Isnin, 12 Disember 2016

MAHA 2016 : Wajarkah Pavilion Perak Diangkat Juara?


1. Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, hari ini. 

2. Sekretariat MAHA, dalam kenyataan, berkata, pavilion tersebut mudah dilihat dari jauh dengan daya tarikan dinding berwarna kuning yang menerapkan elemen tradisional Melayu negeri Perak serta penggunaan bumbung lima, bumbung limas, tunjuk langit dan papan cantik (fascia board). 

3. Selain itu, pavilion tersebut dihiasi dengan anyaman dinding tepas, ukiran di atas jenang tingkap bermotif bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, pintu masuk ke Pavilion Perak ini turut menerapkan penggunaan gegunung yang menyerlahkan keunikan seni bina pavilion tersebut. 

4.  Timbalan exco pertanian negeri, Datuk Dr Zabri Abd Wahid menerima hadiah RM5,000 dan sijil daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi tinjauan mesra timbalan perdana menteri itu pada acara dwitahunan itu. 

5.  Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Pavilion negeri Terengganu meraih tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 dan sijil manakala tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 serta sijil dimenangi oleh pavilion negeri Kelantan. 

6. Kenyataan itu menyebut Pavilion Perak dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Rabu lepas, sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 dan memperkenalkan produk-produk usahawan dari negeri itu. 

7.  Pavilion ini menampilkan dua ruang pameran, sebuah Perak Cafe, ruang jualan buah-buahan, pentas kebudayaan, sudut demonstrasi dan kemudahan bilik rehat. 

8. Pavilion Perak, yang mula dibina pada 11 Mac 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 19 November 2014, turut memenangi tempatan kedua pada MAHA 2014. 

9.  MAHA 2016 dengan tema 'Makanan Kita, Masa depan Kita' diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sejak 1 Disember lepas dan berakhir hari ini.

10. Tamingsari cukup bangga dengan penganjuran MAHA ini. Idea siapakah bermulanya program dan pameran pertanian terbesar yang mendapat liputan antarabangsa menarik pengunjung bukan sahaja pengunjung dalaman malahan luar negara. Menurut sejarah MAHA dihidupkan semula pada tahun 1999 ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri.

11. Pavilon adalah lokasi dimana setiap negeri memperagakan keunikan negeri masing-masing termasuk makanan popular negeri.

12. Tahniah Pavilion negeri perak atas kejuaraan pavilion terbaik.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif