Jumaat, 16 Disember 2016

Secebis Kisah Miskin Bandar - Sedih Sangat


1. "Nenek nak kicap," ujar Safiya kepada neneknya. Sambil berbisik, wanita berusia 38 tahun yang dipanggil nenek itu membalas, 

2. "Mana ada kicap, kan dah lama habis. Makan nasi dengan telur saja ya. Jangan bising-bising." 

3.  Biarpun perlahan suara Rohana Ibrahim berbisik pada telinga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu, masih dapat ‘ditangkap’ oleh telinga saya. 

4.  Pilu menerjah seketika perasaan saya kerana tidak menyangka perbualan yang sarat dengan keinsafan itu menyambut saya sebaik melangkah masuk ke rumah wanita berkenaan di Flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Mulia di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

5.  Tiada yang lebih menyedihkan apabila seorang nenek perlu menyatakan tiada makanan yang diinginkan cucunya walaupun sekadar sebotol kicap. 

6. Apatah lagi jika hanya mampu memberi minum teh kosong sebagai pengganti susu kepada bayi yang berusia empat bulan. 

7. Namun, itulah yang terpaksa dilalui Rohana setiap hari. Kuala Lumpur -13 Dis 2016-Rohana Ibrahim (38) bersama tiga cucunya Dek kerana desakan hidup yang tidak terhingga, dia tiada pilihan lain terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga cucunya yang berusia antara lapan bulan hingga tiga tahun. 

8. Ibu kanak-kanak itu, yang juga anak perempuan sulung Rohana, tinggal berasingan kerana perlu bekerja jauh dari flat tersebut. 

9.  Memahami kesusahan hidup yang ditanggung anaknya untuk menyara keluarga, Rohana yang juga menghidap penyakit buah pinggang sejak sembilan tahun lalu, sedikit pun tidak berasa terbeban untuk menjaga cucu-cucu yang merupakan darah dagingnya. 

10. Namun, terselit rasa terkilan kerana dia tidak dapat memberikan kehidupan yang sempurna buat kanak-kanak itu. 

11. Bukan kata makanan berkhasiat, nasi dan susu juga tidak mampu disediakan. Malah, dia juga tidak dapat merawat masalah ekzema kronik yang dialami cucunya. 

12.  Menurut Rohana, nasi di dalam periuk ini merupakan yang terakhir Rohana yang tidak bekerja, bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, termasuk bekalan makanan seperti beras, tepung, gula dan susu. 

13. Suaminya pula tidak mempunyai kerja tetap kerana menghidap sakit pada paru-paru. “Biasanya bekalan beras dan keperluan lain habis sebelum sempat sampai bekalan baharu. J

14. Jadi sementara menunggu bekalan, anak-anak dan cucu-cucu makan apa sahaja yang ada, biasanya biskut yang masih tinggal. “Jika beras habis, cekodok tepung jadi makanan ruji kami. 

15. Anak-anak tidak banyak kerenah tetapi kesian pada cucu yang baru berusia setahun dan lapan bulan kerana mereka ada masalah ekzema, yang sepatutnya tidak boleh makan telur dan ikan bilis.

16.  “Masalahnya, saya tidak mampu beli lauk lain. Hendak beli susu untuk mereka pun tidak cukup duit, apatah lagi hendak sediakan ayam dan sebagainya,” ujarnya sebak. 

17.  Ketika kunjungan saya dan jurugambar ke kediamannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. 

18. Rumah yang diduduki mereka tidak ubah seperti stor menyimpan barang-barang lusuh. 

19. Tiada katil, peti ais, mesin basuh, almari dan kerusi, hanya beberapa buah plastik hitam yang dipenuhi dengan kain baju milik seluruh ahli keluarga itu. 

20. Paling membimbangkan, rumah didiami sembilan beranak itu termasuk suami, empat anak berusia antara 9 hingga 18 tahun dan tiga cucunya bakal disita ekoran gagal melunaskan sewa bulanan sebanyak RM124 sehingga mencecah tunggakan lebih RM10,000. 

21. Mengenangkan bakal kehilangan rumah yang menjadi tempat berteduh sejak 14 tahun lalu, hati Rohana jadi tidak keruan.

22. Katanya, masalah tunggakan berlaku sejak 2005 apabila suaminya berhenti kerja dan anaknya pula terlibat dengan kemalangan, menyebabkan kedua-duanya tidak dapat bekerja sehingga terputus sumber pendapatan seluruh keluarga. 

23. Sedaya upaya Rohana cuba menyelesaikan masalah itu, namun pelbagai kekangan menyebabkan dia tidak dapat melunaskan tunggakan itu sehingga akhirnya menerima notis sita terakhir daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu dan bekalan air akan dipotong. 

24.  Rohana Ibrahim bersama anaknya Raihan Mohd. Rafiee (kiri) dan Akui wanita itu, sekiranya terpaksa juga keluar dari rumah itu dan merempat di bawah jambatan atau kaki lima sekali pun dia pasrah. 

25. Namun, apa yang menyedihkan bagaimana nasib anak dan cucunya yang masih kecil dan memerlukan tempat perlindungan. 

26. "Saya tidak kisah hidup melarat, tetapi setiap kali melihat wajah anak dan cucu-cucu saya ini, saya jadi sayu. 

27. Boleh kata hampir setiap malam saya menangis sendiri. “Saya mengaku, saya bukan ibu dan nenek yang baik kerana tidak dapat menjaga mereka seperti orang lain. 

28. Tetapi saya sahaja yang mereka ada, jika saya tiada satu hari nanti, macam manalah mereka akan teruskan hidup,” katanya sambil air mata laju mengalir. 

29. Ditanya adakah dia terbeban dengan keadaannya itu, Rohana mengakui, menerima seadanya ketetapan Tuhan dan mahu teruskan hidup. 

30.  “Saya masih mempunyai emak yang tinggal di Sentul. 

31. Setiap minggu saya akan jenguk emak dan usung anak dan tiga cucu saya menaiki LRT. 

32. Bukan mudah nak naik LRT dengan budak-budak ini, tetapi saya gagahkan kerana saya masih ada emak yang perlu dijenguk dan dijaga,” katanya. 

33. Ketika ini, Rohana menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan zakat daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebanyak RM500 termasuk keperluan makanan harian selain turut menerima upah mengurut orang. 

34. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun: Siti Hajar Ibrahim Mohd MAYBANK 114348155510.

Sumber

35. Ini adalah secebis kisah dari kehidupan warga kota di Lembah Klang. Amat pilu dan sedih melihat tabahnya seorang wanita menanggung beban yang amat berat.

36. Moga keluarga ini menemui sinar dalam hidup mereka dan ada dermawan yang sudi membantu mereka.

37. Bila baca keadaan seperti ini, terfikir Tamingsari, kasihan kerana orang seperti ini juga perlu membayar GST walaupun nilainya tidak tinggi. Adilkah sistem cukai seperti ini?

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif