Khamis, 8 Disember 2016

Gempa Bumi Acheh : Penduduk Trauma Tsunami


1. Gempa Bumi melanda Acheh di kawasan Pidie Jaya berukuran magnitud 6.4 SR

2. Dilaporkan sehingga pukul 8.00 pagi tadi seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera.

3. Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan. “Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat,” katanya dalam satu temu bual langsung.

4.  Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.

5.  Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit.

6. Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.

7. Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.

8.  Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. “Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih dijalankan. “Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam,” katanya lagi.

9. Sementara itu, penduduk takut dan khuatir air akan naik lagi seperti yang berlaku pada tahun 2014.

10. Kejadian gempa bumi pagi tadi sekali lagi menimbulkan trauma yang mendalam kepada penduduk lebih-lebih lagi mengenangkan pengalaman lalu. 

11.  Rata-rata saksi menceritakan bagaimana orang ramai panik dan mula menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing sejurus gempa dirasakan. 

12.  Bagi penduduk tempatan mahu dikenali Zulfikar berkata, penduduk Aceh tidak akan pernah melupakan sejarah yang melanda bandar tersebut pada tahun 2004 lalu. “Bagi masyarakat Aceh, tsunami itu merupakan satu musibah terbesar yang melanda dan sehingga kini masih lagi menghantui sebahagian besar penduduk di sini. "Pagi ini sekali lagi berlaku, kami semua berdebar-debar risau air laut naik lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online menerusi aplikasi WhatsApp hari ini. 

13.  Sebelum ini, bandar Aceh pernah dilanda tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 nyawa tidak terkecuali termasuklah Malaysia. Pagi ini Aceh sekali lagi dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher yang melanda pada jam 5 pagi tadi menyebabkan lebih 50 orang disahkan meninggal dunia dan ramai lagi cedera apabila rumah-rumah dan bangunan kedai runtuh. 

14.  Salah seorang penduduk, Bahrul Ilmi pula menceritakan detik cemas ketika gempa bumi pagi ini dimaklumkan. “Gempa terjadi sebelum azan Subuh iaitu pada jam 5.03 pagi (waktu tempatan) membuatkan penduduk bangun dari tidur dan berlari keluar dari rumah masing-masing. “Pada mulanya kami risau jika ada ancaman tsunami tetapi setelah diberitahu tiada tanda-tanda tersebut, orang ramai mula tenang,” katanya lagi.  
15. Dalam kejadian 12 tahun lalu, Bahrul telah hilang dua ahli keluarganya iaitu ayah dan adiknya. "Jadi kejadian sebegini lebih kuat mengetuk pintu hati saya untuk lebih berjaga-jaga," katanya yang kini mengusahakan agensi pelancongan. 

16.  Sementara itu, Taufiq Rahmat pula mengatakan bahawa insiden sebegini sering mendatangkan kesan yang mendalam buat warga Aceh. “Keadaan Aceh yang semakin membangun setelah kejadian 12 tahun lepas membuatkan masyarakat seolah-olah lupa akan insiden tersebut, tetapi dengan kejadian pagi tadi seolah-olah mengingatkan kami kembali kepadanya. “Walaupun keadaan sudah mula tenang di sini, ada keluarga yang bersedih kerana kehilangan orang tersayang mereka,” katanya.

17. Tamingsari berdoa agar semua mangsa terlibat tabah menghadapi ujian ini memandangkan kejadian serupa pernah berlaku 12 tahun lalu. 

18. Di Malaysia, kita juga perlu beringat, bahawa negara kita tidak selamanya akan selamat walaupun geografi negara ini bebas dari lingkaran api pasifik.

19. Dengan kemungkaran yang begitu banyak dari bawah sehinggalah ke pimpin no 1 (Najib), bila-bila masa sahaja Allah akan menurunkan balanya buat kita semua. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila-bila masa sahaja Allah akan menurunkan bala pada kita semua apabila kita menyokong pada pemimpin yang sanggup bersekongkol dengan kafir harbi(DAPig-menolak agenda islam) dan memfitnah pemimpin islam..

Tanpa Nama berkata...

Buktikan lah tuduhan ke atas pemimpin Islam kau bernama najib tu salah. Baru kau nak kata ia fitnah.

Saman pun takut. Kacau proses PAC. Itulah namanya takut kerana salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif