Jumaat, 9 Disember 2016

Sila Pulang Ke Negara Asalmu Wahai Burmese


1. Ada sesiapa terkesan apabila Myanmar halang rakyatnya berkerja di Malaysia?

2. Pihak swasta yang mengajikan mereka pasti terasa namun perasaan majikan itu usah dilayan kerana kita punya pilihan yang banyak.

3. Pendirian Malaysia jelas menentang tindakan Myanmar menzalimi etnik Rohingya namun adakalanya pendirian Malaysia masih goyah seperti di dalam persimpangan dilema yang buntu.

4. Walaupun MO1 telah bersama Presiden PAS di dalam Solidariti Mengecam Myammar baru-baru ini, ia sebenarnya tindakan sekadar melepaskan batuk ditangga saja.

5. Tindakan yang lebih ekstrim masih gagal dilakukan Malaysia. Sila rujuk apa yang dilakukan Tun M semasa konflik Serbia menzalimi Bosnia dan tak perlulah Tamingsari jelas kan disini.

6. Apakah pendirian Malaysia selepas begitu terang Myanmar mencabar Malaysia termasuk rakyatnya melakukan demo sehingga menghina gambar pemimpin kita termasuk Sultan kita? Yang kita lakukan adalah menghantar PAT mengadakan perbincangan damai seolah kita pula yang beralah dan bersalah.

7. Kerajaan Malaysia harus ada pendirian lebih jelas dan jitu jika benar mahu membela nasib etnik Rohingya.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif