Ahad, 11 Disember 2016

Isu Surat Palsu Buatan UMNO


1. Tersebar di laman sosial Whatsapp surat palsu kononnya Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan.

2. Sekali imbas, nampak meyakinkan, tetapi hakikatnya palsu semata-mata.

3. Maka dengan tanpa usul periksa pembangkang terus disalahkan oleh UMNO. Maka semua blogger upahannya, cybertrooper dan media belaan mereka mengutuk tindakan itu dan mudah sahaja musuh politik mereka dijadikan kambing hitam walaupun tiada sebarang bukti.

4. Paling lawak, puak pembangkang yang dituduh UMNO itu dengan rela meletakkan slogan Parti Bersatu dalam surat itu serta tidak langsung mengikut format surat rasmi kerajaan.

5. Cukuplah UMNO nak berdrama. Manalah tahu, puak UMNO sendiri melalui unit perang sarafnya mencipta propaganda ini dengan tujuan jahat untuk burukkan nama orang tertentu. Walaupun ia sekadar pandangan tapi ada kebenaran kerana mana mungkin puak Parti Bersatu yang lakukan dan begitu bodoh meletak slogan sendiri dalam surat tersebut.

6. Sebenarnya, rakyat sendiri pun tidak berasa ralat untuk berasa simpati kepada PM dan TPM kerana rakyat lebih rela dan sangat mahu melihat orang-orang UMNO bertaubat dan segera jatuhkan pemimpin yang korup dan salahguna kuasa ini. 

7. Pembersihan dalam UMNO perlu dilakukan segera. Itupun jika UMNO masih mahu berkuasa selepas PRU14. 

8. Maaflah UMNO, nice try

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif