Khamis, 22 Disember 2016

Ditipu Penyewa Rumah (Pentingnya perjanjian sewa rumah)


1. Bulan Jun 2016, lepas je dapat kunci aku terus iklan kan sewa rumah. Memang banyak la yang nak sewa. Adalah hamba Allah ni tak sempat sempat nak sewa rumah..desparate katanya..call wife aku jam 3 pagi nak tanya rumah. Terus nak booking rumah. 

2. Cakap memang sopan la. Petang tu datang tengok rumah, bawa adik dengan mak mertua. Terus confirm sewa. Kira ni pengalaman pertama, tak pernah sewa rumah pada orang. Lepas tu bawa husband dengan anak datang sekali lagi tengok rumah. Terus bayar deposit. 

3. Time ni aku dah rasa macam tak sedap hati. Husband dia ni jenis cakap sombong. Dua benda yang aku ingat sampai sekarang. Pertama, dia cakap rumah sewa lama dia bilik sebesar gelanggang futsal. Korang fikir la macam mana besar dia punya bilik. Rumah dia tak tau besar mana pula kan. Kedua, dia cakap dia bawa kereta 45 minit je dari KL ke Ipoh. Berapa km per hour dia bawa kereta. Gila punya laju. 

4. Aku beritahu masuk awal bulan Jun 2016, tapi dia merayu nak masuk awal 20 May sebab owner sewa rumah lama dia nak masuk rumah. Aku pun dengan rasa kesian, bagi la kunci untuk dia pindahkan barang. 

5. Waktu tu grill rumah dengan lampu kipas tak pasang lagi. Sebab aku target awal bulan Jun baru semua settle. Tapi sebab dia nak duduk terpaksa aku push contractor untuk siapkan. Kesian punya pasal. 

6. Macam biasa kita merancang Allah yang tentukan. Contractor pula minta delay. Bila aku explain kat wife dia, husband dia naik angin. Time ni aku bertambah tak sedap hati. Tapi fikir sebab dah sign agreement, deposit pun dah ambil, barang dia pun dah ada kat rumah, aku abaikan.

7. Bulan Jun dan July sewa rumah lewat bayar. Kena aku ingatkan baru bayar. Bulan Aug aku saje tak cakap apa apa, sampai masuk bulan Sep tak bayar juga. Janji terus janji tapi tetap tak bayar. 

8. Lepas tu aku check bil api tak bayar langsung selama dia duduk. Bila tanya alasan dia electric leaking. Gila first time dengar bil api tinggi sebab electric leaking. Tak apa lah, aku tanya membe aku sorang ni, dia ni chargeman. Confirm la kan dia expert pasal electric ni. Aizat Razak nama dia (single and available 😜). Tanya lagi sorang membe engineer TNB. dua dua cakap bukan leakage. Electric bukan macam air. Meter pun baru. Electric tinggi sebab penggunaan. 

9. Lepas tu aku check pula bil air. Pun tak pernah bayar. Yang ni lagi teruk sebab LAP (Lembaga Air Perak) dah potong air sebab dia tak bayar. Tapi dia curi air. Dia potong seal dengan mangga kat meter air. Kena denda sebab curi air. Macam biasa, aku yang kena bayar. Aku tak tahan aku bagi notis keluar rumah selama sebulan lebih (dalam perjanjian sebulan je.masih ada lagi hati perut, aku lajak kan sampai sebulan lebih). Call tak nak angkat, sms whatsapp tak reply. 

10. Aku ambil keputusan datang rumah. Banyak kali datang tapi panggil tak keluar. Samaada memang tak ada kat rumah atau tak nak keluar. Tapi compressor air cond pasang. 

11. Satu hari tu, aku datang pagar dengan sliding door terbuka. Kali ni memang tak boleh lari. Yang best nya husband dia ada kat rumah tapi hantar wife dia deal dengan aku. Tipu cakap husband tak ada kat rumah padahal aku nampak kelibat husband dia kat dalam rumah. Dah bagi notis sampai 30 Oct. Masih tak keluar keluar. Bila aku datang tengok rumah. Lampu kipas semua terbuka. 

12. Tanya jiran (melayu) cakap 24 jam tak tutup. Aku dah mula risau. Nanti aku yang kena bayar. Waktu sembang dengan jiran aku ni, banyak la dia cerita pasal penyewa aku ni. 3 line cari dia kat rumah sebab kes tipu jual beli kereta (husband dia cakap kat aku mula mula waktu sewa rumah dia buat business). Baru aku tau business tipu orang rupanya. dengan aku sekali kena tipu. 

13. Satu lagi jiran sebelah rumah aku (cina) punya compressor kena curi dengan penyewa aku. bukti ada sebab jiran aku ni pasang cctv dan dah buat repot polis. Polis tanya nak ambil tindakan ke tak sebab ada bukti cctv, tapi jiran aku ni tak nak sebab tak nak ada masalah dengan penyewa aku ni. Lepas tu order pizza guna duit palsu, sampai pekerja pizza datang cari dia kat rumah. Pemaju punya mesin bancuh simen pun dia rosakkan sebab bising kacau dia tidur (malam dia keje siang dia tidur). Kesian betul pemaju tu. 

14. Aku minta keluar, tak nak. Minta kunci pun tak nak bagi. Lepas tu aku buat laporan polis untuk pecah masuk rumah aku. 

15. Pagi buat laporan, malam tu aku dengan seorang anggota CPJ (cawangan pencegah jenayah) potong mangga kat pagar dengan grill. Keluar kan semua barang dia termasuk sebuah motosikal. Nasib baik barang dia tak banyak. Tapi berpeluh juga lah nak keluarkan semua. 

16. Malam tu juga aku sms mak dia (mak dia ni duduk dekat je dengan rumah aku) cakap aku dah buat laporan polis dan keluarkan barang anak dia. Dan akan buat laporan polis sekali lagi (cover report). Esok pagi tu jiran aku (melayu) whatsapp beritahu pagar rumah aku kena cabut. Aku memang syak perbuatan penyewa aku sebab dia ambil motosikal dia. 

17. Mak dia yang confirmkan yang anak dia ambil motosikal tu dengan rosakkan pagar aku. Seminggu lepas tu, aku dengan mak ayah aku kemaskan rumah tu. Cat balik pagar yang dia rosakkan, buang bonggol kat jalan yang dia buat sendiri (nasib baik jiran aku tak lapor pada majlis). 

18. Dua hari juga lah aku dengan family aku nak repair rumah tu. Keesokan hari nya, dia baling cat kat pagar dengan grill sliding door rumah. Pehh..memang berapi la kepala aku waktu tu. Tapi sebab wife aku nasihat kan, sejuk balik. Bayangkan penat penat repair dia rosakkan balik. aku dah fikir masak masak.. aku nak ambil tindakan mahkamah. nak bagi pengajaran kat dia jangan tipu orang lagi dan tak nak orang lain kena macam aku kena. 

19. Mahkamah tuntutan kecil ni syarat nya nilai tuntutan mesti bawah RM 5000..kalau atas RM 5000 kena guna lawyer. Pergi mana mana majistret minta permohonan untuk tuntutan kecil. Lepas tu nanti mahkamah akan bagi borang untuk isi. 

20. Lepas kita isi semua detail tu, failkan sekali bukti bukti dan hantar ke mahkamah. Mahkamah akan failkan dan beri tarikh perbicaraan. Dikenakan sedikit bayaran. Tak sampai RM 50. Lepas dapat tarikh perbicaraan, kena hantar ke defendan melalui pos berdaftar. 

21. Hari ni tarikh perbicaraan aku. Seperti yang dijangka defendan tak hadir. Walaupun defendan tak hadir perbicaraan tetap dijalankan.. Banyak soalan daripada Puan Majistret tujukan kat aku. Salah satunya tentang bagaimana penyampaian writ saman aku kepada defendan. Aku hantar melalui pos berdaftar tapi dipulangkan balik. 

22. Tapi aku beritahu yang aku ada hantar whatsapp kat defendan tapi defendan baca dan reply dengan kata kasar. Aku cakap la kat Puan Majistret saya tak boleh cakap perkataan tu tapi kalau nak tengok whatsapp tu saya masih simpan. Puan Majistret tu cakap, saya tak nak tengok, saya nak tau apa dia cakap. Aku pun apa lagi, aku cakap la "fu*k you" depan depan majistret. 

23. Tapi nasib baik dia tak ketuk meja letakkan hukuman kat aku sebab hina majistret..😂 Semua aku cerita kat Puan Majistret pasal penyewa aku dengan bukti bukti sekali. Marah betul dia dengan penyewa aku tu. Kira nak menang kes tu cerah lah..hehe. 

24. Siap dia bagi tips nak bagi sewa rumah. Memang sempoi Puan Majistret ni. Tarikh perbicaraan ditunda. Aku diminta oleh Puan Majistret untuk buat afidavit penyampaian ganti.

Diceritakan oleh Muhd Lazaro Mansor

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif