Jumaat, 9 Disember 2016

Jikalaulah Ada Parti Selain UMNO

1. Kalau ditanya kepada orang Melayu marhain yang tidak ada kaitan dengan UMNO yang mana hidupnya bergantung kepada usaha dan titik peluhnya sendiri pasti setuju jika ada parti yang lebih baik dari UMNO pasti kita akan pilih yang diganti.

2. UMNO sudah rosak. Sejak usia UMNO masuk ke tahun 90 an dan seterusnya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang ekslusif. Bermaksud ia bagaikan hak individu dan kumpulan tertentu.

3. Jadi oleh kerana ia sudah jadi hak milik orang tertentu, yang setia dan berdamping dengan orang itu akan mewah dengan kesenangan kerana modus operandi mereka umpan rakyat dengan projek tetapi projek itu selalunya dapat kepada kroninya sahaja.

4. Di mata rakyat biasa itulah yang mereka nampak. 

5. Apabila tiba perhimpunan agong UMNO maka keluarlah kenyataan retorik yang akhirnya tindakan susulan tidak diambil. Pemimpin UMNO akan bertindak jika ianya mnguntungkan dirinya samaada dalam bentuk duit atau pengaruh.

6. Contoh, jika isu berbangkit soal jambatan. Jika terlaksanalah projek itu maka dari majlis pecah tanah ke majlis perasmian jambatan pun nilai perbelanjaan majlis boleh dibina pula jambatan kedua. Sudahlah kontraktor yang buat jambatan itu kroni yang buat, duit anjur majlis pun kroni yang dapat. Sudahnya rakyat hanya dapat jambatan. Kalau nasib tak baik, jambatan yang dapat pula tiada kualiti. Bagi pemimpin UMNO mereka sudah berjasa kerana rakyat sudah dapat jambatan yang diminta dan rakyat perlu undi UMNO sebagai balasan atas jasa yang ditaburkan itu.

7. UMNO tak perlu nafi contoh di atas kerana sudah terlalu banyak kekayaan yang pemimpin UMNO cipta hasil dari pusing memusing tender dan ejas mengejas peluang dari bajet yang diumumkan setiap tahun.

8. Mari kita selidik dan tengok, siapa ketua bahagian UMNO yang hidupnya susah? Ketua bahagian UMNO walau tiada jawatan dalam kerajaan atau dalam parlimen yang kalah tetap hebat dan berpengaruh dalam kawasan. Tiada bezanya kawasan dia menang atau kalah. Semuanya kerana dia ada king of cash.

9. Hakikatnya, orang Melayu sudah loya dengan nama UMNO. 

10. Presiden NajibRazak MO1 pernah tegaskan dalam salah satu PAU,  yang Melayu akan terbangsat jika UMNO tewas dalam pilihanraya. Kenyataan ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada orang-orang Melayu.

11. Hakikatnya orang UMNO serta parasit yang menumpang pemimpin UMNOlah sebenarnya akan terbangsat jika Melayu tidak lagi memberi undi kepada UMNO kerana periuk nasi mereka sudah terbungkus. Segala duit-duit belakang dan aktiviti ejas mengejas bakal terhenti.

12. Orang Melayu perlu berani menyatakan pendirian, dan sedar bahawa hak mereka sebenarnya terpelihara dibawah perlembagaan negara bukan dibawah UMNO. 

13. InsyaAllah kita doakan, parti Bersatu yang ditubuhkan Tun M bersama TSMY dan DSMM, akan menemui rakan parti yang sesuai dan membina kekuatan baru mengantikan UMNO jika sehingga PRU 14, Najib tidak diturunkan dan UMNO masih tidak berubah. Kita doakan supaya ada jalan untuk menarik sokongan bukan Melayu tanpa perlu kerjasama dengan DAP.

14. Orang Melayu perlu buktikan bahawa tanpa UMNO tidak akan sesekali Melayu terbangsat melainkan terbangsatnya parasit yang menghisap harta rakyat melalui UMNO.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري
Bukan blogger upahan Bersatu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PaRasit yang menghisap harta rakyat adalah pemimpin sejak thn1981.. sampai sekarang pon masih tak puas.. nak lagi..nak lagi.. Bila tak dapat.. Jilat la kahak lendir sendiri.. Phtuiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif