Jumaat, 6 Januari 2017

Lagi Aset Milik Datuk Arif dan Keluarganya Dirampas SPRM

Dato Mohd Arif Ab Rahman pengamal rasuah
1. Nilai rampasan aset milik Datuk Mohd Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sehingga terkini yang laporkan SPRM sudah bernilai RM6 Juta.

2. SPRM telah membuka peti simpanan emas di sebuah bank serta merampas seberat 8kg yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta

3. Menurut sumber, SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD 80,000 (RM261,687.20)

4. Selain itu, SPRM turut menyita sebuah MPV Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya.

5. Dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah atas nama ahli keluarga di sekitar Lembah Klang, difahamkan SPRM kini sedang membuat pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit.

6.  Kata sumber itu lagi, SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada suspek berkenaan pernah membuat pembayaran sebarang cukai sejak 2010.

7. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki berkata, Datuk Mohd Arif dipercayai menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

8. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai kebebasan dalam menentukan dan melantik kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan tertentu.

9. Tamingsari amat sedih melihat kekayaan dari sumber rakyat dipergunakan sewenangnya oleh pegawai kanan kerajaan yang merupakan pegawai pengawal peruntukan kerajaan.

10. Ketirisan seperti inilah menambah barah kepada kerajaan memerintah sehingga wang yang sepatutnya sampai pada rakyat tersekat di perut para jerung yang tamak dan haloba ini.

11. Menurut Akta SPRM 2009, pesalah rasuah bukan sahaja perlu berdepan dengan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi tetapi turut menghadapi hukuman penjara selama lima tahun atau denda RM5 juta. Sumber


Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap sprm siasat jgk ahli politik. Mgkin lebih dahsyat drpd pnjawat awam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif