Rabu, 7 Disember 2016

Istiadat Lantikan YDP Agong : Jemputan Kepada Tun M Dibatalkan


1. Ini surat sulit kerajaan yang telah tersebar di media sosial. Disini kesetiaan dan integriti penjawat awam memang boleh dipertikaikan kerana bagaimana surat sulit seperti ini boleh tersebar.

2. Tamingsari sangat kecewa melihat kerajaan Najib melakukan penganiayaan kepada seorang negarawan yang banyak berjasa. Dek kerana dendam kesumat dihatinya, dia sanggup menganiaya senior dan mentornya hanya kerana Tun M lantang mempertikai kepimpinannya yang terpalit skandal pelacuran wang negara.

3. Penafian hak Tun M untuk hadir ke Adat Istiadat Pertabalan YDP Agong yang baru iaitu Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 4 merupakan tindakan terbaru kerajaan Najib menafikan hak negarawan ini selepas beberapa arahan yang diterima termasuk menamatkan khidmat pembantu rumah dan menamatkan khidmat esscort kerera rasmi Tun M.

4. Walaubagaimanpun pendedak Najib menjelaskan surat ini tidak ada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri, tetapi semua rakyat tahu, punca semua keadaan ini berlaku. Sangat menyedihkan isi surat itu sangat tidak sopan dan bagai tidak menghormati jasa yang pernah Tun M taburkan selama ini kepada negara.

5. Walaupun begini kezaliman yang terpaksa diterima oleh seorang pejuang, Tamingsari berharap Tun M sentiasa dapat bersabar dan tidak berkecil hati dengan sikap kerajaan yang ada sekarang. Sesungguhnya rakyat bersama di belakang Tun yang sanggup berkorban demi berkata benar.

6. Tamingsari juga amat berharap, Sultan Muhammad ke 4, nampak semua ini dan mampu berbuat sesuatu demi membetulkan keadaan yang amat parah dan sangat menjengkelkan ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif