Khamis, 5 Januari 2017

Datuk Arif Pernah Didedahkan Rasuah Oleh Hassan Ali


1. Datuk Mohd Arif Abd Rahman semasa memegang jawatan Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada tahun 2012 pernah didedahkan oleh YB Hassan Ali telah menerima rasuah dan meminta SPRM menyiasat jerung besar ini. Seperti didedahkan di video di bawah pada 26 Mac 2012 :


2. Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman bersama pembantunya disyaki menerima rasuah daripada kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan kementerian dipegang beliau.

3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata dia ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat. “Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

4. Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.

6.  Bagaimanapun, Azam tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai identiti KSU berkenaan. Suspek yang ditahan awal pagi Rabu atas dakwaan rasuah adalah dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oeprasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

7. Ketika dihubungi Star Online, Azam mengesahkan identiti suspek ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

8. Dalam satu kenyataan sebelum ini, Azam berkata, Mohd Arif telah ditangkap di rumahnya di USJ Subang Jaya pada pukul 8 pagi.

9. Turut ditahan adalah seorang suspek lelaki berusia 29 tahun itu.Mohd Arif disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk meminta rasuah.

10. Siasatan awal mendapati beliau terlibat secara langsung dalam melantik daripada kontraktor, pembekal dan vendor.

11. SPRM turut merampas wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta.

12. Mohd Arif, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981. Sebelum perkhidmatan terakhir di KKLW beliau pernah menjadi KSU di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selama 1 tahun.

13. Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berpengalaman menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tamingsari berharap dia dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama dilakukannya menyebabkan kerugian kepada negara dan rakyat.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama dato hasan ali bagi tau..tak nak siasat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar beliau bersalah pintu taubat sentiasa terbuka.

Johan berkata...

Disekat oleh parasit Anwarinas dlm PAS ketika itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif