Rabu, 21 Disember 2016

Pesawat TUDM Terhempas : Penduduk Sangkakan Latihan

1. Beberapa penduduk di kampung berhampiran Pangkalan Udara Butterworth di sini gempar apabila mendengar bunyi letupan kuat dalam kejadian sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa empat anak kapal terlibat dalam kemalangan berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth. 


2. Penduduk, Mohd Syafi Saffree, 22, berkata ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya sedang berehat di sebuah pondok yang terletak tidak jauh dari pintu belakang Pangkalan Udara Butterworth. "Saya dengan kawan-kawan sedang berbual-bu,al, tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan yang cukup kuat. "Masa tu memang tak tau ada kemalangan tu (pesawat), kebetulan kampung kami dekat dengan pangkalan, jadi kami pun pergi ke bahagian belakang pangkalan, tapi lokasinya pun agak jauh, " katanya. 

3. Menurutnya bila sampai di situ dia terlihat kepulan asap yang tebal datang dari arah lokasi kejadian. "Kebetulan masa tu baru terima WhatsApp berkaitan kemalangan tersebut, memang agak terkejut juga tak sangka boleh berlaku," katanya. 

4. Sementara itu, penduduk, Mohd Shamil Mamat, 33, berkata dia berada dalam rumahnya ketika kejadian. "Tiba-tiba dengar bunyi letupan, saya ingat sekadar letupan biasa, mungkin latihan atau sebagainya, sebab rumah saya tak jauh dari pangkalan TUDM, " katanya. 

5. Menurutnya, dia mula menyedari ada sesuatu berlaku apabila mendengar bunyi siren bertalu-talu. "Bila keluar dari rumah, tengok ramai orang berkumpul, tanya-tanya orang ramai baru tahu tentang kejadian tersebut," katanya. 

6. Dalam kejadian kira-kira jam 5.18 petang itu, sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beechraft B200T yang membawa empat anak kapal terlibat dalam kemalangan berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth. 

7. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kemalangan kira-kira jam 5.18 petang itu mengakibatkan seorang meninggal dunia. "Tiga lagi anak kapal yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan. 

8. "Pihak TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.


9. Tamingsari ucapkan takziah kepada keluarga besar TUDM atas kejadian ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif