Isnin, 16 Januari 2017

Cadang Motor Kapcai Dihalang Masuk KL : Adnan Mansor

1. Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.

2. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

3.  “Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja.

4.  "Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai. “Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

5.  "Namun pengangkutan awam yang yang mengenakan tambang lebih murah sebenarnya ada dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.


6.  Beliau dalam pada masa sama menyatakan kebanyakan motosikal jenis kapchai ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.

7.  Seperti pengharaman beg plastik dan styrofoam, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam untuk peniaga-peniaga demi untuk mengurangkan beban pengguna.


8. Entahlah, Tamingsari sendiri makin mual dengan sikap dan kebodohan pemimpin kita yang kononnya bijak memikir walhal nampak sangat dangkalnya.

9. Bukankah tindakan seperti ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat kerana kebanyakan warga kota bergantung kepada motorsikal untuk mobiliti kerana jika berkereta, maka akan tersangkutlah di dalam kesesakan lalu lintas yang berjam-jam.

10. Dikatakan pengangkutan awam sudah ada dan jauh lebih murah sebenarnya adalah alasan tidak berpijak dibumi yang nyata kerana di Kuala Lumpur, pengangkutan awam masih berada di kelas ke-dua dan kawasan liputan masih tidak menyeluruh. Jika mahu dibandingkan dengan kos menaiki motorsikal, maka sangat praktikal menaiki motorsikal.

11. Alasan motorsikal kapcai selalu menjadi kenderaan peragut juga satu alasan tiada otak dari seorang menteri kerana jika benar mahu mengurangkan jenayah ragut mengapa motorsikal pula ditahan masuk ke KL? Bukankah ia akan memberi kesan kepada penguna motorsikal kapcai milik rakyat? 

12. Beginilah cara kerajaan sekarang selesaikan masalah. Seperti sebelum ini dimana mereka mahu menarik subsidi minyak masak, mereka telah memberi alasan kononya banyak minyak masak bersubsidi dari Malaysia diseludup ke negara jiran. Walhal sebenarnya mereka yang lemah menguatkuasa sempadan. Sudahnya, rakyat terbeban dengan kenaikan kos makanan serta pertambahan belanja dapur mereka.

13. Wahai kerajaan BN. Berhentilah susahkan rakyat. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif