Jumaat, 2 Disember 2016

SEORANG NEGARAWAN BERTINDAK DAHULUKAN BANGSA.


Terlalu kurang ajar mengelar seorang yang berjasa sebagai derhaka. Padahal si mulut puaka seperti Najib Razak tidak layak diiktiraf sebagai pembela Melayu. 

Pada 4 Disember 1997 , Tun.M yang ketika itu sebagai Perdana Menteri telah mendedahkan kepada Dunia di PBB bahawa orang yang pertama mengelilingi dunia melalui pelayaran ialah seorang MELAYU yang beliau namakan sebagai Henry The Black, bukan Ferdinand Magellan. Henry The Black juga di kenali sebagai " Panglima Awang." 

Lantaran itu, Henry The Black jugalah yang menemukan bahawa bumi berbentuk bulat, bukan rata seperti yang disangka oleh masyarakat ketika itu. Sebelum dakwaan tersebut di buat , Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendeklemasikan sajak dalam Majlis Malam Puisi Utusan Malaysia pada 4 Mei 1996 bertajuk " PERJUANGAN BELUM SELESAI " Lalu pada 2 Februari 1999 , Dato' Azhar Mansor pula mengelilingi Dunia dengan kapal Layar dan merencanakan perlayaran tersebut memgambil masa 100 hari. 

Namun Perlayaran tersebut terpaksa di panjangkan selama 190 hari berikutan tiang layar kapal nya yang bernama " Jalur Gemilang " patah di Selatan Amerika. Dato' Azhar Mansor akhirnya di dakwa telah menganuti Kristian dan ini telah di nafikan beliau dengan bersumpah di hadapan Perwakilan UMNO di Dewan Merdeka PWTC di hari akhir Persidangan. " Saya Anak Melayu Islam, Beriman Pada Allah" Dato' Azhar Mansor di petik sebagai berkata pada 17 Nov 2006 di era Pak Lah sebagai Perdana Menteri. 

Dengan izin Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya dan tidak ingin Bangsa yang dirahmatiNya ini terus ditipu oleh para penjajah kafir laknatullah maka pada tahun 2003 Manuskrip Undang-Undang Kedah telah dibawa balik ke Malaysia oleh Tun.M dari England. Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan lalu usaha tersebut telah di realisasikan pada 2005.

Dalam tempoh akhir, Tun.M sebagai Perdana Menteri, melalui pemahaman yang tinggi mengenai sejarah , beliau telah mengilhamkan pembinaan KLCC berbentuk rebung yang ilhamnya di petik dari Angkor Wat. Nu San Ta Ra @ Nusantara adalah bermaksud " Tunas Yang Akan Tumbuh ", bersesuaian dengan bentuk Rebung. Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Kg . Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. 

Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh Anak Bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan iaitu bertemakan Melayu-Siam - Malaysia-M. Kg.Prang Besar ( Prisent 4 ) Putrajaya asalnya adalah Tapak Medan Perang Belanda-Malaka yang telah tercetus pada 1641 yang mengakibatkan jatuhnya Kota Lukut di Hilir Malaka ke tangan Belanda. Kini , Kota Lukut terletak dalam Jajahan Negeri Sembilan yang terbentuk selepas penaklukan Kota Lukut oleh Belanda. Begitulah gigihnya usaha Tun.M dalam menyebar risalah Bangsa yang mana beliau sendiri dari darah Merong Maha Wangsa melalui ibunya Wan Tempawan dari jenerasi Mahsuri berdarah Bendahara Kota Kulut di Kedah. 

Gelaran " Che Det " adalah kerana ibunya " Wan " berkahwin dengan rakyat kebanyakkan iaitu Muhamad Bin Iskandar. Jasanya mungkin tidak lagi di kenang oleh pemain politik tetapi tetap di kenang oleh "Anak Kedah" serta rakyat Malaysia yang memahami dasar dan prinsip perjuangan beliau.

Wallahhu'alam

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah jilat bontot DAPig.. apalagi nak gelar.. kalau bkn bangsat..

Tanpa Nama berkata...

Jilat bontot jow low bangsat mana pulak yg jilat? Bodoh punya UMNO.

Dah elok Tun Mahathir naik nama Malaysia, Najib senang2 burukkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif