Jumaat, 23 Disember 2016

Jamal Siapa Berbanding Dato Siti Nurhaliza?


1. Tindakan Jamal Md Yunos salah seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor ke pejabat SUK Negeri Selangor dengan hanya bertuala telah mendapat respon dari Dato Siti Nurhaliza.

2. Kata penyokong Jamal, apa salahnya kerana Jamal hanya mahu menumpang mandi sambil menganggap perkara itu normal. Jadi normal atau tidak jika ada rakyat Malaysia (Pengemis) yang menjerit-jerit di hadapan Pejabat PM untuk mohon sedikit derma kerana mengetahui dalam akaun PM ada wang RM2.6 Billion. 

3. Mana pergi adab dan tatasusila sebagai seorang pemimpin tambahan pula dia mewakili parti pemerintah persekutuan iaitu UMNO.

4. Amat menghairankan apabila Dato Siti Nurhaliza iaitu seorang seniwati tersohor yang telah menyumbang jasa pada negara melalui bakat semula jadinya hanya membuat caption "Jangan jadi macam Jamal" maka habis para penyokong Jamal menghentam beliau sehingga membuka pekung peribadinya.

Perlukah pertikai kuasa Allah bab anak hanya
kerana "dosa"Jamal?

5. Inilah Tamingsari katakan sebagai rendah mentaliti. Bukankah jelas tindakan Jamal ini tidak memberi apa-apa kesan yang baik. Serta merta di mata semua orang, nama UMNO makin buruk dan di mata dunia yang mana turut mendapat liputan antarabangsa, akan melabelkan pemimpin seperti Jamal adalah seorang yang tiada tamadun dan adab.

6. Berlapang dadalah semua. Apa yang dikatakan oleh Dato Siti Nurhaliza itu adalah betul. Jangan ikut perangai senget macam Jamal terutama kepada generasi muda kerana tindakan itu bukan tindakan seorang manusia bertamadun dan jauh menyimpang dari ajaran Islam.

7. Semua ini berlaku ekoran dari isu bekalan air yang terputus akibat kerja-kerja selenggara oleh TNB di loji air di Hulu Selangor. Namun hari ini (Jumaat, 23 Disember 2016) dijangka bekalan akan pulih 100 peratus. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanya Keling Botol sekalipun, mereka akan kata apa yang Jamal buat itu adalah suatu gimik politik yang Jamal pikir sesuai dengan apa yang dia fikir. Itu adalah satu cara dia 'menunjuk perasaan'.

Apa yang Siti tulis pun adalah satu pandangan politik dia. Akan tetapi, apabila Siti mendedahkan dirinya dengan melemparkan pandangannya dalam medan politik, dia harus menerima segala kritikan mahupun sokongan berhubung perkara itu.

Dalam arena politik, 'Siapa Siti berbanding Jamal?'
Anda boleh menyokong dia dan anda kena terima andai ramai juga yang mengkritik Siti.

Tanpa Nama berkata...

Katalah yg baik, atau diam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif