Ahad, 18 Disember 2016

Faiz Adalah Salah Seorang Penjawat Awam Yang Berani


1. Bagaimana seorang penjawat awam begitu berani menzahirkan kritikan kepada kerajaan yang mengajinya di media sosial tanpa ada sesiapa pun mengambil tindakan padanya.


2. Sehinggalah dia sanggup dan berani komen pedas dalam status FB nya berkenaan dengan YDP Agong.

3. Bukan sahaja kritikan berkenaan, bahkan di dalam akaun FB nya sarat dengan kenyataan anti kerajaan.

4. Tamingsari tidak kata seorang penjawat awam semestinya menyokong kerajaan namun yang salahnya adalah dengan terangan menzahirkan sokongan kepada pembangkang dan bersama mereka mengkritik kerajaan secara terbuka. Malang, Parti Amanah yang disokongnya menafikan mengenali beliau sebagai usaha awal mahu sorok tangan selepas baling batu. Walaupun jelas si Faiz ini amat bangga bergambar di sebelah banting berlogo Amanah yang mirip logo sebuah stesen media di India. Baca di sinar harian


5. Faiz dilihat begitu berani melanggar arahan Ketua Setiausaha Negara melarang penjawat awam menyertai perhimpunan haram. Keberaniannya terserlah apabila berani meletak gambar dia menyertai perhimpunan bersih di gambar profil FB nya.

6.  Walaupun Faiz cuba menjernihkan keadaan dengan memohon maaf di dalam FB nya namun netizen masih melihat ia belum cukup untuk menghukum keterlanjurannya. Lihat video dibawah :


7. Dia dikenalpasti bertugas sebagai Doktor Percubaan di Hospital Kerajaan di Klang perlu dikenakan tatatertib kerana kesalahan menghina kredibiliti YDP Agong dan kesalahan menyertai perhimpunan haram Bersih. 

8. Amat kesal kerana seorang yang lahir dalam naungan kerajaan dan menikmati subsidi kerajaan semasa proses persekolahan dan berkemungkinan juga tergolong dari mereka yang dibantu kerajaan semasa tragedi Arab Spring di Mesir dahulu bertindak anti kerajaan secara keterlaluan.

9. Faiz perlu bertanggungjawab dan tidak hanya menjawab amarah netizen yang sayangkan YDP Agong dengan hanya menjawab di FB. Dia harus meletak jawatan sebelum tindakan tatatertib lebih tegas dan merosakan masa depan beliau. Itu lah sepatutnya tindakan seorang yang berani yang menjadi penyambung kepada sikap beraninya sebelum ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kritik DYMM YDP Agong bukanlah satu keberanian sebaliknya satu kerja bodoh. Apatah lagi perkara yang dikritik mengenai YDP Agong itu adalah sesuatu yang terang2 bertentangan dengan kefahaman Islam.

YDP Agong beribadah itu adalah Fardhu Ain baginda. Apatah lagi sebagai Ketua Ugama d Negara ini, rakyat semua telah menerima perbuatan baginda itu dengan positif. Mengusik perbuatan ibadat YDP Agong adalah satu kebodohan dan kejahilan tahap sampah.

Budak ini bukan berani. Dia bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif