Selasa, 13 Disember 2016

Sultan Muhammad Ke 5 YDP Agong ke 15 Dibawah Lindungan Allahhu Akhbar


1. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan mengagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut. 

2.  Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 

3.  Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016. 


4. Biodata Penuh Sultan Muhammad V 
Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V 
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra 
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15 
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969 
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan 
Umur : 47 tahun (Tahun 2016) 
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra 
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid 
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai) 
Senarai Adinda : 
Tengku Muhammad Faiz Petra 
Tengku Muhammad Fakhry Petra 
Tengku Amalin A’ishah Putri 
Pendidikan: 
Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975. 
Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981. 
Kelas Persediaan – The Alice Smith School, A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989 
Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91. 
Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London 
Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin. European 
Business Administration – European Business School London. 

5. Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya.

6. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu.

7. Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri. Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama.

8. Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat. “Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati.

9. Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protocol. “Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya.

10. Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004. “Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob. “Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja.

11. Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris. Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut. “Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya.

12. Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri. “Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara.

13. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya. “Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya. sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.

14. Ini adalah perbualan antara baginda Sultan Muhammad V dengan seorang pesakit kronik Hasnah Ibrahim dalam ziarah baginda ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos 2010:.. “Mak cik kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya (baginda), tapi makin sembuhlah badan mak cik,” Ternyata gurauan baginda menggambarkan sifat dan keperibadian baginda yang terlalu merendah diri.

15. Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

16. Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah.

17. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda adalah atas perkenan baginda sendiri. Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

18. Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

19. Masih ada insan yang mempunyai kuasa ditangan, merendah diri.. tidak takbur… kerana tahu akan kekuasan Allah swt lebih dari segalanya.

20. Istana KDYMM Sultan Muhammad ke V, terdapat pembesar suara terus dari Masjid Telipot bagi mendengar azan solat 5 waktu dan tazkirah setiap hari, adakah sultan lain melakukan demikian atau pemimpin dunia yg lain.

21. Gambar yang diambil dari luar istana mendapati pembesar suara dari masjid yang di sambung ke istana menaungi sekitar istana dan luar istana aktiviti seharian masjid.

22. Ya Allah Kebesaran MU terlalu luas, tiada penghujung di antara setiap penjuru ruang dunia.

23. Tamingsari mengucapkan tahniah ke bawah duli Tuanku Sultan Muhammad ke 5 atas pertabalan sebagai YDP Agong ke 15. Semoga Tuanku dapat mengembalikan keagongkan kuasa orang-orang Melayu dan memartabatkan agama Islam selari dengan tuntutan perlembagaan negara ini.

24. Sesungguhnya rakyat Kelantan pasti amat bangga kerana Sultan negeri itu terpilih untuk penggal ke 15 ini menjadi YDP Agong.

AllahhuAkbar, Allah Maha Besar, Allah Lindungi dan Selamatkan Sultan Kami.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif