Ahad, 25 Disember 2016

Senarai Nama Mangsa Terkorban Nahas Bas Di Pagoh


Seperti dilaporkan oleh Astro Awani

1. Berikut merupakan senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh, dekat sini, awal pagi tadi. 

2.  Senarai itu disahkan oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad. 

3. Menurut beliau, seramai 11 warga tempatan (lima lelaki, enam perempuan), dua wanita warga Singapura serta seorang lelaki lagi belum dikenal pasti, maut dalam nahas tersebut. 

4. Berikut merupakan senarai tersebut: 

  • Mohd Hisham Wahab (Malaysia)
  • Nor Saidatul Akmal Idris (Malaysia)
  • Norfazillah Abu Bakar (Malaysia)
  • Jasmine Kaur (Malaysia) 
  • G. Pala (Malaysia) 
  • V. Renugah (Malaysia) 
  • Nur Amira Izzaty Mohd Razip (Malaysia)
  • Abdullah Hadi Yusof (Malaysia) 
  • Wong Koh Chan (Malaysia)
  • Zakeer Zubir (Malaysia) 
  • Nur Natasya Zahara Zakeer (Malaysia) 
  • Au Poi Kiew (Singapura)  
  • Hamimah Mamo (Singapura) 
  • Lelaki (identiti tidak dikenali)

5. Amat menyedihkan tragedi yang tidak disangka berlaku. Walhal, hampir setiap hari bas ekspres mengunakan laluan yang sama diwaktu yang sama. Bermacam-macam pula syarikat bas yang ada. Tapi takdir menentu segalanya.

6. Tidak dapat menolak kemungkinan faktor pemandu bas penyumbang terbesar kepada nahas ini. Jelas sekali dia mungkin mengantuk dan terlelap kerana saksi kejadian yang melihat tragedi itu menyaksikan yang bas itu dipandu amat laju dan terbabas terbang ke dalam gaung berkedalaman 10 meter dan selepas itu melanggar tembok menyebabkan bahagian hadapan bas hancur. Semua mangsa yang maut adalah mereka yang duduk dihadapan bas.

7. Tamingsari berharap para waris yang kehilangan insan tersayang terus tabah menghadapi ketetapan Allah ini. Moga ada penyelesaian konkrit dapat dibuat bagi mengurangkan kejadian seperti ini berlaku.

8. Buat masa ini, beri ruang pada para waris bertenang dan menerima takdir ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Jumaat, 23 Disember 2016

Jamal Siapa Berbanding Dato Siti Nurhaliza?


1. Tindakan Jamal Md Yunos salah seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor ke pejabat SUK Negeri Selangor dengan hanya bertuala telah mendapat respon dari Dato Siti Nurhaliza.

2. Kata penyokong Jamal, apa salahnya kerana Jamal hanya mahu menumpang mandi sambil menganggap perkara itu normal. Jadi normal atau tidak jika ada rakyat Malaysia (Pengemis) yang menjerit-jerit di hadapan Pejabat PM untuk mohon sedikit derma kerana mengetahui dalam akaun PM ada wang RM2.6 Billion. 

3. Mana pergi adab dan tatasusila sebagai seorang pemimpin tambahan pula dia mewakili parti pemerintah persekutuan iaitu UMNO.

4. Amat menghairankan apabila Dato Siti Nurhaliza iaitu seorang seniwati tersohor yang telah menyumbang jasa pada negara melalui bakat semula jadinya hanya membuat caption "Jangan jadi macam Jamal" maka habis para penyokong Jamal menghentam beliau sehingga membuka pekung peribadinya.

Perlukah pertikai kuasa Allah bab anak hanya
kerana "dosa"Jamal?

5. Inilah Tamingsari katakan sebagai rendah mentaliti. Bukankah jelas tindakan Jamal ini tidak memberi apa-apa kesan yang baik. Serta merta di mata semua orang, nama UMNO makin buruk dan di mata dunia yang mana turut mendapat liputan antarabangsa, akan melabelkan pemimpin seperti Jamal adalah seorang yang tiada tamadun dan adab.

6. Berlapang dadalah semua. Apa yang dikatakan oleh Dato Siti Nurhaliza itu adalah betul. Jangan ikut perangai senget macam Jamal terutama kepada generasi muda kerana tindakan itu bukan tindakan seorang manusia bertamadun dan jauh menyimpang dari ajaran Islam.

7. Semua ini berlaku ekoran dari isu bekalan air yang terputus akibat kerja-kerja selenggara oleh TNB di loji air di Hulu Selangor. Namun hari ini (Jumaat, 23 Disember 2016) dijangka bekalan akan pulih 100 peratus. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Khamis, 22 Disember 2016

Ditipu Penyewa Rumah (Pentingnya perjanjian sewa rumah)


1. Bulan Jun 2016, lepas je dapat kunci aku terus iklan kan sewa rumah. Memang banyak la yang nak sewa. Adalah hamba Allah ni tak sempat sempat nak sewa rumah..desparate katanya..call wife aku jam 3 pagi nak tanya rumah. Terus nak booking rumah. 

2. Cakap memang sopan la. Petang tu datang tengok rumah, bawa adik dengan mak mertua. Terus confirm sewa. Kira ni pengalaman pertama, tak pernah sewa rumah pada orang. Lepas tu bawa husband dengan anak datang sekali lagi tengok rumah. Terus bayar deposit. 

3. Time ni aku dah rasa macam tak sedap hati. Husband dia ni jenis cakap sombong. Dua benda yang aku ingat sampai sekarang. Pertama, dia cakap rumah sewa lama dia bilik sebesar gelanggang futsal. Korang fikir la macam mana besar dia punya bilik. Rumah dia tak tau besar mana pula kan. Kedua, dia cakap dia bawa kereta 45 minit je dari KL ke Ipoh. Berapa km per hour dia bawa kereta. Gila punya laju. 

4. Aku beritahu masuk awal bulan Jun 2016, tapi dia merayu nak masuk awal 20 May sebab owner sewa rumah lama dia nak masuk rumah. Aku pun dengan rasa kesian, bagi la kunci untuk dia pindahkan barang. 

5. Waktu tu grill rumah dengan lampu kipas tak pasang lagi. Sebab aku target awal bulan Jun baru semua settle. Tapi sebab dia nak duduk terpaksa aku push contractor untuk siapkan. Kesian punya pasal. 

6. Macam biasa kita merancang Allah yang tentukan. Contractor pula minta delay. Bila aku explain kat wife dia, husband dia naik angin. Time ni aku bertambah tak sedap hati. Tapi fikir sebab dah sign agreement, deposit pun dah ambil, barang dia pun dah ada kat rumah, aku abaikan.

7. Bulan Jun dan July sewa rumah lewat bayar. Kena aku ingatkan baru bayar. Bulan Aug aku saje tak cakap apa apa, sampai masuk bulan Sep tak bayar juga. Janji terus janji tapi tetap tak bayar. 

8. Lepas tu aku check bil api tak bayar langsung selama dia duduk. Bila tanya alasan dia electric leaking. Gila first time dengar bil api tinggi sebab electric leaking. Tak apa lah, aku tanya membe aku sorang ni, dia ni chargeman. Confirm la kan dia expert pasal electric ni. Aizat Razak nama dia (single and available 😜). Tanya lagi sorang membe engineer TNB. dua dua cakap bukan leakage. Electric bukan macam air. Meter pun baru. Electric tinggi sebab penggunaan. 

9. Lepas tu aku check pula bil air. Pun tak pernah bayar. Yang ni lagi teruk sebab LAP (Lembaga Air Perak) dah potong air sebab dia tak bayar. Tapi dia curi air. Dia potong seal dengan mangga kat meter air. Kena denda sebab curi air. Macam biasa, aku yang kena bayar. Aku tak tahan aku bagi notis keluar rumah selama sebulan lebih (dalam perjanjian sebulan je.masih ada lagi hati perut, aku lajak kan sampai sebulan lebih). Call tak nak angkat, sms whatsapp tak reply. 

10. Aku ambil keputusan datang rumah. Banyak kali datang tapi panggil tak keluar. Samaada memang tak ada kat rumah atau tak nak keluar. Tapi compressor air cond pasang. 

11. Satu hari tu, aku datang pagar dengan sliding door terbuka. Kali ni memang tak boleh lari. Yang best nya husband dia ada kat rumah tapi hantar wife dia deal dengan aku. Tipu cakap husband tak ada kat rumah padahal aku nampak kelibat husband dia kat dalam rumah. Dah bagi notis sampai 30 Oct. Masih tak keluar keluar. Bila aku datang tengok rumah. Lampu kipas semua terbuka. 

12. Tanya jiran (melayu) cakap 24 jam tak tutup. Aku dah mula risau. Nanti aku yang kena bayar. Waktu sembang dengan jiran aku ni, banyak la dia cerita pasal penyewa aku ni. 3 line cari dia kat rumah sebab kes tipu jual beli kereta (husband dia cakap kat aku mula mula waktu sewa rumah dia buat business). Baru aku tau business tipu orang rupanya. dengan aku sekali kena tipu. 

13. Satu lagi jiran sebelah rumah aku (cina) punya compressor kena curi dengan penyewa aku. bukti ada sebab jiran aku ni pasang cctv dan dah buat repot polis. Polis tanya nak ambil tindakan ke tak sebab ada bukti cctv, tapi jiran aku ni tak nak sebab tak nak ada masalah dengan penyewa aku ni. Lepas tu order pizza guna duit palsu, sampai pekerja pizza datang cari dia kat rumah. Pemaju punya mesin bancuh simen pun dia rosakkan sebab bising kacau dia tidur (malam dia keje siang dia tidur). Kesian betul pemaju tu. 

14. Aku minta keluar, tak nak. Minta kunci pun tak nak bagi. Lepas tu aku buat laporan polis untuk pecah masuk rumah aku. 

15. Pagi buat laporan, malam tu aku dengan seorang anggota CPJ (cawangan pencegah jenayah) potong mangga kat pagar dengan grill. Keluar kan semua barang dia termasuk sebuah motosikal. Nasib baik barang dia tak banyak. Tapi berpeluh juga lah nak keluarkan semua. 

16. Malam tu juga aku sms mak dia (mak dia ni duduk dekat je dengan rumah aku) cakap aku dah buat laporan polis dan keluarkan barang anak dia. Dan akan buat laporan polis sekali lagi (cover report). Esok pagi tu jiran aku (melayu) whatsapp beritahu pagar rumah aku kena cabut. Aku memang syak perbuatan penyewa aku sebab dia ambil motosikal dia. 

17. Mak dia yang confirmkan yang anak dia ambil motosikal tu dengan rosakkan pagar aku. Seminggu lepas tu, aku dengan mak ayah aku kemaskan rumah tu. Cat balik pagar yang dia rosakkan, buang bonggol kat jalan yang dia buat sendiri (nasib baik jiran aku tak lapor pada majlis). 

18. Dua hari juga lah aku dengan family aku nak repair rumah tu. Keesokan hari nya, dia baling cat kat pagar dengan grill sliding door rumah. Pehh..memang berapi la kepala aku waktu tu. Tapi sebab wife aku nasihat kan, sejuk balik. Bayangkan penat penat repair dia rosakkan balik. aku dah fikir masak masak.. aku nak ambil tindakan mahkamah. nak bagi pengajaran kat dia jangan tipu orang lagi dan tak nak orang lain kena macam aku kena. 

19. Mahkamah tuntutan kecil ni syarat nya nilai tuntutan mesti bawah RM 5000..kalau atas RM 5000 kena guna lawyer. Pergi mana mana majistret minta permohonan untuk tuntutan kecil. Lepas tu nanti mahkamah akan bagi borang untuk isi. 

20. Lepas kita isi semua detail tu, failkan sekali bukti bukti dan hantar ke mahkamah. Mahkamah akan failkan dan beri tarikh perbicaraan. Dikenakan sedikit bayaran. Tak sampai RM 50. Lepas dapat tarikh perbicaraan, kena hantar ke defendan melalui pos berdaftar. 

21. Hari ni tarikh perbicaraan aku. Seperti yang dijangka defendan tak hadir. Walaupun defendan tak hadir perbicaraan tetap dijalankan.. Banyak soalan daripada Puan Majistret tujukan kat aku. Salah satunya tentang bagaimana penyampaian writ saman aku kepada defendan. Aku hantar melalui pos berdaftar tapi dipulangkan balik. 

22. Tapi aku beritahu yang aku ada hantar whatsapp kat defendan tapi defendan baca dan reply dengan kata kasar. Aku cakap la kat Puan Majistret saya tak boleh cakap perkataan tu tapi kalau nak tengok whatsapp tu saya masih simpan. Puan Majistret tu cakap, saya tak nak tengok, saya nak tau apa dia cakap. Aku pun apa lagi, aku cakap la "fu*k you" depan depan majistret. 

23. Tapi nasib baik dia tak ketuk meja letakkan hukuman kat aku sebab hina majistret..😂 Semua aku cerita kat Puan Majistret pasal penyewa aku dengan bukti bukti sekali. Marah betul dia dengan penyewa aku tu. Kira nak menang kes tu cerah lah..hehe. 

24. Siap dia bagi tips nak bagi sewa rumah. Memang sempoi Puan Majistret ni. Tarikh perbicaraan ditunda. Aku diminta oleh Puan Majistret untuk buat afidavit penyampaian ganti.

Diceritakan oleh Muhd Lazaro Mansor

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Rabu, 21 Disember 2016

Pesawat TUDM Terhempas : Penduduk Sangkakan Latihan

1. Beberapa penduduk di kampung berhampiran Pangkalan Udara Butterworth di sini gempar apabila mendengar bunyi letupan kuat dalam kejadian sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa empat anak kapal terlibat dalam kemalangan berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth. 


2. Penduduk, Mohd Syafi Saffree, 22, berkata ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya sedang berehat di sebuah pondok yang terletak tidak jauh dari pintu belakang Pangkalan Udara Butterworth. "Saya dengan kawan-kawan sedang berbual-bu,al, tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan yang cukup kuat. "Masa tu memang tak tau ada kemalangan tu (pesawat), kebetulan kampung kami dekat dengan pangkalan, jadi kami pun pergi ke bahagian belakang pangkalan, tapi lokasinya pun agak jauh, " katanya. 

3. Menurutnya bila sampai di situ dia terlihat kepulan asap yang tebal datang dari arah lokasi kejadian. "Kebetulan masa tu baru terima WhatsApp berkaitan kemalangan tersebut, memang agak terkejut juga tak sangka boleh berlaku," katanya. 

4. Sementara itu, penduduk, Mohd Shamil Mamat, 33, berkata dia berada dalam rumahnya ketika kejadian. "Tiba-tiba dengar bunyi letupan, saya ingat sekadar letupan biasa, mungkin latihan atau sebagainya, sebab rumah saya tak jauh dari pangkalan TUDM, " katanya. 

5. Menurutnya, dia mula menyedari ada sesuatu berlaku apabila mendengar bunyi siren bertalu-talu. "Bila keluar dari rumah, tengok ramai orang berkumpul, tanya-tanya orang ramai baru tahu tentang kejadian tersebut," katanya. 

6. Dalam kejadian kira-kira jam 5.18 petang itu, sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beechraft B200T yang membawa empat anak kapal terlibat dalam kemalangan berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth. 

7. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kemalangan kira-kira jam 5.18 petang itu mengakibatkan seorang meninggal dunia. "Tiga lagi anak kapal yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan. 

8. "Pihak TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.


9. Tamingsari ucapkan takziah kepada keluarga besar TUDM atas kejadian ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Jamal Tambahkan Lagi Sikap Bodoh UMNO


1. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian
a. Dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, itu yang dilakukan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos pagi ini di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. 
b. Jamal juga membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini. 
c. “Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah. “Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor. 
d. Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK. 
e. Tambahnya lagi, beliau amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali terjadi dan masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri. 
f. “Sepatutnya, kerajaan Selangor bertanggungjawab dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kerana ia sangat menyusahkan rakyat. “Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?” katanya lagi. 
e. Beliau juga meminta agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mempolitikkan isu ini. “Apabila dimaklumkan mengenai isu ini, mulalah kerajaan negeri mainkan isu politik dan tuduh pihak lain yang bersalah. 
g. “Berhentilah menjadi pemimpin hipokrit yang hanya pandai mainkan isu politik sahaja 24 jam, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa,” tambahnya lagi.
2. Bagi Tamingsari, biarpun ia salah perancangan kerajaan negeri dan kebodohan kerajaan pakatan Selangor yang mempolitikkan isu langat dua seharusnya pemimpin politik bertindak lebih profesional dan tolong rakyat.

3. Kenapa kita harus jadi seorang yang lemah mental dan bertindak untuk cari populariti sehingga jatuhkan maruah diri untuk bertindak seperti ini.

4. Biarpun perangai dangkal begini sering dilakukan oleh pemimpin pembangkang namun dilihat penyakit macamni sudah dijangkiti pemimpin UMNO.

5. Nama UMNO bakal sekali lagi terpalit kekotoran akibat sikap samseng si Jamal yang langsung hilang adab dan pertimbangan. Jamal membawa nama UMNO kerana dia adalah salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Selangor. Rakyat melihat perkara ini bukan satu tindakan yang bijak tapi memburukkan lagi keadaan.

6. Semoga rakyat Selangor terus mampu bersabar kerana tidak apa yang boleh lagi dapat dilakukan. Seharusnya kerajaan Selangor perlu bertindak lebih awal kerana perkara ini berlaku atas perancangan bukannya bencana yang tidak berbau.

7. Semoga bekalan air akan kembali pulih lebih awal dari hari jangkaannya pada hari Jumaat ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Selasa, 20 Disember 2016

Duta Rusia ke Turki Ditembak


1. Duta Rusia ke Turki, Karlov, yang ditembak dalam satu serangan dipercayai cubaan bunuh telah disahkan meninggal dunia. 

2. Karlov ditembak ketika dia ingin menyampaikan satu ucapan di sebuah pameran foto di Ankara. 

3. Menerusi rakaman siaran langsung pameran foto itu yang dikongsi oleh wartawan, kelihatan penembak melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian dada Karlov sebelum duta itu jatuh ke lantai.  Tonton video saat-saat pembunuhan itu disini.

4. Menurut TV tempatan, penyerang itu telah pun ditembak mati oleh polis. 

5. Selain itu, penembak itu juga dikatakan memasuki ke pameran itu menggunakan identifikasi polis.

6. Kejadian ini dikatakan berpunca dari krisis Aleppo Syria.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 19 Disember 2016

Tips Penting Yang Wajib Anda Lakukan Lepas Tukar Kad Debit Paywave


1.  Isu tukar kad debit untuk kesemua bank di malaysia sudah pun kita maklum bagi menggantikan kad AoTM yang sedia ada. 

2. Apabila anda menukar kad baru, sistem paywave membolehlan proses pembayaran dilakukan dengan hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. 

3. Ia membolehkan serta memudahkan pengguna dengan hanya menyentuh kad, tanpa perlu memasukkan nombor pin. Tetapi, anda harus berhati-hati kemungkinan kad anda boleh digunakan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan anda amat lah tinggi, lebih-lebih lagi jika dompet anda dicuri, dimana kad anda boleh diakses oleh pencuri dengan senang sekali. 

4.  Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut, saudara Anwar Badroldin telah kongsikan tip yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru anda tanpa disedari.

5. Tips perkongsian yang amat berfaedah dan patut diambil tahu. TIPS berguna untuk pemegang kad debit baharu. 

6. Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan. 

7.  Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah. 

8. Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. 

9. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered) Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri. 

10. Bagaimana nak atasi masalah ini? Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru 
a. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka.
b. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.
c. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.
d. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.
e. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan. 

11. Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. 

12. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku. 

13  Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain. 

14. Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

15. Diharap dengan adanya tips dari perkongsian ini dapat membantu rakyat malaysia agar lebih berhati-hati menjaga kad debit masing-masing.


Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isu Terputus Bekalan Air : Erti Kata Mudah "Padan Muka PR Selangor"


1. Akhirnya kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR terpaksa mengakui bahawa rancangan kerajaan pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah betul dan tepat dan tindakan mereka yang sering mempolitikkan isu air ini menyebabkan rakyat menderita. 

2. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sekiranya pembangkang tidak mempolitikkan isu ini sudah pasti kini loji tersebut telahpun siap dan masalah air telah dapat diatasi. 

3.  Tetapi dek kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan semua isu tanpa ada sempadan membuatkan perkara penting ini tertangguh begitu lama, katanya. 

4. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin ali yang mengakui masalah air di negeri itu bukanlah disebabkan oleh bekalan air mentah tetapi berpunca daripada akibat kekurangan loji rawatan air. “Secara peribadi saya telah banyak kali menekankan isu pembinaan Langat 2 ini tetapi kerajaan negeri tetap berdegil. 


5. Mereka sering mencampur adukkan isu penstrukturan air dengan pembinaan loji Langat 2. “Ini adalah dua perkara berbeza. Penstrukturan air ialah komersial… Langat 2 adalah untuk pastikan bekalan air terawat mencukupi. “Kini perjanjian penstrukturan air telah ditandatangani tapi air terawat tiada.. sebab apa… sebab Langat 2 tak siap,” ujarnya. 

8. Tambah beliau lagi, kini rakyat terpaksa menunggu lebih kurang empat tahun lagi untuk loji ini disiapkan. “Saya nak bertanya kepada kerajaan negeri Selangor, apakah yang mereka akan lakukan bagi mengatasi masalah air dalam tempoh empat tahun ini dan adakah lebih 700 projek di negeri ini akan diberhentikan kerana masalah air ini. “Kini rakyat yang terpaksa menanggung akibat kerana sikap pembangkang yang berpolitik tidak kena tempat,” katanya lagi.

7. Tamingsari amat sedih kerana terputus bekalan air selama 6 hari adalah sesuatu yang sangat zalim tambahan di negeri Selangor yang rakyatnya padat dan tiada sumber alternatif. 

8. Walaupun TNB hanya mahu menyelenggara asetnya yang memakan masa 16 jam sahaja, pihak SYABAS memerlukan masa 6 hari untuk pulihkan sistem air bersih bagi mengelak bekalan air bersih terjejas. TNB telah menangguh penyelenggaraan ini sejak September 2016 lagi dan kerosakan itu tidak boleh ditangguh lagi kerana akan memberi risiko kepada pelan janakuasa elektrik.

9. Jadi benarlah peri pentingnya projek hidroelektrik Langat 2 dan sistem loji air baru yang boleh saling lengkap melengkapi di saat seperti ini. Sebelum ini rakyat Selangor pernah terkesan dan terpaksa dicatu bekalan air akibat kemarau berpanjangan selepas semua loji bekalan air mereka hampir kontang.

10. Kerajaan Pakatan Selangor harus salahkan diri mereka dan harus bertindak lebih efisyen bagi mengelak rakyat Selangor dari terus terjejas.

11. Berhentilah berpolitik murahan hingga terpaksa membirokrasikan projek yang bermanafaat pada rakyat. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Ahad, 18 Disember 2016

Faiz Adalah Salah Seorang Penjawat Awam Yang Berani


1. Bagaimana seorang penjawat awam begitu berani menzahirkan kritikan kepada kerajaan yang mengajinya di media sosial tanpa ada sesiapa pun mengambil tindakan padanya.


2. Sehinggalah dia sanggup dan berani komen pedas dalam status FB nya berkenaan dengan YDP Agong.

3. Bukan sahaja kritikan berkenaan, bahkan di dalam akaun FB nya sarat dengan kenyataan anti kerajaan.

4. Tamingsari tidak kata seorang penjawat awam semestinya menyokong kerajaan namun yang salahnya adalah dengan terangan menzahirkan sokongan kepada pembangkang dan bersama mereka mengkritik kerajaan secara terbuka. Malang, Parti Amanah yang disokongnya menafikan mengenali beliau sebagai usaha awal mahu sorok tangan selepas baling batu. Walaupun jelas si Faiz ini amat bangga bergambar di sebelah banting berlogo Amanah yang mirip logo sebuah stesen media di India. Baca di sinar harian


5. Faiz dilihat begitu berani melanggar arahan Ketua Setiausaha Negara melarang penjawat awam menyertai perhimpunan haram. Keberaniannya terserlah apabila berani meletak gambar dia menyertai perhimpunan bersih di gambar profil FB nya.

6.  Walaupun Faiz cuba menjernihkan keadaan dengan memohon maaf di dalam FB nya namun netizen masih melihat ia belum cukup untuk menghukum keterlanjurannya. Lihat video dibawah :


7. Dia dikenalpasti bertugas sebagai Doktor Percubaan di Hospital Kerajaan di Klang perlu dikenakan tatatertib kerana kesalahan menghina kredibiliti YDP Agong dan kesalahan menyertai perhimpunan haram Bersih. 

8. Amat kesal kerana seorang yang lahir dalam naungan kerajaan dan menikmati subsidi kerajaan semasa proses persekolahan dan berkemungkinan juga tergolong dari mereka yang dibantu kerajaan semasa tragedi Arab Spring di Mesir dahulu bertindak anti kerajaan secara keterlaluan.

9. Faiz perlu bertanggungjawab dan tidak hanya menjawab amarah netizen yang sayangkan YDP Agong dengan hanya menjawab di FB. Dia harus meletak jawatan sebelum tindakan tatatertib lebih tegas dan merosakan masa depan beliau. Itu lah sepatutnya tindakan seorang yang berani yang menjadi penyambung kepada sikap beraninya sebelum ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Sabtu, 17 Disember 2016

The Red Warior Bakal Lari Dari Medan Perang? Mana Pemimpin?


1. Rakyat Kelantan pasti kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan yang mahu menarik diri dari menyertai Liga Malaysia 2017.

2. Ini berikutan keadaan kewangan KAFA yang sakit dan difahamkan hanya ada RM800,000 sahaja walhal kos penyelenggaraan pasukan mencecah RM 12 Juta.

3. KAFA sebenarnya makin tenat selepas presidennya Annuar Musa meletak jawatan kerana sebelum ini Annuar lah watak penting dalam mencari duit buat KAFA.

4. Amat malang, pasukan yang pernah mengharumkan nama negeri Kelantan itu tidak langsung mendapat pembelaan dari kerajaan negeri yang miskin.

5. PAS Kelantan langsung tidak mahu bertangungjawab malah MB Kelantan sendiri awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa mereka tidak mahu mengambil alih KAFA.

6. KAFA di mata PAS adalah beban dan hanya akan menyusahkan mereka. Macamana PAS nak selamatkan KAFA sedangkan PAS gagal membantu rakyat Kelantan beroleh air bersih di negeri itu. 

7. PAS juga masih dihina kerana masih ramai rakyat Kelantan yang tidak terbela kesan dari banjir besar tahun 2014. Ramai yang masih tiada rumah dan yang menyokong mereka membantu rakyat Kelantan terutama di kawasan Kuala Krai adalah NGO dan sukarelawan.

8. Akhirnya, TRW (The Red Warrior) bakal terkubur.

9. Tamingsari juga hairan. Bagaimana pasukan yang sepatutnya boleh dijadikan batu loncatan pada UMNO Kelantan untuk mendapat sokongan rakyat Kelantan juga mendapat respon sepi dari UMNO.

10. Selepas pengumuman dari Annuar Musa melepaskan jawatan Presiden tiada siapa dari kalangan orang-orang UMNO yang mahu bertangungjawab membela TRW.

11. Hakikatnya pasukan TRW mampu membawa aura menyatupadukan rakyat Kelantan dan jika UMNO pandai manupulasi pasukan ini untuk kepentingan mereka pasti mampu membuah hasil pada parti itu. Selama ini biarpun UMNO yang menguasai tetapi ia masih gagal dimanafaatkan sebaiknya kerana PAS amat bijak potong di selekoh. Akhirnya lembu dapat susu sapi dapat nama.

12. Semasa era kegemilangan TRW PAS dizaman Arwah TG Nik Aziz  pernah mengumumkan pembinaan stadium baru di Pasir Puteh. Sampai ke hari ini Stadium itu tidak wujud walaupun batu penanda selepas progran pecah tanah telah ada.

13. Kerajaan negeri bijak manupulasi pasukan TRW apabila memberi ganjaran lumayan pada pemain selepas kejayaan mereka termasuk menaja pasukan melaksanakan umrah. Akhirnya dimata rakyat, PAS mendapat kredit.

14. Amat malu jika TRW tidak dapat sertai Liga Malaysia 2017 dengan hanya alasan kewangan.

15. Wahai pemimpin, berkorbanlah. Tak kering pun kekayaan korang kerana banyak lagi sumber yang korang boleh sedut kerana rakyat Kelantan sudah lama tidak kisah dan apa yang mereka mahu satu sahaja iaitu maruah TRW terus terbela.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tukar Kad : Rakyat Malaysia Suka Bertangguh Dan Last Minute

1. Sekarang ni ramai yang kalut nak tukar kad sebab takut tak dapat keluarkan duit kat ATM. 

2.  RILEK! Kad lama masih boleh pakai kat ATM ye. 

3.  Kad baru ni ada tambahan fungsi MyDebit & Paywave, sangat memudahkan kalau selalu buat payment guna kad. 

4. Kalau korang jenis yang cash term je bayar time shopping/isi minyak/servis kete, tak perlu la susah payah nak tukar kad. 

5. Pada makcik/pakcik2 yang gigih datang dari kampung p bandar naik teksi semata2 nak tukar kad tu tak payah la susah2, penat bazir duit dan masa je. 

6. Nak bayar apa pakai kad kat kampung tu? Fee RM12.70 untuk replace kad tu sebenarnya sudah ada lama bertahun-tahun. 

7. Cuma sekarang ni bank waive fee ni sementara waktu untuk mudahkan orang ramai tukar kad secara percuma. 

8. Pengajarannya, jangan ikut-ikutan sahaja dengan benda viral ni, yang penting faham. Orang bank yang kata wajib tukar tu sebenarnya dah penat nak explain satu2 berulang2, so senang cakap wajib je la!

9. Tamingsari kasihan lihat rakyat Malaysia yang serbu last minute kaunter bank untuk tukar kad.

10. Penerangan pasal kenapa kad itu perlu ditukar pun salah satu cara nak redakan ketegangan yang sedang berlaku di bank.

11. Hakikatnya sikap rakyat Malaysia yang suka bertangguh dan tidak peka menjadi punca segala masalah ini berlaku.

12. Pihak bank sudah bagi arahan tukar kad ini 3 bulan yang lalu dengan kemudahan diberikan cukup banyak. Sehinggakan pegawai bank terpaksa berkerja overtime untuk tolong pelanggan dapat kad baru. Maybank lebih effisyen apabila membuka pertukaran kad secara online dan di pos ke alamat pelanggan.

13. Bagi Tamingsari mereka yang tukar kad awal adalah orang yang bijak dan faham fungsi kad baru ini. 

14. Mereka yang sedang berebut dan beratur menukar kad bank hari ini adalah orang yang lemah dan gagal merancang. Akhirnya akibat tidak mencermin salah sendiri pihak bank pula disalahkan.

15. Rakyat Malaysia, buang lah sikap buruk seperti ini kerana ramai yang bersikap beginilah negara kita pertumbuhan kemajuannya amat perlahan.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Jumaat, 16 Disember 2016

Secebis Kisah Miskin Bandar - Sedih Sangat


1. "Nenek nak kicap," ujar Safiya kepada neneknya. Sambil berbisik, wanita berusia 38 tahun yang dipanggil nenek itu membalas, 

2. "Mana ada kicap, kan dah lama habis. Makan nasi dengan telur saja ya. Jangan bising-bising." 

3.  Biarpun perlahan suara Rohana Ibrahim berbisik pada telinga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu, masih dapat ‘ditangkap’ oleh telinga saya. 

4.  Pilu menerjah seketika perasaan saya kerana tidak menyangka perbualan yang sarat dengan keinsafan itu menyambut saya sebaik melangkah masuk ke rumah wanita berkenaan di Flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Mulia di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

5.  Tiada yang lebih menyedihkan apabila seorang nenek perlu menyatakan tiada makanan yang diinginkan cucunya walaupun sekadar sebotol kicap. 

6. Apatah lagi jika hanya mampu memberi minum teh kosong sebagai pengganti susu kepada bayi yang berusia empat bulan. 

7. Namun, itulah yang terpaksa dilalui Rohana setiap hari. Kuala Lumpur -13 Dis 2016-Rohana Ibrahim (38) bersama tiga cucunya Dek kerana desakan hidup yang tidak terhingga, dia tiada pilihan lain terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga cucunya yang berusia antara lapan bulan hingga tiga tahun. 

8. Ibu kanak-kanak itu, yang juga anak perempuan sulung Rohana, tinggal berasingan kerana perlu bekerja jauh dari flat tersebut. 

9.  Memahami kesusahan hidup yang ditanggung anaknya untuk menyara keluarga, Rohana yang juga menghidap penyakit buah pinggang sejak sembilan tahun lalu, sedikit pun tidak berasa terbeban untuk menjaga cucu-cucu yang merupakan darah dagingnya. 

10. Namun, terselit rasa terkilan kerana dia tidak dapat memberikan kehidupan yang sempurna buat kanak-kanak itu. 

11. Bukan kata makanan berkhasiat, nasi dan susu juga tidak mampu disediakan. Malah, dia juga tidak dapat merawat masalah ekzema kronik yang dialami cucunya. 

12.  Menurut Rohana, nasi di dalam periuk ini merupakan yang terakhir Rohana yang tidak bekerja, bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, termasuk bekalan makanan seperti beras, tepung, gula dan susu. 

13. Suaminya pula tidak mempunyai kerja tetap kerana menghidap sakit pada paru-paru. “Biasanya bekalan beras dan keperluan lain habis sebelum sempat sampai bekalan baharu. J

14. Jadi sementara menunggu bekalan, anak-anak dan cucu-cucu makan apa sahaja yang ada, biasanya biskut yang masih tinggal. “Jika beras habis, cekodok tepung jadi makanan ruji kami. 

15. Anak-anak tidak banyak kerenah tetapi kesian pada cucu yang baru berusia setahun dan lapan bulan kerana mereka ada masalah ekzema, yang sepatutnya tidak boleh makan telur dan ikan bilis.

16.  “Masalahnya, saya tidak mampu beli lauk lain. Hendak beli susu untuk mereka pun tidak cukup duit, apatah lagi hendak sediakan ayam dan sebagainya,” ujarnya sebak. 

17.  Ketika kunjungan saya dan jurugambar ke kediamannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. 

18. Rumah yang diduduki mereka tidak ubah seperti stor menyimpan barang-barang lusuh. 

19. Tiada katil, peti ais, mesin basuh, almari dan kerusi, hanya beberapa buah plastik hitam yang dipenuhi dengan kain baju milik seluruh ahli keluarga itu. 

20. Paling membimbangkan, rumah didiami sembilan beranak itu termasuk suami, empat anak berusia antara 9 hingga 18 tahun dan tiga cucunya bakal disita ekoran gagal melunaskan sewa bulanan sebanyak RM124 sehingga mencecah tunggakan lebih RM10,000. 

21. Mengenangkan bakal kehilangan rumah yang menjadi tempat berteduh sejak 14 tahun lalu, hati Rohana jadi tidak keruan.

22. Katanya, masalah tunggakan berlaku sejak 2005 apabila suaminya berhenti kerja dan anaknya pula terlibat dengan kemalangan, menyebabkan kedua-duanya tidak dapat bekerja sehingga terputus sumber pendapatan seluruh keluarga. 

23. Sedaya upaya Rohana cuba menyelesaikan masalah itu, namun pelbagai kekangan menyebabkan dia tidak dapat melunaskan tunggakan itu sehingga akhirnya menerima notis sita terakhir daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu dan bekalan air akan dipotong. 

24.  Rohana Ibrahim bersama anaknya Raihan Mohd. Rafiee (kiri) dan Akui wanita itu, sekiranya terpaksa juga keluar dari rumah itu dan merempat di bawah jambatan atau kaki lima sekali pun dia pasrah. 

25. Namun, apa yang menyedihkan bagaimana nasib anak dan cucunya yang masih kecil dan memerlukan tempat perlindungan. 

26. "Saya tidak kisah hidup melarat, tetapi setiap kali melihat wajah anak dan cucu-cucu saya ini, saya jadi sayu. 

27. Boleh kata hampir setiap malam saya menangis sendiri. “Saya mengaku, saya bukan ibu dan nenek yang baik kerana tidak dapat menjaga mereka seperti orang lain. 

28. Tetapi saya sahaja yang mereka ada, jika saya tiada satu hari nanti, macam manalah mereka akan teruskan hidup,” katanya sambil air mata laju mengalir. 

29. Ditanya adakah dia terbeban dengan keadaannya itu, Rohana mengakui, menerima seadanya ketetapan Tuhan dan mahu teruskan hidup. 

30.  “Saya masih mempunyai emak yang tinggal di Sentul. 

31. Setiap minggu saya akan jenguk emak dan usung anak dan tiga cucu saya menaiki LRT. 

32. Bukan mudah nak naik LRT dengan budak-budak ini, tetapi saya gagahkan kerana saya masih ada emak yang perlu dijenguk dan dijaga,” katanya. 

33. Ketika ini, Rohana menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan zakat daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebanyak RM500 termasuk keperluan makanan harian selain turut menerima upah mengurut orang. 

34. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun: Siti Hajar Ibrahim Mohd MAYBANK 114348155510.

Sumber

35. Ini adalah secebis kisah dari kehidupan warga kota di Lembah Klang. Amat pilu dan sedih melihat tabahnya seorang wanita menanggung beban yang amat berat.

36. Moga keluarga ini menemui sinar dalam hidup mereka dan ada dermawan yang sudi membantu mereka.

37. Bila baca keadaan seperti ini, terfikir Tamingsari, kasihan kerana orang seperti ini juga perlu membayar GST walaupun nilainya tidak tinggi. Adilkah sistem cukai seperti ini?

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Hari Pertama MRT Percuma : Netizen Beri Komen Di Astro Awani



1. Astro awani telah membuka satu soalan di dalam laman FB nya bertanya tentang komen netizen berkaitan MRT percuma hari pertama hari ini 16 Disember 2016.

2. Tamingsari melihat ramai yang menyokong seorang pengkomen yang mengatakan perkhidmatan percuma itu telah diambil kesempatan oleh warga asing yang diketahui ramai di Kuala Lumpur.

3. Maka, dicadangkan agar perkhidmatan percuma itu hanya diberikan kepada warga Malaysia dan bukan kepada warga asing. Cadangan itu mudah, dan nampak baik namun hakikatnya bagaimana untuk mengasingkan warga Malaysia dengan warga asing? Adakah secara manual?

4. Sudah pasti pengasingan itu perlukan sistem dan relevenkah ia digunapakai sedangkan hadiah percuma itu hanya sebulan dan bakal berakhir 16 Januari 2017 ini?

5. Jadi, tidak ada apa yang boleh dilakukan melainkan sama-sama lah menikmati perkhidmatan ini dan dinikmati secara percuma dalam tempoh sebulan ini.

6. Dengan adanya rangkaian sistem MRT maka ia menambah satu slot baru perkhidmatan awam yang mampu membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lembah Klang serta meningkatan keefisyenan ekonomi dan perniagaan.

7. Tahniah kepada kerajaan dan syarikat MRT Corp kerana berjaya menyelesaikan projek MRT fasa 1 ini dalam tempoh yang ditetapkan serta menjimatkan RM2,000,000,000,000.00 dari kos projek tersebut.

8. Selamat ber #mrt kepada warga kota.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Misi Menjatuhkan Najib Berubah Kepada Perebutan Kuasa

1. Masih tiada formula.

2. Itulah yang Tamingsari boleh simpulkan dengan situasi semasa parti Bersatu.

3. Mengikut perkembangan presidennya TSMY, pakatan harapan tidak benar-benar kukuh dalam pembahagian kerusi walaupun merancang untuk muafakat bagi bersama-sama menumbangkan UMNO dan BN pada PRU 14.

4. Tamingsari tidak nampak apa-apa kelebihan yang ada pada Bersatu untuk menumbangkan parti berduit dan berpengaruh seperti Barisan Nasional.

5. Mungkin kehangatan sokongan rakyat pada Bersatu juga makin mengendur selepas melihat pemimpinnya terutama Tun M dan TSMY begitu taksub menyokong agenda pembangkang padahal dulu mereka lantang berpendirian sama menyokong tindakan kerajaan.

6. Perangai lalang dan tiada prinsip ini bukan lahir dari seorang pejuang tetapi sikap sesumpah politik.

7. Janganlah kerana terdesak, maruah dan prinsip tergadai. Paling ketara, Bersatu mahu bersama Amanah dan PKR menjadi tali barut DAP yang diketahui gagal menghormati hak orang Melayu dan mencemar kesucian Islam.

8. Dek kerana itu, Tamingsari tidak nampak masa depan Bersatu bersama Pakatan Harapan. 

9. PAS lebih selamat dalam menyatakan pendirian kerana memilih untuk berada di dalam blok ke-tiga.

10. Seharusnya Bersatu bersama PAS kerana dengan bersama PAS, maka undi orang-orang Melayu dapat diselamatkan kerana orang Melayu yang matang berpolitik tidak akan menyokong Amanah atau PKR yang berstongkol dengan DAP.

11. Orang Melayu akan menyokong gabungan PAS dan Bersatu dan tidak lagi mengundi UMNO yang sudah terpatri dengan label parti rasuah, tidak bersih, samseng dan kronisme. UMNO adalah parti cash is king.

12. Jadi jika UMNO tidak berani untuk jatuhkan Najib Razak melalui undi tidak percaya dalam parlimen atau pemilihan UMNO, biarlah rakyat di Pekan yang turunkan beliau dan nafikan beliau sebagai ahli parlimen.

13. Tergamakkah TSMY dan Tun M mahu kuburkan BN secara total kerana sistem yang tersusun dan adil sesama kaum telah ada dalam perlembagaan BN?

14. Hanya kerana seekor presiden UMNO yang merosakan nama BN, maka semua sistem yang baik harus dirosakkan? Jika tergamak di hati kedua-dua pemimpin itu maka jelas, agenda dan misi mereka yang selama ini berniat untuk jatuhkan Najib telah dijangkiti penyakit gilakan kuasa.

15. Cepat-cepatlah bertaubat dan kembali kepada perjuangan sebenar.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Rabu, 14 Disember 2016

Tuanku Muhammad Ke 5 Dikagumi

1. Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-15 Buat pertama kalinya dalam sejarah Istiadat Majlis Pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-15 di Istana Negara berlaku perkara-perkara berikut : 

2. Kedudukan isteri isteri jemaah menteri sepenuhnya diasingkan. 

3. Kedudukan Perdana Menteri diletakkan sekali dengan kedudukan jemaah menteri yang lain. 

4. Kerusi Perdana Menteri tidak bersama dengan isteri beliau. 

6. Perarakan DYMM tidak diiringi walau seorang perempuan. 

7. Sejurus perisytiharan pemasyuran Sultan Kelantan sebagai YDPA, Datuk Paduka Maharajalela melaungkan kalimah suci "ALLAH HU AKBAR!". 

8.  Dan buat pertama kalinya juga saya menghadap di hadapan kaca TV dari jam kurang lebih 10 pagi apabila Tuanku tiba di Kompleks Bunga Raya sehingga lah selesai majlis istiadat ini di Balai Rong Seri Istana Negara bagi menyaksikan sendiri majlis yang paling dinanti nantikan oleh saya sebagai salah seorang rakyat jelata yang mahukan negara MALAYSIA kembali 'in the right track'. 

9.  Semoga di bawah kepimpinan Tuanku yang berteraskan ISLAM mulai hari ini, negara MALAYSIA akan kembali bermaruah dan berintegriti dari segala sudut, Insha ALLAH..

10. Aaamiin..Aamiin..Ya Rabbal 'Alamiin. Takbir! ALLAH hu AKBAR! Rakyat Jelata Bumi Bertuah Malaysia, 


11. Luahan seorang Nitizen yang kagum dengan keperibadian YDP Agong Ke 15.

12. Dibawah ini adalah senarai YDP Agong pertama hingga yang terkini :



Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Mahathir Pula Disalahkan


1. Dato' Seri Mohd Najib dan Berita terkini TV3. 

2. Dia yang ada RM2.6 billion dalam akaun peribadi dia TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir yang dihentam tiap-tiap hari. 

3. Dia yang cuai menguruskan 1MBD sehingga berbillion ringgit hilang TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir yang disalahkan. 

4. MO1 dan Riza Aziz yang didakwa oleh DOJ kerana menggunakan wang syarikat milik kerajaan TETAPI dalan TV3, Tun Mahathir yang dihina. 

5. Dia yang dilaporkan oleh WSJ dan SR atas salahlaku menggunakan wang 1MDB TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir yang caci.  

6. Dia yang gagal mempertahankan maruah negara atas salahlaku diri dia TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir pulak yang dituduh merosakkan nama baik negara. 

7. Dia yang buatkan negara kita terlalu banyak berhutang TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir yang diserang saban hari. 

8. Dia yang takut untuk menyaman WSJ dan SR TETAPI dalam TV3, Tun Mahathir pula yang dikatakan buat fitnah. 

9. Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

10. Sekadar mengimbau yang hari ini sudah hari selasa yang ke berapa masih ditangguh untuk M01 menyaman akhbar yang dikatakan menfitnahnya itupun masih yakin rakyat bersamanya dan menyokongnya.

11. RespectmyPM muka tembok.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Selasa, 13 Disember 2016

Sultan Muhammad Ke 5 YDP Agong ke 15 Dibawah Lindungan Allahhu Akhbar


1. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan mengagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut. 

2.  Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 

3.  Sultan Muhammad yang merupakan Sultan Kelantan akan menjadi Yang Dipertuan Agong seterusnya iaitu yang ke 15 mengantikan Sultan Abdul Halim untuk 5 tahun berikutnya bermula 13 Disember 2016. 


4. Biodata Penuh Sultan Muhammad V 
Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V 
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra 
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15 
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969 
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan 
Umur : 47 tahun (Tahun 2016) 
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra 
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid 
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai) 
Senarai Adinda : 
Tengku Muhammad Faiz Petra 
Tengku Muhammad Fakhry Petra 
Tengku Amalin A’ishah Putri 
Pendidikan: 
Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975. 
Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981. 
Kelas Persediaan – The Alice Smith School, A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989 
Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91. 
Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London 
Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin. European 
Business Administration – European Business School London. 

5. Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya.

6. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu.

7. Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri. Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama.

8. Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat. “Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati.

9. Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protocol. “Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya.

10. Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004. “Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob. “Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja.

11. Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris. Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut. “Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya.

12. Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri. “Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara.

13. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya. “Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya. sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.

14. Ini adalah perbualan antara baginda Sultan Muhammad V dengan seorang pesakit kronik Hasnah Ibrahim dalam ziarah baginda ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos 2010:.. “Mak cik kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya (baginda), tapi makin sembuhlah badan mak cik,” Ternyata gurauan baginda menggambarkan sifat dan keperibadian baginda yang terlalu merendah diri.

15. Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

16. Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah.

17. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda adalah atas perkenan baginda sendiri. Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

18. Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

19. Masih ada insan yang mempunyai kuasa ditangan, merendah diri.. tidak takbur… kerana tahu akan kekuasan Allah swt lebih dari segalanya.

20. Istana KDYMM Sultan Muhammad ke V, terdapat pembesar suara terus dari Masjid Telipot bagi mendengar azan solat 5 waktu dan tazkirah setiap hari, adakah sultan lain melakukan demikian atau pemimpin dunia yg lain.

21. Gambar yang diambil dari luar istana mendapati pembesar suara dari masjid yang di sambung ke istana menaungi sekitar istana dan luar istana aktiviti seharian masjid.

22. Ya Allah Kebesaran MU terlalu luas, tiada penghujung di antara setiap penjuru ruang dunia.

23. Tamingsari mengucapkan tahniah ke bawah duli Tuanku Sultan Muhammad ke 5 atas pertabalan sebagai YDP Agong ke 15. Semoga Tuanku dapat mengembalikan keagongkan kuasa orang-orang Melayu dan memartabatkan agama Islam selari dengan tuntutan perlembagaan negara ini.

24. Sesungguhnya rakyat Kelantan pasti amat bangga kerana Sultan negeri itu terpilih untuk penggal ke 15 ini menjadi YDP Agong.

AllahhuAkbar, Allah Maha Besar, Allah Lindungi dan Selamatkan Sultan Kami.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 12 Disember 2016

LPT2 Makan Orang Lagi Hari Ini


1. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, seorang kelindan, Zulkepli Hamid, 56 maut apabila lori yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh sebuah treler di kilometer 341 , LPT2. 

2. Mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan maut serta merta di lokasi setelah mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu. 

3. Sewaktu kejadian, lori ikan yang dipandu Rohamisrom Mohamad, 24 dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan untuk menghantar Ikan di Rompin, Pahang.

4. Kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri di LPT2 berdekatan Chukai semalam melibatkan sebuah keluarga manakala hari ini satu lagi kemalangan ngeri berlaku.

5. Kejadian kemalangan ini sebenarnya mengisi slot kemalangan2 yang pernah berlaku di LPT 2.

6. Berhati-hatilah memandu wahai pemandu budiman. Patuhi had laju dan ingatlah orang yang tersayang.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

MAHA 2016 : Wajarkah Pavilion Perak Diangkat Juara?


1. Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, hari ini. 

2. Sekretariat MAHA, dalam kenyataan, berkata, pavilion tersebut mudah dilihat dari jauh dengan daya tarikan dinding berwarna kuning yang menerapkan elemen tradisional Melayu negeri Perak serta penggunaan bumbung lima, bumbung limas, tunjuk langit dan papan cantik (fascia board). 

3. Selain itu, pavilion tersebut dihiasi dengan anyaman dinding tepas, ukiran di atas jenang tingkap bermotif bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Di samping itu, pintu masuk ke Pavilion Perak ini turut menerapkan penggunaan gegunung yang menyerlahkan keunikan seni bina pavilion tersebut. 

4.  Timbalan exco pertanian negeri, Datuk Dr Zabri Abd Wahid menerima hadiah RM5,000 dan sijil daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi tinjauan mesra timbalan perdana menteri itu pada acara dwitahunan itu. 

5.  Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Pavilion negeri Terengganu meraih tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 dan sijil manakala tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 serta sijil dimenangi oleh pavilion negeri Kelantan. 

6. Kenyataan itu menyebut Pavilion Perak dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Rabu lepas, sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 dan memperkenalkan produk-produk usahawan dari negeri itu. 

7.  Pavilion ini menampilkan dua ruang pameran, sebuah Perak Cafe, ruang jualan buah-buahan, pentas kebudayaan, sudut demonstrasi dan kemudahan bilik rehat. 

8. Pavilion Perak, yang mula dibina pada 11 Mac 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 19 November 2014, turut memenangi tempatan kedua pada MAHA 2014. 

9.  MAHA 2016 dengan tema 'Makanan Kita, Masa depan Kita' diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sejak 1 Disember lepas dan berakhir hari ini.

10. Tamingsari cukup bangga dengan penganjuran MAHA ini. Idea siapakah bermulanya program dan pameran pertanian terbesar yang mendapat liputan antarabangsa menarik pengunjung bukan sahaja pengunjung dalaman malahan luar negara. Menurut sejarah MAHA dihidupkan semula pada tahun 1999 ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri.

11. Pavilon adalah lokasi dimana setiap negeri memperagakan keunikan negeri masing-masing termasuk makanan popular negeri.

12. Tahniah Pavilion negeri perak atas kejuaraan pavilion terbaik.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif