Ahad, 11 Disember 2016

Lagi Kemalangan Maut LPT2


Harian Metro melaporkan 

1. Chukai: Lima sekeluarga maut, seorang parah dalam kemalangan negeri selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang jejambat di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai di sini, hari ini. 

2.  Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kenderaan MPV Hyundai Starex berkenaan dikatakan dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu, terbabas dan merempuh besi penghadang jalan sebelum menghentam tiang jejambat. 

3. Menurut jurucakap polis, kejadian menyebabkan beberapa mangsa tercampak keluar dan lima mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

4. Jurucakap itu berkata, identiti semua mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat dibawa ke Hospital Kemaman. 

5. Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa itu berkonvoi dengan beberapa kenderaan ahli keluarganya dan mereka dikatakan tinggal di Shah Alam, Selangor, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu selepas bercuti di Bukit Tinggi, Bentong.

6. Tamingsari ucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif