Selasa, 3 Januari 2017

Kenyataan Mengejut Bahri SPRM - Komen Peguam


1. Seperti komen FB seorang peguam Buzz Azam
  • Secara peribadi, saya mungkin boleh bersetuju dgn beliau. Dah beliau yg menyiasat, pasti beliau mengetahui apa yg di siasat dan apa dapatannya. 
  • Ibarat tukang masak, pastinya selepas berpenat lelah menyediakan hidangan tersedap, beliau mengharapkan pujian org terhadap masakannya. 
  • Namun perlembagaan kita adalah undang2 tertinggi negara. Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada Peguam Negara SECARA INDIVIDU untuk memilih samada utk membuat pendakwaan atau tidak berdasarkan siasatan yg di buat oleh Dato bahri. 
  • Oleh itu Dato bahri tidak bersalah dari segi undang2 dan agama jika Peguam Negara memilih utk tidak mendakwa sebab bukan tanggungjawab dato bahri utk mendakwa. Beliau hanya bertanggungjawab menyiasat sebaik mungkin. 
  • Saya percaya tiada sebab juga utk beliau berasa malu kpd 30 juta rakyat kerana kami semua tahu, beliay adalah wira kami yg telah menyiasat dengan baik tetapi Peguam Negara tidak memilih utk mendakwa walaupun kebiasaannya kualiti siasatan demikian akan berakhir dgn 99% pendakwaan jika tidak melibatkan Menteri Perdana. 
  • Jadi yg harus rasa berdosa dan malu bukanlah Dato bahri tapi sebaliknya Peguam negara. 
  • Biarlah sejarah yg menghakimi kesipuan ini kerana rakyat kita tidak memilih utk menjatuhkan rejim secara paksa sptmana negara lain. 
  • Biarlah PRU14 nanti menjadi medan utk rakyat menentukan samada majoriti akan memilih utk percaya kpd dato bahri atau sebaliknya. 
  • Perlembagaan juga memberikan kuasa budibicara kpd peguam negara utk tidak mendakwa dan semestinya beliau bertanggungjawab dunia dan akhirat atas keputusan beliau. 
  • Barangkali kamu suka kpd sesuatu tetapi sebenarnya ia buruk utk kamu dan sebaliknya kamu benci kpd sesuatu sedang ia sebenarnya yg terbaik utk kamu. 
  • Allah telah menunjukkan beberapa tanda kebesarannya dlm hal ini tapi kamu mungkin telah di butakan hati untuk menyedarinya. 
  • Memang sedap makanan yg kamu masak tapi saya telah di nasihatkan utk kurangkan pengambilan garam dan kalori oleh doktor. Tak paham tak apa Kita semua akan meninggal juga nanti.
2. Tamingsari melihat kes ini bukan dari plot akhir. Kita kena singkap semula kronologi bagaimana ianya terkandas. Sebelum Peguam Negara Apandi Ali dilantik, pemecatan terancang TS Ghani Patail amat mengejutkan. Seperti yg pernah disebut oleh bekas TPM terbuang TS Muhyiddin Yassin, TS Ghani sudah cukup bukti untuk buat pendakwaan kes hasil siasatan SPRM.

3. Namun hajatnya tak kesampaian apabila Najib Razak segera menasihati YDP Agong untuk tukar Peguam Negara baru atas alasan kesihatan TS Ghani. Walhal TS Ghani sendiri hairan kerana kesihatannya tidak teruk sehingga menjejaskan kerjanya.

4. Di mata rakyat. Ini adalah checkmate buat Najib Razak. Tetapi apakan daya dia punya kuasa. Jadilah plot dramanya seperti hari ini manakala Apandi Ali adalah pupet yg diikat. Terus mengisytihar bahawa kes 1MDB dan SRC adalah tiada kes dan menafikan Najib Razak terlibat dalam mana-mana jenayah dan skandal. Semua ini dilakukanya di hari-hari muda perlantikan beliau.

5. Mencurigakan apabila dia boleh menari bersama menteri termasuk Salleh Keruak di Majlis Sambutan Kemerdekaan 2016. Boleh rujuk Youtube.

6. Jadi jawapan Menteri Rahman Dahlan mengisi plot baru cerita menafikan kemenangan Dato Bahri membawa isu ini. Tamingsari sendiri malu untuk meletakan jawapan itu dalam blog ini kerana tahu jawapan itu hasil lencongan asal yang telah dibuat oleh Najib Razak terhadap institusi peguam negara.

7. Kelantangan Dato Bahri merisaukan Tamingsari kerana Najib Razak terkenal sebagai seorang pendedam dan jenis tikam belakang. Moga Allah pelihara Dato Bahri dari kezaliman orang-orang yang zalim.

8. Lihatlah apa yang terjadi kepada TS Muhyiddin, Tun Dr. M dan lain-lain.

9. Benar kata peguam itu, rakyat Malaysia akan menghukum Najib Razak pada PRU 14 selepas ahli UMNO sanggup berstongkol mempertahan kemungkaran.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif