Rabu, 7 Disember 2016

PAU 2016 : WALA Yang Bakal Menjahanamkan Barisan Nasional

Wala lah pada Parti bukan pada Presiden yang terpalit skandal.

1. Kasihan Tamingsari lihat orang-orang UMNO. Kasihan sebab ditipu dgn kemewahan (dedak) dan kekayaan yg sementara. 

2.  Di landasan manakah dikatakan UMNO telah kembali? seperti yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO? 

3. Dan atas tali apakah kini UMNO mahu bergantung? Undi org2 UMNO sendiri mungkin. 

4. Tapi kita kena ingat, ahli UMNO hanya ada 3 juta lebih kurang. Tak semuanya telah daftar pemilih dan besar juga darinya tak wala pun. 

5. Yang dalam PWTC hari itu pun, kalau ditarik sikit "nikmat (dedak)", wala nya akan ke laut. 

6. UMNO sudah tak mampu nak harapkan MCA dan MIC. Agenda kemelayuan UMNO dan masih menanam sifat prasangka kepada bangsa lain sebenarnya mengugat kepercayaan kaum lain pada dua parti komponen ni. Walaupun zahirnya UMNO anti DAP, tetapi hakikatnya, kaum-kaum lain turut terasa dan masih samar memahami maksud "ketuanan Melayu".

7. PAS kini menjadi wadah UMNO untuk dapat simpati undi Melayu. Jadi, jelas lagi bersuluh, kehadiran Presiden UMNO bersama Presiden PAS dalam Solidariti untuk Rohingya sememangnya ada agenda tersembunyi. Zahirnya bagus kerana nampak penyatuan Ummah, namun hakikatnya, semua orang tahu.

8. Namun sebenarnya UMNO lebih malang, PAS bukan mudah nk dipesong walanya pada parti. Tak semudah tu ahli pas nk dibeli undi mereka. Aura Arwah TGNA yang sangat bencikan UMNO dan pesanan arwah supaya ahli pas berhati-hati dengan UMNO masih membara. PAS juga telah banyak belajar dari kepercayaan yang pernah diberi pada DAP. Begitu juga UMNO, mereka hanya berniat atas dasar politik.   Jadi dimana UMNO ingin bergantung? 

8. Rakyat derita kerana UMNO. BRIM tetap rakyat terima tapi ianya takubah seperti duit raya RM2.00 yg diterima budak-budak. Tak dapat membantu sangat dalam mendepani kos sara hidup. UMNO susahkan rakyat dgn GST. Tarik subsidi itu dn ini. Letakkan harga minyak dlm keadaan tak menentu. 

9.  Paling malang, UMNO mendukung biawak hidup yg tak dapat dipisahkan dgn 1MDB dn derma RM2.6 Billion. Dengan gangguan biawak itu pada sistem perundangan dan siasatan menunjuk jelas dia kepanasan dan sanggup buat apa sahaja demi menyelamatkan dirinya.

Komen ini mungkin dikecam. Tp diluar, itulah yg dibualkan rakyat.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif