Khamis, 8 Disember 2016

DS Husni Simbol Kepada Kepincangan Pengurusan Kewangan Najib


1. "No Matter What People Take Away From You, Never Let Them Take Away Your Dignity. Dignity Is Essential For The Future Of A Nation..." - dshh 

2. Bila ditanya pada Dato' Seri Husni Hanazlah apa perasaan beliau apabila terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang diluar dugaan sejak berhenti dari jawatan menteri 27 Jun 2016 dan setelah beliau berucap di Parlimen pada 24 Oktober 2016 yang lalu? 

3. Dato' Seri jawab .... "Untuk menegakkan perjuangan..kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Tetapi kita mesti sanggup hadapi semuanya demi masa depan Negara dan Rakyat."

4. Persoalannya, apakah rahsia yang disimpan beliau sehingga begitu nekad meninggalkan kementerian kewangan yang mana kementerian yang paling kanan dalam kabinet. Jika tak kerana angin, pokok tidak akan bergoyang.

5. Lambat laun, Allah akan pertemukan jawapan kerana yang batil tidak akan kekal lama. 

6. Moga pengorbanan DS Husni, TS Muhyidin Yassin, Tun M, dan DS Mukhriz Mahathir dibayar dengan sesuatu yang indah pada masa-masa yang akan datang.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif