Ahad, 1 Januari 2017

Pahit Di Tahun 2016 Moga Manis Di Tahun 2017

1. Selamat menyambut  tahun baru 2017 buat seluruh rakyat Malaysia tercinta.

2. Namun, awal tahun dicemari dengan hadiah kenaikan harga minyak oleh kerajaan Malaysia menyaksikan pertambahan 20 sen seliter bagi RON95 menjadikan harganya naik ke RM2.10 seliter.

3. Lumrah sebagai rakyat, pastinya amat terbeban dengan dengan peningkatan kos sara hidup yang makin tidak terkawal. Mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan.

4. Rakyat juga amat kesal, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan bagaikan mengila mengenakan arahan-arahan tertentu termasuk menarik begitu banyak subsidi dari rakyat. 

5. Kerajaan begitu bangga dengan bantuan BRIM yang dicanang sebagai keperluan rakyat namun hakikatnya disebalik BRIM seluruh rakyat Malaysia menanggung segalanya apabila GST dikenakan dan subsidi ditarik.

6. Dalam keghairahan rakyat ditindas sedemikian rupa, pemimpin paling atas MO1 (Najib Razak) terpalit pula isu salah guna kuasa dan wang dengan terlibat di dalam skandal 1MDB dan isu derma RM 2.6 Billion. Rakyat Malaysia tidak pernah lupa kerana kes ini menjadi bualan bukan sahaja rakyat Malaysia malahan hebah di seantero dunia. 

7. Rakyat Malaysia sangat dikagumi kerana memilih untuk sabar dan menunggu pilihanraya bagi menghukum kerajaan ini. Jika diluar sana, sudah pasti rakyat sudah bangkit berdemonstrasi sehingga melumpuh ekonomi dan sosial negara. Kerajaan UMNO dan BN perlu bersyukur atas semua ini.

8. Namun dibalik kekejaman yang dilakukan Najib Razak dan kumpulannya amat yakin mereka masih boleh kekal memerintah dan begitu berani dan terus menerus melakukan perkara yang mendatangkan kemarahan rakyat.

9. Tamingsari berharap ada sinar baru buat rakyat Malaysia di tahun baru 2017.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif