Jumaat, 9 Disember 2016

Teka Lembu Sado di MAHA 2016 adalah Judi


1. JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016? Saya ditanya berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini.

2. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :- 1 tekaan : RM 10 3 tekaan : RM 20

3.  Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000.

4.  Jawapan saya Ia adalah jelas sebuah perjudian.

5. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti al-baijuri adalah :-

 هو كل لعب تردد بين غرم وغنم .
Ertinya: Suatu pertandigan yang mana peserta terdedah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)

6.  Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib' yang besar. 

7. Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah. 

10. Ia masih pada hukum judi walaupun jika penganjur berkata bahawa duit yuran yang dibayar peserta itu akan disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi.

11. Ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketika yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran dan berpeluang menang lebih banyak untung atau kalah wang penyertaan. 

12.  Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. 

13. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. 

14. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw 

 من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق 
Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)

15.  Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya. 

16.  Ia hanya TIDAK JUDI jika peserta masuk meneka secara percuma tanpa bayaran. 

Presiden MURSHID

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif