Khamis, 1 Disember 2016

RINGGIT MALAYSIA YANG TIDAK STABIL MENGUMBANG-AMBING MASA DEPAN RAKYAT

Hari ini, 1 Dollar Amerika bersama  RM4.47
Matawang negara makin tidak menentu. Kerajaan pula sibuk mempertahankan benang yang basah sehingga mudah menilai suasana dengan membandingkan matawang negara laim yang turut mengalami penurunan nilai yang dikhabarkan lebih teruk dari Malaysia.

Alasan yang diberikan oleh bank negara juga mudah ditambah dengan istilah-istilah yang sukar difahami rakyat. Kegiatan spekulator mata wang di persisir tidak mungkin difahami oleh ramai pihak.

Apa yang didambakan rakyat adalah mereka mahu tahu apakah tindakan drastik kerajaan untuk membendung perkara ini. Bukannya alasan-alasan dangkal yang tidak difahami.

Hakikatnya rakyat negara ini yang berurusan antarabangsa amat tahu apakah kesan langsung kepada penurunan ringgit. Kos eksport / import pasti menjadi lebih mahal. Pertukaran wang RM kepada wang asing pasti dirasai. Urusniaga di negara luar yang sesetengah outlet boleh menerima wang kertas Malaysia kini menolak untuk menerimanya lagi dek kerana nilai ringgit yang berubah-ubah dan tidak stabil. Pelajar-pelajar yang belajar diluar negara menanggung kesan besar apabila wang biasiswa, pinjaman atau kiriman yang bernilai sama di Malaysia, akan menjadi kecil nilainya apabila ditukar kepada wang negara tempat belajar. Sudah pasti keadaan ini menekan pelajar terbabit dan ada setengahnya sudah menamatkan pengajian.

Kesan kepada sosioekonomi negara juga dapat dilihat dengan jelas. produk-produk import pastinya akan mahal. Pengimport terpaksa menangung kos susutnilai pertukaran asing dan akhirnya kos itu terpaksa diserap kepada harga barang yang akhirnya akan ditanggung oleh pembeli. Dari segala konteks ia akan memberi kesan termasuk dalam bidang perubatan dan pembinaan.

Bukan itu sahaja, harga minyak petrol juga bakal terkesan. Ini kerana petrol yang digunakan rakyat adalah petrol yang diimport. Maka pertukaran asing memainkan peranan menentukan harga petrol setiap bulan.

Rakyat masih menanti apakah tindakan yang mahu dilakukan kerajaan bagi membendung perkara ini dan tertanya-tanya bilakah semuanya akan berakhir.

Wallahhu'alam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif