Isnin, 16 Mac 2015

LELAKI MELAYU ISLAM WAJIB BERHENTI MELANCAP

Tamingsari mahu mulakan artikel ini dengan kalam Allah ini :

Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.
(Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7)

Jadi jelas bahawasanya perbuatan mengeluarkan mani dengan sengaja itu adalah haram disisi Islam dan Allah menegaskan bahawa mereka yang melakukan hubungan seks selain isteri (termasuk melancap), mereka digolongkan sebagai melampaui batas. Melampaui batas disini adalah bermaksud ianya berdosa besar dan akan menerima balasan azab yang pedih di akhirat nanti.

Di hari akhirat Allah tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah

[1] Orang-orang homoseksual,
[2] orang yang bersetubuh dengan haiwan,
[3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan
[4] orang yang kerap melakukan onani (melancap)
kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).

Melancap sebenarnya tidak memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah sebenarnya bakal mendatangkan kesan buruk pada alat sulit. Jika ia dilakukan tanpa dikawal dan ganas, alat sulit lelaki kemungkinan akan tidak berfungsi untuk bersetubuh atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.

Kesan paling ketara akibat perbuatan melancap ini adalah cepat pancut ketika bersetubuh (pancutan pra matang). Ini akan menjadikan hubungan kelamin suami isteri jadi tidak sempurna dan bakal mengundang rasa ketidak puasan hati pasangan. Akibat paling teruk ia akan berakhir dengan penceraian. Melancap secara kerap juga banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan kesugulan fikiran yang tidak menentu. Antara kesan – kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah: 

Cepat marah. 
Tidak ada keyakinan diri. 
Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu. 
Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, 
Dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah. 
Sentiasa sakit – sakit badan. 
Hidup dalam angan – angan. 
Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan. 
Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri. 
Sentiasa menyendiri dari orang ramai. 
Lemah dari segi mental dan fizikal.

Jadi jelas dan terang bahawa perbuatan keji itu tidak memberi apa kesan positif kepada diri, alat sulit dan ditegah dengan keras oleh Islam. Namun begitu, seseorang yang telah terjebak dengan masalah melancap ini harus berusaha untuk keluar dari ketagihan ini. Ada beberapa artikel yang Tamingsari kaji, terdapat komen para lelaki insaf yang menyatakan mereka ketagihan melancap ini sejak dari kecil lagi kerana pengaruh rakan sebaya. Ada diantara mereka yang sudah berkahwin pun masih melakukan perbuatan tersebut. Malah ada yang kerap melakukannya sehingga menjangkau 10 ke 20 tahun sejak dari akhil baligh. Kata mereka, mereka dah berusaha untuk berhenti dengan pelbagai cara namun, masih melakukannya. 

Ketagihan adalah sifat manusia yang sukar sebenarnya untuk diubat. Namun, bagi kes melancap, terpulang kepada kekuatan mental diri sendiri untuk menghentikannya. Kepada orang Islam pula, kekuatan iman lah seharusnya menjadi benteng kepada diri mereka untuk menghentikan perbuatan ini. 

Tamingsari senaraikan beberapa kaedah dan cara untuk para penagih melancap untuk memberhentikan terus ketagihan ini :

1. Elakkan diri dari menonton video dan website lucah
2. Elakkan diri dari bersendirian
3. Bagi muslim, banyakkan beribadah, dan berpuasa. Banyakkan bertaubat dan percaya, bahawa Allah akan sentiasa menerima taubat hambanya. 
4. Bagi suami yang ketagihan, banyakkan berada bersama isteri dan elakkan bersendirian terutama diwaktu malam. Pastikan anda tidur sama waktu dengan isteri anda. Elakkan menonton televisyen bersendirian.
5. Banyakkan aktiviti sosial dan jumpa rakan-rakan. 
6. Elakan terlalu lama mandi 
7. Elakkan memegang zakar anda tanpa sebab
8. Jaga pandangan anda, jika terlihat aurat wanita, segera tutup mata atau tunduk atau berpaling ke lain. 
9. Berazam, bertekad dan say No kepada Melancap kerana takutkan Allah, dan takutkan kesan mudarat kepada fizikal dan zakar. Set dekat minda anda, penagih melancap adalah lozer dan sama taraf dengan penagih dadah. 
10. Jika keinginan melancap itu datang, cepat-cepat mengambil wuduk, bertafakur dan beristigfar sehingga ianya hilang. 
11. Jika anda tidak mampu hentikan sekaligus, lakukan dengan cara meningkatkan jarak masa untuk melakukannya, letakkan target. mulakan dengan seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan, atau setahun. atau terus tidak melakukanya untuk selamanya. Reward diri anda jika berjaya untuk tidak melancap mengikut masa yang disasarkan seperti pergi melancong, atau makan makanan yang anda gemari.
12. Melawan dari ketagihan melancap adalah jihad. Jika anda berjaya, anda digajari Allah dengan kebaikan yang besar disisinya. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Lelaki yang maskulin, adalah lelaki yang tidak melancap. Kita perlukan lelaki Melayu yang hebat untuk mempetahankan agama dan bangsa demi perjuangan yang suci. Semoga tips ini memberi seribu makna kepada para lelaki sekalian.

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Rabu, 11 Februari 2015

Kesedihan Seluruh Rakyat Malaysia Atas Pemenjaraan Anwar


Anwar semasa dibawa ke penjara Sg. Buloh
Sudah ramai menduga.

Dengan fakta kes yang sangat kukuh dihujahkan pendakwaraya pastinya sebelum Ketua Hakim Negara membacakan keputusan mahkamah, ramai rakyathakimnegara sudah dapat menelah bahawa Anwar pasti ke penjara.

Antara fakta-fakta kes

Rata-rata pejuang cybertrooper dan pejuang-pejuang keadilan kepada Saiful amat berpuas hati dengan keputusan ini walaupun tempoh perbicaraan kes ini masuk ke tahun ke-7 melebihi jumlah tahun penjara Anwar. 

Paling menjengkelkan, keluarga Anwar dan kuncu-kuncu PKR dan DAP mengoperakan drama sedih mengiringi Anwar ke penjara. Wan Azizah bini Anwar menyatakan bahawa Anwar telah melakukan pengorbanan. Nurul Izzah sempat memuatnaik video kenyataan Anwar di dalam mahkamah bahawa ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkan karier politiknya. Di saat dia akan dipenjarakan barulah Anwar sibuk mengatakan meliwat ini adalah perkara yang menjijikan. 

Apa yang Tamingsari mahu rakyat tahu, tiada apa-apa konspirasi politik yang hendak dimainkan dalam kes Anwar dan Saiful kerana ia adalah kes peribadi yang melibatkan seorang majikan bersama pekerjanya. Anwar didakwa meliwat Saiful dalam keadaan paksarela. Segala bukti termasuk DNA mengukuhkan hujah dan terbukti Anwar telah meliwat Saiful. Anwar juga sangat dikenali moral jijiknya apabila pernah dikaitkan dengan video berzina bersama pelacur Thailand oleh tria Dato T. Jadi tidak hairanlah dia, tidak boleh dipisahkan dengan kes sejijik ini. Seluruh rakyat Malaysia tahu, Anwar juga ada sejarah dibicarakan di dalam kes liwat pertama.

Semoga dengan terpenjaranya Anwar, sinar baru kepada politik Malaysia akan kembali. Anwar lah punca segala kerosakan kepada keharmonian kaum dalam negara ini dan Anwar lah menjadi punca kestabilan politik dan ekonomi Malaysia hampir tergugat. Kerana hasutan dan kebencian Anwarlah punca kepada kerosakan demi kerosakan yang timbul di dalam kepala otak rakyat Malaysia pro pembangkang sehingga apa saja yang dilakukan kerajaan salah dimata mereka.

Kesedihan atas keputusan ini hanya belegar dikalangan mereka sahaja. Rata-rata rakyat Malaysia memberi respon puas hati dan ada juga malas mahu mengambil kisah perkara ini kerana yakin Anwar telah meliwat Saiful. 

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,

Jumaat, 2 Januari 2015

VIDEO : Kemusnahan Hutan Kelantan Hasil Tangan PAS




video

Kemusnahan hutan di Kelantan untuk tujuan Pembalakan atau Pertanian adalah dalam skala yang begitu dahsyat sekali. Kemusnahan kawasan tadahan semulajadi ini tidak dapat kita nafikan merupakan salah satu punca kepada banjir besar di Negeri Kelantan 2014/2015. 

Video dirakam dari google earth menyusuri dari sungai kelantan di kota bharu naik ke hulu sehingga ke Lojing bersempadan dengan Perak. Siapa yang mahu dipersalahkan menggondolkan hutan ini? 

Cuba tanya Nik Mohamad Abduh dan Husam Musa, diaorang berani jawab tak?

PAS Perosak Agama dan Pemecah Bangsa
PKR Pemusnah Bangsa, Pencinta LGBT dan Pro Israel
DAP Amat Rasis, Anti Melayu dan Anti Islam

Wallahhu'alam

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif