Ahad, 1 Januari 2017

Panjat Abjab Besar Ipoh : Tindakan MBI Tepat


1. Satu kenangan terindah pasti dimimpikan oleh remaja hijabista yang memanjat abjad IPOH di tepi Lebuhraya Utara Selatan semalam. Penguna lebuhraya tersebut atau warga Ipoh pasti sudah biasa melihat abjad sebagai mercu tanda anda sudah berada di wilayah Ipoh ibu negeri Perak ini.

2. Tindakan beberapa orang remaja lelaki dan perempuan memanjat abjad itu tanpa sebarang peralatan sokongan keselamatan sebenarnya boleh membahayakan diri mereka. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sendiri mengarahkan kontraktor yang menyelenggara abjab itu mengikut SOP keselamatan.

3. MBI sebenarnya sedikit terkesan selepas mereka memviralkan gambar dan video di dalam media sosial, mereka meletakkan caption sudah mendapat kelulusan MBI. Kalau pun mereka mungkin mengenali mana-mana pegawai MBI, sudah pasti ia tidak memadai dengan hanya mendapat kelulusan lisan.

4. Tindakan mereka ini sebenarnya adalah satu pembohongan dan akhirnya pihak MBI terpaksa melaporkan perkara ini kepada pihak #PDRM bagi mengelak ada individu atau kumpulan lain yang meniru aksi mereka. MBI juga tidak mahu dipersalahkan jika berlaku apa-apa kesan negatif kepada struktur abjad itu kerana speksifikasi pembinaannya tidak disediakan ruang bagi tambahan berat sesiapa. 

5. Menurut Datuk Bandar Ipoh :
"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
6. Difahamkan, kumpulan remaja ini sudah biasa dengan aktiviti begini dan menjadi abjad IPOH sebagai lokasi seterusnya menunaikan minat dan hobi mereka. Sebenarnya tindakan mereka boleh menjadi halal sekiranya mereka mengunakan saluran yang betul. Mereka juga mungkin akan dapat mencipta rekod Malaysia atas pencapaian berani memanjat abjad besar pada ketinggian tertentu tanpa sokongan alat keselamatan serta memasang buaian teringgi. 

7. Tindakan MBI melaporkan perkara ini kepada polis menyebabkan kumpulan itu boleh disiasat di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

8. Jadi kepada adik-adik yang berkenaan, tindakan adik adalah sangat berani dan beranikanlah diri untuk menyerahkan diri ke balai polis serta bersedialah memanjat tangga mahkamah nanti.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Ted Manoff berkata...

Jangan singkat fikiran lah MBI. Setakat tunjuk kuasa semua orang boleh buat. Panjangkan sikit akal tu dan pupuk serta taja remaja2 tu panjat Gunung Everest. Keberanian mereka sangat bernilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif