Jumaat, 9 Disember 2016

Ramai Melayu Terkilan Tun M Bersama DAP


1. Dalam keadaan NajibRazak sudah semakin goyah dengan sokongan Melayu, tiba-tiba Tun M pula boleh duduk di dalam majlis DAP.

2. Tun M sebenarnya sedar bahawa DAP anti Islam dan Anti Melayu melalui prinsip mereka yang mahukan meritokrasi. Namun, ada sesuatu mungkin mahu dipelajarinya. 

3. UMNO sekian lama memberi tongkat kepada orang Melayu. DAP bernasib baik sebab Melayu tidak ghairah mengunakan tongkat itu untuk meningkatkan kemajuan bangsanya.

4. Orang Melayu terus ketinggalan dari segala hal melainkan masalah-masalah sosial. DAP melihat puncanya kerana Melayu sudah begitu lama dimanjakan dengan tongkat.

5. Hakikatnya DAP tidak mampu untuk stabilkan keadaan ini dalam keadaan mereka prejudis untuk menekan Melayu tidak lagi ditongkatkan. Malah DAP juga lantang dan kadang kala mencampuri urusan agama Islam menyebabkan prasangka Melayu pada DAP makin tinggi. 

6. DAP secara terangan menindas orang2 Melayu dan meroboh kampung Melayu di P.Pinang seakan mereka tidak mahu Melayu bersama mereka meneruskan agenda pembangunan negara. 

7. Dilema inilah yang menjadi tanda tanya apakah formula yang boleh digunakan bagi merencah satu politik baru negara ini. 

8. Dalam keadaan kerelevenan Barisan Nasional makin pudar, perlu ada satu formula baru bagi menjaga hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana generasi yang ada dan sedang memacu negara sekarang ini adalah mereka yang lahirnya di Malaysia. 

9. UMNO parti tunjang dalam BN terlalu kemelayuan sehingga kaum lain bagai meluat dan meloya melihat agenda mereka. Parti komponen sukar menarik sokongan kaum cina, india dan lain-lain kerana seakan mengundi BN sama seperti menambah tongkat buat Melayu.

10. DAP harus lebih bersederhana dalam membetulkan keadaan ini dan ianya tidak akan berjaya jika masih ada sifat anti Melayu dan Islam dalam jiwa mereka.

11. Tamingsari amat yakin, Tun M ada perancangan sesuatu yang gagal ditafsirkan oleh kita semua. Dia pernah menerajui Barisan Nasional selama lebih 22 tahun dan pasti formula penyatuan parti komponen sangat difahaminya.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif