Rabu, 4 Januari 2017

Patutkah Caj 20 Sen Beg Plastik Atau Ganti Dengan Beg Kertas?


1. KEBANYAKAN pelanggan stesen minyak mengakui caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik membebankan mereka. 

2.  Seorang pekerja swasta, K.Kumari , 33 berkata, dia bagaikan terbeban bila dimaklumkan dikenakan caj 20 sen untuk penggunaan plastik. 

3.  Namun mengakui kempen itu perlu diteruskan bagi menjaga alam sekitar supaya tidak terjejas. “Tapi bila kempen tanpa beg plastik ni dikuatkuasakan di Selangor kelmarin saya bimbanglah semua kena pakai duit sekarang. “Sudahlah minyak naik, beg plastik pun kena caj..kadang-kadang bila singgah stesen minyak ni mesti kita turun beli air minuman lah..gula-gula lah...jadi bila kena caj plastik ni habislah duit macam tu,” katanya kepada Sinar Harian. Kumari berkata, dia pelik juga bila dikenakan caj 20sen.

4. Katanya, sebagai pengguna dia sendiri hendak tahu ke mana pergi duit tersebut. “Tapi tergerak juga hati entah-entah untuk kos plastik tapi bila fikir sebelum ni tak kenakan caj langsung macam pelik pula. “Jadi mungkin ada maklumat tepat mengenai ke mana pergi caj yang yang dikenakan sebab saya nampak macam milik pengusaha sahaja,” katanya ringkas. 

5.  Bagi seorang pelajar, Hafiz Che Dan,18, dia pada awalnya tidak perasan mengenai larangan penggunaan beg plastik sehinggalah berdepan dengan penjual bila mereka bertanya sama ada mahukan beg plastik atau tidak. 

6. Katanya, jika dia membeli setin minuman tidak mengapalah jika tidak menggunakan plastik tetapi jika beli makanan banyak kena jugalah beli plastik. “Kadang-kadang risau juga sebab banyak perkara kini kena guna duit jadi jika kempen ini terus dikuatkuasakan mungkin ada cadangan pemberian beg kitar semula secara percuma. “Mungkin caj 20 sen yang dikenakan tu boleh wujudkan beg kitar semula dan pelanggan boleh beli dengan harga yang murah,” katanya. Bagaimanapun, dia sendiri tidak tahu ke mana pergi caj 20 sen yang dikenakan namun berharap ianya bukan usaha mengambil kesempatan. 

7. Seorang kakitangan stesen minyak, Syafika Noor Zain,29, dia juga mengakui kebanyakan pelanggannya turut mengeluh mengenai situasi tersebut namun sebagai pekerja dia sendiri mengambil inisiatif bertanya kepada pelanggan sama ada mahukan plastik atau tidak. 

8.  Katanya, dia nampak kebanyakan pelanggannya tidak membeli plastik dan lebih gemar memegang barang serta terus membawanya ke kenderaan mereka. “Namun, bila ada yang kata nak bayar caj plastikpun kita akan berkali-kali tanya betul atau tak sebab bimbang mereka tak perasan. “Yelah walau 20sen pun..ia duit kak,” katanya tersenyum. 

9. Bagi rakannya, Hamisa Aziz, 25, yang diminta menjelaskan ke mana pergi caj 20 sen yang dikenakan, dia mengakui tidak tahu. Dia hanya menjalankan tugas dan terpulang kepada majikannya membuat keputusan.


10. Tamingsari melihat benar juga persoalan dari orang ramai berkaitan caj 20 sen jika mahukan beg plastik. Kemana perginya duit itu atau ia menambah keuntungan kepada peniaga pula?

11. Walhal kos beg plastik sebenarnya selama ini sudah termasuk di dalam mana-mana produk jualan. Sepatutnya apabila kerajaan memperhebatkan kempen ini, maka peniaga perlu gantikan dengan beg kertas bagi mengantikan beg plastik selama ini.

12. Janganlah mengambil kesempatan untuk membuat untung atas kempen ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif