Jumaat, 16 Disember 2016

Misi Menjatuhkan Najib Berubah Kepada Perebutan Kuasa

1. Masih tiada formula.

2. Itulah yang Tamingsari boleh simpulkan dengan situasi semasa parti Bersatu.

3. Mengikut perkembangan presidennya TSMY, pakatan harapan tidak benar-benar kukuh dalam pembahagian kerusi walaupun merancang untuk muafakat bagi bersama-sama menumbangkan UMNO dan BN pada PRU 14.

4. Tamingsari tidak nampak apa-apa kelebihan yang ada pada Bersatu untuk menumbangkan parti berduit dan berpengaruh seperti Barisan Nasional.

5. Mungkin kehangatan sokongan rakyat pada Bersatu juga makin mengendur selepas melihat pemimpinnya terutama Tun M dan TSMY begitu taksub menyokong agenda pembangkang padahal dulu mereka lantang berpendirian sama menyokong tindakan kerajaan.

6. Perangai lalang dan tiada prinsip ini bukan lahir dari seorang pejuang tetapi sikap sesumpah politik.

7. Janganlah kerana terdesak, maruah dan prinsip tergadai. Paling ketara, Bersatu mahu bersama Amanah dan PKR menjadi tali barut DAP yang diketahui gagal menghormati hak orang Melayu dan mencemar kesucian Islam.

8. Dek kerana itu, Tamingsari tidak nampak masa depan Bersatu bersama Pakatan Harapan. 

9. PAS lebih selamat dalam menyatakan pendirian kerana memilih untuk berada di dalam blok ke-tiga.

10. Seharusnya Bersatu bersama PAS kerana dengan bersama PAS, maka undi orang-orang Melayu dapat diselamatkan kerana orang Melayu yang matang berpolitik tidak akan menyokong Amanah atau PKR yang berstongkol dengan DAP.

11. Orang Melayu akan menyokong gabungan PAS dan Bersatu dan tidak lagi mengundi UMNO yang sudah terpatri dengan label parti rasuah, tidak bersih, samseng dan kronisme. UMNO adalah parti cash is king.

12. Jadi jika UMNO tidak berani untuk jatuhkan Najib Razak melalui undi tidak percaya dalam parlimen atau pemilihan UMNO, biarlah rakyat di Pekan yang turunkan beliau dan nafikan beliau sebagai ahli parlimen.

13. Tergamakkah TSMY dan Tun M mahu kuburkan BN secara total kerana sistem yang tersusun dan adil sesama kaum telah ada dalam perlembagaan BN?

14. Hanya kerana seekor presiden UMNO yang merosakan nama BN, maka semua sistem yang baik harus dirosakkan? Jika tergamak di hati kedua-dua pemimpin itu maka jelas, agenda dan misi mereka yang selama ini berniat untuk jatuhkan Najib telah dijangkiti penyakit gilakan kuasa.

15. Cepat-cepatlah bertaubat dan kembali kepada perjuangan sebenar.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif