Isnin, 19 Disember 2016

Isu Terputus Bekalan Air : Erti Kata Mudah "Padan Muka PR Selangor"


1. Akhirnya kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR terpaksa mengakui bahawa rancangan kerajaan pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah betul dan tepat dan tindakan mereka yang sering mempolitikkan isu air ini menyebabkan rakyat menderita. 

2. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sekiranya pembangkang tidak mempolitikkan isu ini sudah pasti kini loji tersebut telahpun siap dan masalah air telah dapat diatasi. 

3.  Tetapi dek kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan semua isu tanpa ada sempadan membuatkan perkara penting ini tertangguh begitu lama, katanya. 

4. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin ali yang mengakui masalah air di negeri itu bukanlah disebabkan oleh bekalan air mentah tetapi berpunca daripada akibat kekurangan loji rawatan air. “Secara peribadi saya telah banyak kali menekankan isu pembinaan Langat 2 ini tetapi kerajaan negeri tetap berdegil. 


5. Mereka sering mencampur adukkan isu penstrukturan air dengan pembinaan loji Langat 2. “Ini adalah dua perkara berbeza. Penstrukturan air ialah komersial… Langat 2 adalah untuk pastikan bekalan air terawat mencukupi. “Kini perjanjian penstrukturan air telah ditandatangani tapi air terawat tiada.. sebab apa… sebab Langat 2 tak siap,” ujarnya. 

8. Tambah beliau lagi, kini rakyat terpaksa menunggu lebih kurang empat tahun lagi untuk loji ini disiapkan. “Saya nak bertanya kepada kerajaan negeri Selangor, apakah yang mereka akan lakukan bagi mengatasi masalah air dalam tempoh empat tahun ini dan adakah lebih 700 projek di negeri ini akan diberhentikan kerana masalah air ini. “Kini rakyat yang terpaksa menanggung akibat kerana sikap pembangkang yang berpolitik tidak kena tempat,” katanya lagi.

7. Tamingsari amat sedih kerana terputus bekalan air selama 6 hari adalah sesuatu yang sangat zalim tambahan di negeri Selangor yang rakyatnya padat dan tiada sumber alternatif. 

8. Walaupun TNB hanya mahu menyelenggara asetnya yang memakan masa 16 jam sahaja, pihak SYABAS memerlukan masa 6 hari untuk pulihkan sistem air bersih bagi mengelak bekalan air bersih terjejas. TNB telah menangguh penyelenggaraan ini sejak September 2016 lagi dan kerosakan itu tidak boleh ditangguh lagi kerana akan memberi risiko kepada pelan janakuasa elektrik.

9. Jadi benarlah peri pentingnya projek hidroelektrik Langat 2 dan sistem loji air baru yang boleh saling lengkap melengkapi di saat seperti ini. Sebelum ini rakyat Selangor pernah terkesan dan terpaksa dicatu bekalan air akibat kemarau berpanjangan selepas semua loji bekalan air mereka hampir kontang.

10. Kerajaan Pakatan Selangor harus salahkan diri mereka dan harus bertindak lebih efisyen bagi mengelak rakyat Selangor dari terus terjejas.

11. Berhentilah berpolitik murahan hingga terpaksa membirokrasikan projek yang bermanafaat pada rakyat. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif