Isnin, 12 Disember 2016

Parti Bersatu Tidak Harus Bersama Pakatan Harapan


1. Semalam ketika berlangsungnya Konvensyen Parti Amanah Rakyat dan dihadiri oleh dua wakil parti Melayu yang bertindak untuk menjadi pembangkang iaitu PKR dan Bersatu, Tamingsari merasakan ia sebenarnya satu malapetaka baru kepada politik bangsa Melayu.

2. Kewujudan Bersatu telah menambahkan lagi keparahan di dalam kekuatan kuasa orang-orang Melayu jika parti itu mengambil pendekatan yang salah dalam percaturan politik. 

3. Kewujudan parti-parti Melayu ini sebenarnya adalah kerana ketidakpuasan sesuatu isu dalam UMNO dan akhirnya membentuk blok politik mereka sendiri.

4. PAS diwujudkan kerana UMNO tidak serius membawa agenda Islam dalam negara ini. UMNO kononnya wasatiyah dalam mengamalkan Islam memang terlalu wasatiyah sehingga di dalam amalan pemerintahannya kaedah Islam hanya dipilih ikut selera mereka. Ada sesetengah bab, mereka tidak lagi merujuk Islam dan menyebabkan kesan pada sosio budaya Melayu dan negara berada di dalam kekufuran. Namun kewujudan PAS pun sebenarnya tidak membawa banyak perubahan dalam lanskap sosiobudaya Melayu dan masyarakat Malaysia kerana PAS sehingga hari ini masih gagal membawa agenda hudud dan gagal mentarbiah orang-orang Melayu untuk mengikut ajaran Islam sebenar.

5. PKR adalah parti gabungan Keadilan dan parti Rakyat. Kewujudan parti ini jelas adalah untuk membawa agenda keadilan kepada Anwar Ibrahim. Namun sehingga hari ini parti ini masih gagal memberitahu umum apakah prinsip mereka dalam membela nasib rakyat dan orang-orang Melayu. Kekuatan mereka hanya ada, hasil dari kelemahan musuh terutama UMNO. Rakyat memilih PKR sebagai ganti untuk tidak memilih UMNO akibat isu-isu setempat UMNO samaada peringkat kawasan atau parlimen.

6. AMANAH pula adalah sebuah parti yang jauh tersasar akibat pemimpin-peminpinnya gagal menyerlah dalam Pemilihan PAS Pusat. Presidennya Mat Sabu bertindak menubuhkan AMANAH selepas gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS. Golongan Erdogen atau Anwarinas dalam PAS turut mengikut jejak Mat Sabu masuk ke AMANAH. Golongan ini sebenarnya tidak ikhlas membawa agenda hudud PAS malah terus mengumumkan bahawa mereka menolak hudud. Sebenarnya golongan ini lebih mahukan kuasa kerena bagi mereka bersama PAS, mereka sukar mendapat sokongan orang bukan Islam kerana PAS kekal berpendirian untuk terus memperjuangkan Hudud untuk ditegakkan dibumi Malaysia ini.

7. Yang Terakhir, wujudnya Parti Pribumi Bersatu. Ia diwujudkan setelah pemimpin kanannya ditendang dari UMNO setelah jelas menyatakan pendirian melawan presiden UMNO yang terpalit isu 1MDB dan derma RM2.6 billion. Punca atas kewujudan Bersatu jelas berpunca dari kerakusan Najib Razak sendiri. Sikap tidak bertangungjawab dia lah yang gagal menguruskan wang negara dan terpalit pula isu rasuah apabila RM2.6 billion masuk ke akaun pribadinya yang jelas berpunca dari 1MDB. Kisah malang dan memalukan negara ini atas kerakusan seorang Malaysia Official 1 (Najib Razak) ini telah didedahkan oleh akhbar-akhbar antarbangsa WSJ, The Edge dan Sarawak Post. Paling memalukan skandal ini turut didedahkan oleh DOJ Amerika Syarikat dan menamakan anak tiri Najib Razak sebagai orang yang bersalah mengadakan pengubahan wang haram melalui wang pelaburan 1MDB. Jadi atas kejahatan inilah wujudkan kumpulan yang berani membawa kebenaran dan seterusnya menubuhkan parti Bersatu selepas mereka ada yang dipecat dan keluar dari parti.  

8. Tamingsari amat berharap berdasarkan inspirasi rakyat Malaysia sebenarnya mahu parti Bersatu bersama dengan parti PAS untuk membentuk blok baru yang boleh menjadi payung dalam memelihara rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu. Mereka perlu berformula untuk menarik sokongan bukan Melayu untuk menyokong inspirasi mereka. Selepas rakyat masih sangsi dengan kewibawaan PKR dan AMANAH yang berstongkol dengan DAP yang jelas anti Melayu dan Islam, rakyat Malaysia sebenarnya mahu satu perjuangan baru yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib mereka.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Ted Manoff berkata...

Kurang kemas. Pemain2 orang puteh di belakang penubuhan Asia Sentinel, Sarawak Report , Malaysian Chronicles, Malaysiakini serta agenda2 sulit mereka tentang menchorakkan politik Malaysia tidak banyak yang Taming Sari tahu. Taming Sari banyak petik yang di permukaan sahaja.

Taming Sari berkata...

Jadi kau nak kata Tun M dan TSMY juga tak tahu dan tak kenal? Apa alasan nak sangkal dakwaaan mereka sedangkan tindakan saman pun tak dibuat. Apa kau ingat rakyat akan terima alasan seperti ini?

Baru main di permukaan saja Najib Razak dah pancut awal.

Berubah lah wahai UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif