Rabu, 21 Disember 2016

Jamal Tambahkan Lagi Sikap Bodoh UMNO


1. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian
a. Dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, itu yang dilakukan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos pagi ini di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. 
b. Jamal juga membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini. 
c. “Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah. “Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor. 
d. Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK. 
e. Tambahnya lagi, beliau amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali terjadi dan masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri. 
f. “Sepatutnya, kerajaan Selangor bertanggungjawab dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kerana ia sangat menyusahkan rakyat. “Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?” katanya lagi. 
e. Beliau juga meminta agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mempolitikkan isu ini. “Apabila dimaklumkan mengenai isu ini, mulalah kerajaan negeri mainkan isu politik dan tuduh pihak lain yang bersalah. 
g. “Berhentilah menjadi pemimpin hipokrit yang hanya pandai mainkan isu politik sahaja 24 jam, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa,” tambahnya lagi.
2. Bagi Tamingsari, biarpun ia salah perancangan kerajaan negeri dan kebodohan kerajaan pakatan Selangor yang mempolitikkan isu langat dua seharusnya pemimpin politik bertindak lebih profesional dan tolong rakyat.

3. Kenapa kita harus jadi seorang yang lemah mental dan bertindak untuk cari populariti sehingga jatuhkan maruah diri untuk bertindak seperti ini.

4. Biarpun perangai dangkal begini sering dilakukan oleh pemimpin pembangkang namun dilihat penyakit macamni sudah dijangkiti pemimpin UMNO.

5. Nama UMNO bakal sekali lagi terpalit kekotoran akibat sikap samseng si Jamal yang langsung hilang adab dan pertimbangan. Jamal membawa nama UMNO kerana dia adalah salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Selangor. Rakyat melihat perkara ini bukan satu tindakan yang bijak tapi memburukkan lagi keadaan.

6. Semoga rakyat Selangor terus mampu bersabar kerana tidak apa yang boleh lagi dapat dilakukan. Seharusnya kerajaan Selangor perlu bertindak lebih awal kerana perkara ini berlaku atas perancangan bukannya bencana yang tidak berbau.

7. Semoga bekalan air akan kembali pulih lebih awal dari hari jangkaannya pada hari Jumaat ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif