370 yang dirampas. Ahli forum itu turut menasihati warga China agar mengelak untuk menaiki dua syarikat penerbangan  Malaysia (Air Asia dan MAS) kerana khuatir akan menjadi mangsa.

Pada 28 Disember 2014, selang 13 hari selepas posting beliau, berlaku tragedi pesawat Air Asia QZ8501 yang jatuh ke lautan jawa selepas hilang dari radar. Walaupun, ia tidak melibatkan destinasi penerbangan dari atau ke Malaysia tetapi jenama syarikat penerbangan yang terlibat adalah syarikat dari Malaysia.

Apakah benar, semua kejadian tragis penerbangan Malaysia 2014 ini ada kaitan dengan konspirasi terancang si tangan hitam? Keadaan ini benar-benar telah membunuh reputasi syarikat penerbangan Malaysia terutama isu keselamatan. Bayangkanlah, dalam tahun yang sama sahaja, penerbangan Malaysia menerima mimpi ngeri yang maha dahsyat dengan skrip yang sama walaupun plot berbeza.

Apa-apapun kisah disebalik kejadian ini, Tamingsari berasa amat kesal kerana mangsa yang dikambing hitamkan adalah orang awam yang tidak bersalah. Sama-samalah kita nantikan drama-drama seterusnya dan berdoa, agar kita dan keluarga kita terhidar dari kezaliman orang-orang yang zalim.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif