Sabtu, 17 Disember 2016

The Red Warior Bakal Lari Dari Medan Perang? Mana Pemimpin?


1. Rakyat Kelantan pasti kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan yang mahu menarik diri dari menyertai Liga Malaysia 2017.

2. Ini berikutan keadaan kewangan KAFA yang sakit dan difahamkan hanya ada RM800,000 sahaja walhal kos penyelenggaraan pasukan mencecah RM 12 Juta.

3. KAFA sebenarnya makin tenat selepas presidennya Annuar Musa meletak jawatan kerana sebelum ini Annuar lah watak penting dalam mencari duit buat KAFA.

4. Amat malang, pasukan yang pernah mengharumkan nama negeri Kelantan itu tidak langsung mendapat pembelaan dari kerajaan negeri yang miskin.

5. PAS Kelantan langsung tidak mahu bertangungjawab malah MB Kelantan sendiri awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa mereka tidak mahu mengambil alih KAFA.

6. KAFA di mata PAS adalah beban dan hanya akan menyusahkan mereka. Macamana PAS nak selamatkan KAFA sedangkan PAS gagal membantu rakyat Kelantan beroleh air bersih di negeri itu. 

7. PAS juga masih dihina kerana masih ramai rakyat Kelantan yang tidak terbela kesan dari banjir besar tahun 2014. Ramai yang masih tiada rumah dan yang menyokong mereka membantu rakyat Kelantan terutama di kawasan Kuala Krai adalah NGO dan sukarelawan.

8. Akhirnya, TRW (The Red Warrior) bakal terkubur.

9. Tamingsari juga hairan. Bagaimana pasukan yang sepatutnya boleh dijadikan batu loncatan pada UMNO Kelantan untuk mendapat sokongan rakyat Kelantan juga mendapat respon sepi dari UMNO.

10. Selepas pengumuman dari Annuar Musa melepaskan jawatan Presiden tiada siapa dari kalangan orang-orang UMNO yang mahu bertangungjawab membela TRW.

11. Hakikatnya pasukan TRW mampu membawa aura menyatupadukan rakyat Kelantan dan jika UMNO pandai manupulasi pasukan ini untuk kepentingan mereka pasti mampu membuah hasil pada parti itu. Selama ini biarpun UMNO yang menguasai tetapi ia masih gagal dimanafaatkan sebaiknya kerana PAS amat bijak potong di selekoh. Akhirnya lembu dapat susu sapi dapat nama.

12. Semasa era kegemilangan TRW PAS dizaman Arwah TG Nik Aziz  pernah mengumumkan pembinaan stadium baru di Pasir Puteh. Sampai ke hari ini Stadium itu tidak wujud walaupun batu penanda selepas progran pecah tanah telah ada.

13. Kerajaan negeri bijak manupulasi pasukan TRW apabila memberi ganjaran lumayan pada pemain selepas kejayaan mereka termasuk menaja pasukan melaksanakan umrah. Akhirnya dimata rakyat, PAS mendapat kredit.

14. Amat malu jika TRW tidak dapat sertai Liga Malaysia 2017 dengan hanya alasan kewangan.

15. Wahai pemimpin, berkorbanlah. Tak kering pun kekayaan korang kerana banyak lagi sumber yang korang boleh sedut kerana rakyat Kelantan sudah lama tidak kisah dan apa yang mereka mahu satu sahaja iaitu maruah TRW terus terbela.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif